Suamiku Mr Blind

12:07 AM

Selepas mama gigih layan drama Sweet Dreams gadis bisu tu di website Kepala Bergetar, mama baru tahu ada drama best di unifi TV. Memang terlambat la dah episod 17 baru mama gigih marathon weh. Drama yang mama maksudkan adalah Suamiku Mr Blind. Oh my nasib hero herlok hensem kekdahnya hahahah. jalan cerita yang menarik romantis habis. kofkofkof. mau kata bosan tak nak la layan walau tajuk dia BBNU sangat hahahha.. Sebenarnya drama ni adaptasi dari sebuah novel. Hahh tak kesah la dah terlayan 1 episod terus kena layan bagi perabis yer tak. Biasa la dah tak kerja kita rumitkan otak dengan drama yang ada ni. 


Drama ini dibintangi oleh pelakon yang hensem Nazrief Nazri, Janisa Jalil, Zoey Rahman, Intan Najuwa, Dayana Roza, Bella Nazari dan ramai lagi. Yang sedih drama ni ditayangkan di HyppSensasi (Unifi TV) dari hari Isnin - Khamis, jam 9.00 malam. Memang mama tak dapat la tengok sebab mama mana ada unifi weh. yang ada streamyx super lembap ni la hahah.. gigih tau cari dekat youtube dan website. Nasib sempat mama layan wakakak.. sehari semalam jer terus kawtim mama marathon episod 1 - 17. yang selebihnya mama layan dekat app playTV@unifi. Ini korang boleh install yer sebab Unifi bagi sebulan percuma. dapat la mama tengok drama ni sampai habis.

Dah korang baca sinopsis drama ni kalau nak feeling sila baca versi novel. hahaha mama tak beli lagi novel tu almaklum la malas nak membaca sekarang ni. kena ada mood baru la rajin baca novel. hahaha jangan risau mama sertakan link full episod ya. Kalau ada kena block dengan Telekom minta maaf sebab depa kedekut kata copyright hak depa. hahahha dekut sangat!! mentang-mentang mama takder Unifi.. cisss

SINOPSIS SUAMIKU MR. BLIND 

Pada zaman remaja, Aidil dengan sikap nakalnya suka membuli Ain. Ain Syuhada membalas dendam dengan menyembur racun serangga ke mata Aidil hingga menyebabkan mata Aidil Zafran buta. Sebelas tahun kemudian, Aidil Zafran menerima seorang pekerja baru di syarikatnya. Ain Syuhada muncul kembali dalam hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada. 

Ain merahsiakan identitinya dariapada Aidil. Manakala Aidil pula jatuh hati dengan Ain lalu menjadi penyelamat bila Ain putus tunang dengan Rayyan disaat perkahwinan mereka terlalu hampir. Selepas majlis perkahwinan, barulah Aidil ketahui Ain isterinya adalah orang yang sama merosakkan matanya. Aidil bertekad untuk membalas dendam. Mampukah cinta mengatasi dendam yang membara.

Suamiku Mr Blind Full Episod

Episod 1 : http://bit.ly/2k4ohZM 
Episod 2 : http://bit.ly/2lF3GMj 
Episod 3 : http://bit.ly/2lHXvXE 
Episod 4 : http://bit.ly/2m6n9Wd 
Episod 5 : http://bit.ly/2kDBpW1 
Episod 6 : http://bit.ly/2kB57Lr 
Episod 7 : http://bit.ly/2kB58it 
Episod 8 : http://bit.ly/2kbYGyj 
Episod 9 : http://bit.ly/2lLF0l0 
Episod 10 : http://bit.ly/2m4mLre 
Episod 11 : http://bit.ly/2m97iX2 
Episod 12 : http://bit.ly/2kBeKK3 
Episod 13 : http://bit.ly/2k8W97U 
Episod 14 : http://bit.ly/2k8alxV 
Episod 15 : http://bit.ly/2kDCcGt 
Episod 16 : http://bit.ly/2koV8sF 
Episod 17 : http://bit.ly/2m15eQG 
Episod 18 : http://bit.ly/2m97p4U 
Episod 19 : http://bit.ly/2m83PYL 
Episod 20 : http://bit.ly/2lF3kVZ 
Episod 21 : http://bit.ly/2kDMaaO 
Episod 23 : http://bit.ly/2kHCM6f
Episod 24 : http://bit.ly/2lZsA9o
Episod 25 : http://bit.ly/2kV3Bno
Episod 26 : http://bit.ly/2kvgyEw
Episod 27 : http://bit.ly/2ko95qA
Episod 28 : http://bit.ly/2kSFTZ7
Episod 29 : 
Episod 30 :

Selamat marathon dan layan yer drama Suamiku Mr Blind ni.. heheheh mesti korang akan rasa sakit hati, senyum-senyum part romantik tu. helehhh mama tahu sangat korang feeling kan. dah la gigih mama siapkan satu entri pasal drama ni hahahha bye.

Love,
/>

You Might Also Like

3 Comments

  1. sinopsis nmpk mcm menarik..
    tp tu la.. skrg xde ms nk layan drama.. huhu

    tp suka tgk hero ni.. senyum tu manihhhh.. haha

    ReplyDelete
  2. hamboi... tajuk dia tak mengagak betul heheheh

    ReplyDelete
  3. Link to eps 22 23 24 xdpt lah. Huhu...

    ReplyDelete

Like us on Facebook