Product Review

Product Review | Sabun Susuk Emas

11:31 AM

Semenjak mama tahu diri mama mengandung, kulit muka mama makin teruk.. maybe masalah hormon yang tak stabil agaknya.. dengan tumbuhnya jerawat di bahagian pipi dan dagu, kulit muka berminyak & kulit jadi gatal-gatal. Stress rasa macam tak nak keluar jumpa orang langsung. Tambah pulak jari ni tak reti duk diam ada jer nak picit jerawat2 tu. Yer lah kalau kulit muka bermasalah nak bermekap pun dah rasa macam down kan.

Alhamdulillah tengah muka bermasalah macam ni ada product untuk di review.. Product untuk review tu memang untuk masalah muka. Apa lagi harus cuba lah kan.. mana tahu berkesan ker.. Memula dapat tahu sabun susuk emas, uihhh apakah sekarang sabun pun dah ada susuk emas hokey.. Kalo kita fikir sejenak susuk emas benda yang sangat kurafat. Betul tak? Yer lah kalo orang dah hati hitam untuk kecantikan mereka dah tak fikir benda tu kurafat ker apa kan.. Ishhh mintak simpang la.. Sekarang dah tak perlu guna susuk-susuk ni.. Kita guna jer Sabun Susuk Emas.. Korang nak tahu apa meh mama nak citer!!


Kebaikan Sabun Susuk Emas :-
  • Memberi seri bak emas kepada muka hanya dalam sekali atau dua sehingga nampak keputusannya
  • Mengurangkan kedutan muka dan tanda-tanda penuaan
  • Menegangkan kulit muka
  • Menghilangkan parut-parut
  • Muka nampak muda, bermaya dan lembut
  • Mengawal dan menghapus jerawat dan menghilangkan jeragat 100%
  • Memperbaiki tekstur kulit agar bersih dan berseri
  • Menghilangkan tanda-tanda hitam di celah kaki, ketiak dan leher

Dari segi packaging Sabun Susuk Emas agak simple dan macam tiada dikomersialkan tapi jangan pandang dengan packaging setiap produk tersebut kerana kita kena cuba untuk tahu keberkesanannya sabun susuk emas ini. Kandungan dalam sabun susuk emas ini mempunyai kelebihan dalam merawat setiap kulit wajah kerana ia bebas dari bahan kimia dan menggunakan 100% herba asli seperti kunyit, beras, cendana, vege oil dan rose. 

Kandungan Sabun Susuk Emas


Setelah 2 minggu mama menggunakan Sabun Susuk Emas ni Alhamdulillah nampak perubahan pada kulit muka mama. Tapi masa memula menggunakan SSE kulit agak sedikit gatal dan kering. Kemungkinan tindakan sabun ke atas kulit yang pernah menggunakan bahan kimia barangkali. Jangan risau pasal kulit gatal dan kering, teruskan penggunaan sehingga kulit licin dan menghilangkan jerawat di muka. Walaupun muka mama belum pulih sepenuhnya tapi kulit muka mama nampak bermaya dari mula-mula awal mengandung. Selain untuk kulit wajah, SSE juga boleh digunakan pada kulit yang eczema, bekas terbakar, allergic dan pigmentasi pada kulit.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pembelian :- 

Harga 
1 SSE RM29.90 
2 SSE RM57.00 
+ Postage RM7.00

Telefon : 012-399 5719

Website :www.sabunsusukemas.com

Facebook : Sabun Susuk Emas


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook