Family Day

Family Day @ Primula Beach Hotel | Day 1 - Hotel

5:16 PM

Pada 22 Mac - 24 Mac 2017 minggu lepas, mama dan family sebelah suami pergi holiday ke Kuala Terengganu. Agak lama jugak la mama tak pergi ke Kuala Terengganu. Hampir 6 jam dari Kuala Lumpur erkk sakit pinggang tau jalan lelama ni. hahahha. Itu pun baper puluh kali berhenti daaa.. Dari Kuala Lumpur kami bertolak lepas Subuh. So anak beranak sila lah tido dalam kereta. Kang tolak tengahari panaih la pulak khen. Drebar of coz la en papa!! hahah silalah drive bebaik ok.

Rancangan untuk family day ni semuanya di atur oleh ipar duai. Semua dia orang uruskan, mama ikut jer. Itu pun en papa cakap kata ada family day ke Kuala Terengganu. Tugas mama hanya packing baju bajan dan duduk dalam kereta senyap2. hehehe. Terima kasih kepada adik ipar Hirdawati dan suaminya Izzuwan serta adik-beradik yang lain yang sponsor dan menjayakan family day dengan meriah sekali. Bukan selalu nak berjumpa 7 beradik sebelah suami ni berkumpul tau.

Welcome to Kuala Terengganu. Tanda mercu ni wajib take pic walau dalam kereta ok. 

Sampai ke Kuala Terengganu terus kami semua check in hotel. Hotel pun semua diuruskan oleh adik ipar. So kami semua stay di Primula Beach Hotel selama 3 hari 2 malam. Hotel ni memang betul-betul tepi pantai. Best sangat bunyi pantai tapiiiiii panaih yakmat!! hahaha en papa cakap mama is puteri lilin. cissss... Jom tengok gambar sekitar dalam hotel. Not bad la ok lah untuk family datang bercuti. 

Tugu Penyu

Penyu di merata-rata.. hehehe.. bebudak memasing tak sabar nak terjun kolam..  

Kami 5 beranak muka letih tapi tetap la take photo dulu. wajib khennn dah mama blogger gituuu

Selesai agih bilik kami dapat bilik no 1011. Yer la ramai kan family en papa so agak lama jugak di lobby. tapi no hal lah boleh la sembang2 dan cuci2 mata kat lobby tu.. Yang penting aircond sejuk cuma kat luar jer panas... hahahha tak abis-abis aku dengan panas ni.. 

Masuk jer bilik terus tengok katil.. ngeee tabiat aku lah sebab nak tengok katil sebijik atau dua.. so weolls dapat 2 katil.. erkk camner ni nak tido kami 5 beranak. risau si Qeisya gedebuk jatuh katil jer hahhh.. Takper tunggu idea mama hampa ni.. mama hampa kan bijak dan cergas hahahah..  


Katil not bad hempuk kawww.. lena betul kami 2 malam tido sini.. 


Tadaaa idea bijaksana mama la kununnya.. hahaha.. takut wehh kang Qeisya gedebuk jatuh nayaaa jer


Macam biasa tv flat screen tapi kelabu asap.. alaa bukan nak tengok sangat pun cuma nak bagi bising dalam bilik ni jer hahhhh

Dalam toilet. ok bersih!!

 Air shower pun laju + ada water heater. Ehh kami kerja mandi ayaq panaih jer lah time duk hotel.

Sudut wajib untuk bancuh ayaq kopi.. ngeeee 



Port mama duduk sini sebab charge phone. kahkahkah..

Luar balcony bilik hotel.. Cun kannnnn.. 

Petang tu aktiviti bebas so mama rehat jer kat bilik sebab Qeisya mentido. Qebal & Qeram macam biasa depa terjun kolam lah.. sampai kulit depa bertukar kelabu.. hohoho.. Tunggu next entry mama update lagi yaaa.. Yang mana tengok insta & facebook mama mesti tahu aktiviti mama di sini.. Tu pun jarang update sangat sebab duk kelik Qeisya sampai senget pinggang mama. 

PRIMULA BEACH HOTEL
Jalan Persinggahan
20400 Kuala Terengganu
Terengganu, Malaysia
  
Tel : 09-622 2100

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook