SBB2016

Memori Sepetang Bersama Blogger 2016

2:33 PM

Tak abis lagi kemeriahan Sepetang Bersama Blogger 2016.. Kalau kat FB timeline penuh dengan gambar SBB ni.. Happening sangat!!.. Ini pengalaman mama kali yang ke 2.. Tahun lepas punya boleh tengok kat SINI. Macam tahun lepas banyak aktiviti luar dengan buat treasure hunt bagai.. Ohh penat tapi berbaloi sebab group mama menang 1st prize.. hahaha tak sangka rezeki.. Ok kita stop pasal SBB2015.. Kali ni mama nak cerita SBB2016. Untuk tahun ni Sepetang Bersama Blogger buat dalam dewan di Hotel Grand Campbell.. en papa dah beri kebenaran mama join untuk tahun ni.. yeaaa kunun2nya dapat la peluang cabutan bertuah yang besh2.. kekekek..

Mama macam tak yakin tahun ni mama boleh cergas tak di SBB sebabnya mama kan berbadan dua.. macam al semput pun ada.. tapi hekk mama aktif jer balik umah jer mama letih.. :p untuk tahun ni mama macam berani nak jumpa dengan ramai blogger & berani berdepan semua orang.. dulu malu2 skit yer lah sapa Mama Jue berbanding blogger2 terkenal kan.. Korang tak caya SBB ni happening ker idok moh ler tengok gambar2 yang menarik ni.. 

Ni gambar wajib la memula sampai.. Gambar mama selfie bleh tengok IG mama yer..

Nasib la dapat meja no 1 dan semua blogger memang dah kenal.. Kalo kak Alin a.k.a kak kembang ni dari tahun lepas lagi kenal.. heheh sama2 blur malu segan kan kak.. Izwa dah kenal lama kat FB.. Yang pestime jumpa Mak a.k.a Kak Cik Juariah dan Aiin Baharom a.k.a Mama Darwiish.. dah kenal jadi kamceng siap gelak2 banyak cakap la group 1 ni.. 

Ada lagi 3 members Ainie Zubir, Beary Blossom & the only man Noorazmin

Pagi tu aktiviti dimulakan dengan pembukaan majlis dari orang kuat SBB iaitu Kid a.k.a Shakido. Kemudian ada slot dari pihak penaja dan seterusnya Mini Forum dari tetamu jemputan khas iaitu Tuan Aqif Azizan, Tuan Ali Hanafiah dan yang tidak asing lagi blogger terkenal Tuan Hasrul Hassan. Banyak tips blogging dari forum ni.. 

Panel-panel jemputan 

Selain daripada acara mini forum ini, kebanyakkan blogger yang hadir dapat bertukar kad memasing dan mengenal lebih dekat lagi.. almaklum la semua hanya kenal di alam maya saja.. so dengan event macam ni boleh mengeratkan lagi hubungan sesama blogger dan juga meramah mesra gitu.. Jangan tak tahu segan nak tegur blogger depan2 macam ni.. yer la tengok muka macam bengis sombong tapiiii jangan tak tahu dah kenal maka tak cinta kan.. ehhh hahahah...

Korang tak kenal tak tahu la ni lah King of Selfie.. Uncle Gedek.. tengok wajah bengis.. sampaikan ajak selfie pun siap suruh buat muka jangan senyum.. abis jer selfie pakat ketawa terbahak2 dedua orang.. Uncle u rock la!!! tak caya tengok muka bengis tapi sangat baik uncle ni!!

Yang ini tak payah diperkenalkan lagi. kak Alin yang sangat la comel.. & Izwa yang sangat la cantik.. Yang bawah tu kalo tak kenal meh mama tumbuk.. hahahha duta Ephyra ni.. Mama memang tak akan lepas peluang selfie dengan diaorang.. bukan senang nak jumpa retis ni kannnn....

Gambar atas : dengan bersama Kid & Izzara
Gambar bawah : dengan Tuan Haji Amir.. Pengasas Denaihati.. Thanks Tuan Amir buat program ni.. hope tahun depan adakan lagi yer.. 

Yang dinantikan acara makan tengahari.. hahah lapar tau mak yong tak makan dari pagi.. abis cookies dari Nooraini Cookies tu sekali mama hadap jer.. Tengok la dah macam datang kenduri kawin pulak.. makanan sangat sedap!!! terbaik lah...

Ini Boni Kacak yang dah memang kacak mengacau nak selfie tau.. heheh tengah makan pun boleh.. biasalah blogger dengan camera tidak dapat dipisahkan.. so time makan pun mesti selfie..

Ini wajib tau selfie dengan KotakLensa. Thanks kotak lensa mama suka!!!

Hasil selfie beramai2 dengan Kotak Lensa ni.. suka betul mama.. boleh buat kenangan ni.. 

Ini hasil tukar card antara blogger... tu pun ramai yang tak dapat sebab malu2 kucing plak nak tegur & tukar.. hahahah.. pehtu dah tegur kat FB naper tak tegur.. hahah kena marah!! InsyaAllah next time kita tukar.. kali ni tak leh malu2 lagi.. 

Gambar diciluk dari CVS Production.. Meriah sangat ni... Yeaaa

Tengok la dengan bayaran RM30 dapat semua ni kecuali hamper tu & tshirt dari Jopana.my Alhamdulillah tahun ni tak bawak balik dengan tangan kosong ada jugak hamper untuk anak2. memang depa suka la sebab Upin Ipin kan.. Thanks Upin Ipin.. 

Terima kasih kepada Denaihati Network buat program yang terbaik untuk semua para blogger.. Dan tak lupa juga kepada penaja Sepetang Bersama Blogger 2016 iaitu #Mdec #AmnaHome #RichworkAcademy #Jopana #Oceanlife #Zeeta #SimplyUmrah #LesCopaque #AsiaHerbaBiotech #YeosMalaysia #eQurban #JemaahBisnesDenaihati #PenMerahDotCom #SohainiCookies #JusBobNenas #CVSProduction #KotakLensa #JamTawafDenaihati

Memang happening sangat la Sepetang Bersama Blogger 2016 ni.. Harap2 tahun depan ada lagi..

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook