Card

Kad Nikah Negeri Kedah

12:40 AM

Tudiaaa dah nak masuk 9 tahun kawin baru dapat kad nikah... apa cerita!!! ehh terkeluaq loghat negeri kedah pulakkk.. hahahaha.. yer betul la cerita ni mama dah nak masuk 9 tahun kawin baru dapat kad ni. loklaq betui.. sebelum ni cuma ada sijil nikah hat panjang-panjang yang tulisan jawi jer. sedih betul asyik lambat sokmo. hahaha.. sebenarnya meh mama citer.

Masa 9 tahun yang lalu kat negeri Kedah belum ada lagi kad nikah macam mykad tu. lepas 2 tahun kawin baru ada itu pun mama perasan masa kakak kawin. ehh tak aciii nak jugak.. duk tangguh-tangguh asyik nak buat sampai la 9 tahun tak terbuat-buat. bukan mudah nak buat kad kawin ni sebenarnya, memula kena beli borang kad nikah ni kat pejabat agama yan dalam RM40 untuk borang tu kiranya akan dapat 2 kad nanti untuk suami dan isteri. Lepas mama ambik borang isi siap-siap tapi tersimpan buat pekasam pulak. hahahah dusshh yer la bila pulak nak balik kedah, asal balik Kedah pejabat agama tak bukak.

Balik raya tahun ni mama tekad ajak en papa buat jugak. tak leh jadi ni.. anak dah nak masuk 3 baru terhegeh-hegeh nak buat. hahahaha.. borang tu tertangguh sebab gambaq en papa tak tangkap lagi. dah satu kerja pi tangkap gambaq, memula tangkap gambaq pakai kopiah... sekali pergi pejabat agama kena reject pulak.. aisshhh pi tangkap lain pakai songkok. apa2 jer lah pejabat agama ni.. so settle buat kad nikah, tunggu jer lah pejabat agama call suruh mai ambik. hampir 3 bulan jugak la nak siap kad ni. hehehe.. 

Gambar kad nikah ni salah ni sepatutnya gambar 9 tahun yang lalu. heheheh.. ini laki bini dah kembang setaman huahuahua.. 

Tadaaa kad nikah negeri Kedah yang baru.. kakak2 mama depa kaler oren tau.. kali ni kaler biru pulak. apa2 jer lah.. selama kawin mana mama usung sijil nikah tu. mama laminated siap simpan dalam file jer, tak pernah mama bawak pun. mau kena tangkap kering buta jer kahkahkah.. Nampaknya tambah lagi 1 kad dalam purse mama ni. 😋 berat la purse mama dengan kad bukan dengan duit.. LOL 


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook