Siapa kat sini suka pakai skirts? Skirts juga boleh digayakan seperti jeans! Siapa setuju? Sekarang, trend penggayaan skirts kini semakin mendapat perhatian ramai wanita tidak kira golongan yang berhijab mahupun tidak. Bukan itu sahaja ia amat selesa untuk dipakai, malah koleksi skirts ini juga boleh digayakan dengan apa jua jenis pakaian. Dan apa yang lebih menarik, dengan padanan yang bersesuaian, skirts boleh dipakai sebagai pakaian kasual dan juga boleh digayakan sebagai pakaian formal. Pendek kata, semua wanita boleh memakai skirts untuk ke mana sahaja dan pada bila-bila masa! Mama sendiri pun suka menggayakan skirts dengan blouse atau shirts body untuk keluar kemana saja. Ia sangat ringkas dan santai serta feminin buat mama.
Oleh itu, jom kita lihat apakah rekaan skirt labuh terkini yang boleh anda temui di pasaran.
Mermaid Cutting Skirts
Skirt ini berpotongan ala duyung atau mermaid, koleksi skirts ini amat sesuai dipakai oleh wanita yang ingin menyerlahkan lagi bentuk badan mereka. Ia mempunyai potongan yang agak ketat pada bahagian pinggul dan longgar pada bahagian lutut ke bawah. Ini akan menampakkan seseorang akan tampak lebih langsing.
Pleated Maxi Skirts
Untuk rekaan yang kedua pula adalah koleksi pleated maxi skirts yang mempunyai rekaan berlipat seperti gambar diatas. Ia sangat sesuai dipakai oleh semua wanita tidak mengira bentuk badan si pemakai.
Peplum Maxi Skirts
Ketiga pula adalah rekaan peplum maxi skirts yang diinspirasi oleh rekaan "signature" peplum yang cukup digemari ramai ala-ala saloma gitu.
Flared Maxi Skirts
Dan yang akhir sekali adalah koleksi skirts kembang atau flared maxi skirts. Ia sangat padan untuk digayakan dengan apa jua jenis pakaian. Memang cantik skirts kembang macam ni nampak lagi menarik ala-ala princess!!
Ehh korang apa tunggu lagi? Jom layari laman web Zalora Malaysia sekarang dan temui pelbagai koleksi skirt labuh terkini yang murah dan pastinya menepati citarasa anda! Selamat membeli belah di hujung jari anda! ^___^
Love,
0 Comments