Proses pencerahan kulit wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap.
Memahami impian setiap gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna, SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.
Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman “Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BALQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin. Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam”.
Berbicara tentang kualiti produk dan keberkesanannya ,
Kata beliau lagi, “Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secara efektif dengan memperlahankan pembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna”.
Berikan nafas baharu pada kulit wajah melalui rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite seperti berikut :
Saiz Pek : (50g / 100g)
Harga : RM7.30 / RM12.30 (selepas 6% GST)
Aktiviti harian dan faktor persekitaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan Teknologi Mikro-Buih yang mewah berkrim ini bertindak :
- Membersih jauh ke dalam liang pori
- Menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan
- Mengekalkan kelembapan selepas penggunaan
- Sesuai untuk semua jenis kulit
SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar
Saiz Pek : 100ml
Harga : RM10.90 (selepas 6% GST)
Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak :
- Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
- Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
- Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol
SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel
Saiz Pek : 45g
Harga : RM20.20 (selepas 6% GST)
Pelembab gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak :
- Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
- Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka
- Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan
- Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
- Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam
- Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
- Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol
Alami kulit wajah yang cerah dan sihat dengan tona lebih sekata melalui rejim penjagaan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Safi BALQIS OxyWhite yang dicipta khas untuk setiapgadis. Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja. Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.
Produk ini boleh
didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk
maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI @safimalaysia
dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia
Love,
0 Comments