Blogger Review

Enak Rasa & HYPE Motosports Hotel Lancarkan Pakej Eksklusif Marhain

4:04 PM

Enak Rasa & HYPE Motosports Hotel Lancarkan Pakej Eksklusif Marhaian | Ada yang tengah rancang nak kawin untuk tahun depan tak? Mana yang tengah planning nak kawin dan nak buat dekat hotel boleh tengok Pakej Eksklusif Marhain di HYPE Motosports Hotel yang bekerjasama dengan Enak Rasa Catering. Yer jangan tak tahu rakyat marhain pun boleh jer buat kawin dekat hotel. Nak tahu lebih lanjut pasal pakej ni boleh baca di bawah. 


Pada Sabtu lepas, mama dijemput untuk menghadiri satu majlis Grand Open Day di HYPE Motosports Hotel. Mama apa lagi kalau sebut kenduri kawin of coz la tak sabar nak cuba menu-menu juadah nasi kenduri. Tambah menu-menu kenduri kali ni daripada Enak Rasa Katering memang sedap-sedap la. Untuk pengetahuan semua, HYPE Motosports Hotel ini dulu dikenali sebagai Nouvelle Hotel. Kalau yang mana tidak familiar hotel ni betul-betul tepi highway Sungai Besi. So memang senang la kalau nak datang ke sini. 

HYPE MOTOSPORTS HOTEL KUALA LUMPUR merupakan sebuah hotel yang bertaraf 3 bintang. Hotel ini bukan sahaja mempunyai tiga buah dewan yg serba cantik dan mewah, kedudukannya yang begitu strategik juga, membuatkan hotel ini sangat sesuai untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan dan majlis-majils korporat mahupun majlis tertutup. Selain dari parkir kenderaan yang boleh memuatkan hampir 500 kenderaan, dewan ini juga mampu menampung hampir 500 tetamu pada satu-satu masa. Dewan ini juga dilengkapi dengan sistem audio visual dan sistem projector.




Sehubungan dengan itu Enak Rasa melancarkan satu pakej perkahwinan yang sangat istimewa. Pakej Ekslusif ini bernilai RM29,000 sahaja. Pakej berkonsepkan pakej eksklusif marhain ini, merupakan pakej elegant tapi disediakan buat mereka yang menginginkan majlis di hotel dengan harga yang sangat minimum. Bersempena dengan perasmian ini, lima pelanggan terawal akan menikmati penjimatan sehingga RM4,000. 

Pakej ini, bukan sahaja menyediakan tempat yang serba indah lagi elegan, bahkan merangkumi penyediaan katering, perkhidmatan butik pengantin dan fotografi. Lebih istimewa lagi, setiap pelanggan yang menempah dalam masa promosi ini, layak untuk menyertai cabutan bertuah pakej bulan madu di pusat-pusat peranginan yang terdapat di Malaysia dan luar negara.




Enak Rasa pula memperkenalkan menu istimewa yang dicipta khusus untuk majlis pelancaran ini, Basmathi Beriyani dan Nasi liwet. Selain menu makanan Malaysia, Enak Rasa juga mengetengahkan menu masakan Sunda sebagai sedikit kelainan kepada pelanggan. Pelanggan boleh memilih beberapa pilihan menu untuk disajikan pada majlis bersejarah mereka. 

Antara menu lain yang disediakan, ayam masak merah serai, daging dendeng, acar buah, dalca sayur dan pelbagai lagi. Dengan berbekalkan pengalaman selama 11 tahun dalam bidang penyediaan makanaan, Enak Rasa menjanjikan kualiti yang terbaik buat semua pelanggan.



Nasi Liwet


Enak rasa juga, menyediakan pelbagai pilihan dewan yang lain bagi menjalankan majlis walimah. Antara Dewan seperti :-
  1. Dewan Perkahwinan Marina Putrajaya
  2. Dewan Perkahwinan Crystal Ballroom Mines 2
  3. Dewan Perkahwinan Grand Ballroom Flamingo Ampang
  4. Dewan Perkahwinan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya
  5. Dewan Perkahwinan Komuniti Setiawangsa
  6. Colosseum Glenmarie
  7. Dewan perkahwinan Banquet UIAM Gombak
  8. Rumah Tradisional Frim
  9. Cassa Detik Ampang
  10. Dewan Perkahwinan Adam Hawa Bangi
  11. Emerald Ballroom Selayang
  12. Dewan Azalea Seksyen 14 Shah Alam
  13. Dewan Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam
  14. Dewan MZ Bangi
Selain itu, Enak Rasa juga turut berhubungan baik dengan dewan yang boleh ditempah sendiri oleh para pelanggang seperti dewan-dewan komuniti DBKL, dewan UKM, dewan di bawah Perbadanan Putrajaya, Wisma Sejarah Kuala Lumpur dan pelbagai lagi dewan sekitar Lembah Klang.


Pakey Wedding di HYPE Motosports Hotel


Masa mama datang ke hotel ni serius mama suka dengan konsep perkahwinan di hotel tapi harga mampu milik. Yer mama tak nafikan bukan semua golongan yang mampu untuk buat kenduri di hotel tapi di HYPE Motosport Hotel insyaAllah impian korang akan terlaksana. Memang bagus la ada pakej marhain macam ini, lebih ramai bakal pengantin dapat merealisasikan impian untuk melaksanakan majlis walimatururus di dewan yang serba elegan dan eksklusif. Jangan tunggu lama untuk mendapatkan pakej yang menarik ini dan cepat tempah sebelum 31 Disember 2018.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Website : www.enakrasa.com

Telefon :

Cik Nurul Afni | 012-237 4867
Tuan Haji Aidil | 016-258 0734
Puan Hajjah Salmi | 010-225 0734
Mohd Rusdi | 011-3557 9805

Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. Skrg ni memang trend org buat kenduri kahwin di dewan...
    senang sebab rumah x sepah..hehehe

    ReplyDelete
  2. Da lama qiya tak pergi kenduri kahwin. Terliur plak tengok menu dia. First time dengar nasi liwet, boleh la suggest kat kawan2, nanti boleh makan nasi liwet tu...

    ReplyDelete

Like us on Facebook