Resepi Noxxa

Resepi Kari Daging Noxxa

4:10 PM

Resepi Kari Daging Noxxa | Sebelum terlambat mama ucapkan Selamat Hari Raya Haji. Banyak ker korang makan daging korban? Hehehe.. Alhamdulillah tahun ni mama beraya di kampung kelahiran mama di Kedah. Seronok betul sebab dah lama tak balik kan. Sekali balik hahh makan macam-macam. Seronok bersembang dengan tok. Dah Raya Haji macam ni apa lagi mama berpeluang makan daging lembu la. Ohoii sini mahai semuanya daging lembu import jer hahh.. Kalau daging fresh mahal tau harga dia. Teringat pulak kari daging kakak masak masa raya ke 2. So hari ni mama nak masak kari daging noxxa. Nah Resepi Kari Daging Noxxa super senang super campak super humban dalam Noxxa jer. hahahaha

Resepi Kari Daging Noxxa
Bahan-bahan :-

* Daging Lembu
* Serbuk Kari Daging
* Bawang Putih
* Bawang Merah
* Halia
* Kentang & Carrot
* Santan
* Kerisik (optional) 

Cara-caranya : 

Panaskan periuk Noxxa dan masukkan minyak, kemudian tekan stir fry. Apabila minyak panas tumiskan bawang putih, merah dan halia sehingga naik wangi.

Kemudian masukkan air ke dalam serbuk kari untuk jadikan paste pekat.Tumis paste kari sehingga pecah minyak. Setelah itu masukkan air, daging lembu dan gaul seketika. Kemudian masukkan kentang dan juga carrot. Setelah itu off kan stir fry dan tutup periuk Noxxa. Tekan HP selama 10 minit. 

Setelah 10 minit HP.. release wap dan buka tudung Noxxa. Kemudian tekan stir fry dan masukkan santan. Kalau pekat korang tambah air yer. Perasakan garam serta serbuk perasa. Kacau sehingga sebati.

Kari Daging Noxxa. Bukan setakat isi daging jer lembut.. Kentang dan carrot pun hempuk tau. 

Selamat Mencuba

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook