Keazaman boleh datang dalam pelbagai cara. Sesetengah individu berjanji untuk
mengamalkan pemakanan yang lebih baik, memilih hobi baharu, meluangkan lebih
banyak masa bersama keluarga mahupun menghentikan tabiat buruk. Namun,
seperti yang diketahui umum, ia bukan mudah untuk dicapai. Pada 2017,
Pharmaton®
ingin memberikan ganjaran kepada mereka yang bersemangat untuk
mengekalkan azam tahun baru dan mencapai pencapaian yang lebih besar serta
baik sepanjang tahun ini!
Disebabkan Pharmaton® memahami bahawa suatu pengiktirafan mudah dilupakan,
jenama berkenaan memperkenalkan kempen baharu, “Ganjaran Pencapaian Anda”,
yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengimbau pencapaian mereka pada
tahun 2016 dan meraikan usaha keras yang diberikan, di samping memberi
rangsangan agar mereka dapat memenuhi azam bagi tahun berikutnya.
“Kami di Pharmaton® benar-benar memahami kepentingan untuk mengiktiraf
pencapaian rakyat Malaysia yang telah berusaha keras sama ada dalam kerjaya
profesional, perkembangan diri atau membina hubungan yang bermakna. Kami amat
teruja untuk melancarkan inisiatif baharu yang menggabungkan cita-cita yang dimiliki
Pharmaton®
- menggalakkan peningkatan diri dengan mengambil tanggungjawab
terhadap kehidupan dan kesejahteraan diri mereka. Pharmaton® hadir dan bersedia
untuk bersama anda dalam mendepani cabaran hidup yang mendatang,” kata Cik
Carmenza Alarcon, Ketua Penjagaan Kesihatan Pengguna Malaysia / Singapura,
Sanofi-aventis (Malaysia) Sdn Bhd.
15 orang rakyat Malaysia akan ditaja Pharmaton® dalam mencapai matlamat tahun
2017 mereka. Pemenang terpilih ini akan diberi pilihan untuk memilih bidang yang
ingin dicapai daripada empat teras yang berkaitan – kesihatan, pembangunan diri,
memanjakan diri serta mengembara. Bukan setakat itu, Salah seorang daripada
15 pemenang ini akan berpeluang memenangi pengalaman memasak istimewa
bersama chef selebriti dan duta jenama Pharmaton®
, Sherson Lian yang mana
beliau akan mengajar penyediaan hidangan khas berdasarkan teras utama yang
dipilih peserta.
Sherson Lian, yang dinamik, berjaya dan penuh bertenaga yang juga merupakan
personfikasi sempurna seorang pengguna Pharmaton®
, komited untuk mengambil
bahagian dalam kempen ini.
“Sebagai seorang chef, perancangan yang rapi, ketepatan dan fokus amat
diperlukan. Sepanjang kerjaya saya, didapati bahawa adalah penting untuk
meletakkan azam yang boleh dicapai pada setiap tahun dan berusaha untuk
merealisasikannya. Sering kali kita lupa untuk meraikan kejayaan yang dicapai dan
disebabkan itu, Pharmaton®
ingin memberi ganjaran terhadap pencapaian anda
bersama anda. Saya amat berbesar hati dan teruja untuk menjadi sebahagian
daripada inisiatif bermakna ini,” kata chef selebriti, Sherson Lian.
Untuk menyertai peraduan “Ganjaran Pencapaian Anda”, isi borang yang disediakan
dan kongsikan bersama kami mengapa anda patut menang dalam 30 patah
perkataan atau kurang. Anda kemudian boleh menghantar borang peraduan yang
lengkap ke dalam sebuah kotak pungutan atau menerusi Whatsapp di talian 017 235
2960. Pencapaian yang paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang! Untuk lebih
maklumat, sila lawat www.pharmaton.com.my.
Love,
0 Comments