Manjakan Diri Di Rumah & Alami Kedamaian Mewah Dengan Set Planet SPA Dari AVON

5:57 PM

Semua wanita menggemari belaian dan jagaan rapi, namun tak semua punyai kemewahan masa dan perutukan masa untuk ke spa. Kini kita boleh mencipta sendiri kedamaian mengasyikkan di spa dan nikmati saat memanja diri tanpa perlu meninggalkan keselesaan di rumah. Kini memperkenalkan Planet Spa, rangkaian jagaan tubuh mewah terbaru dari Avon.


Setiap rangkaian Planet Spa dirumus dengan bahan-bahan berharga dari serata dunia yang terkenal dengan kebaikan ungggul bagi memanja serta memelihara tubuh dan minda. Antara produk rangkaian Planet Spa ini adalah :-
  • Perfectly Purifying
  • Blissfully Nourishing
  • Heavenly Hydration 
PERFECTLY PURIFYING


Segarkan semula kulit dengan kuasa terapeutik garam tulen dari Laut Mati serta pelbagai mineral. Ia membantu menanggal sel kulit mati dan kotoran agar kulit tampil lebih sihat dan bertenaga. Haruman pudinanya memberi limpahan kesegaran pada minda yang letih.


Dead Sea Mineral Perfectly Purifying Body Scrub 200ml

Kaya dengan mineral yang mendetoks dan memberi tenaga semulajadi. Menanggalkan kulit kasar dengan lembut agar kulit lebih licin, lembut dan lembap.

Harga : RM65.00 WM / RM74.75 EM


Dead Sea Minerals Perfectly Purifying Body Butter 200ml

Adunan aromatik dari renyukan dedaun pudina, rosemary, garam laut putih dan air dari Laut Mati. Menjadikan kulit lebih lembap dan terhidrat serta merta. 

Harga : RM65.00 WM / RM74.75 EM

BLISSFULLY NOURISHING


Selama berkurun, lepa Shea digunakan di Afrika untuk melembap dan melindung kulit dari sinar mentari, angin, bahang dan air laut. Bahan mewah dan bernutrisi ini mendakap tubuh dalam kehangatan mengasyikkan, bagi pengalaman spa yang sukar dilupakan.



African & Shea Blissfully Nourishing Body Butter 200ml

Lepa Shea Afrika memberi pelembap yang mewah dan menjadikan kulit kelihatan lebih lembap, licin dan selembut sutera. 

Harga : RM65.00 WM / RM74.75 EM



African & Shea Blissfully Nourishing Hand Cream 30ml

Ramuan mewah berkrim ini menyerap pantas dan memberi nutrisi kepada tangan dengan melembapkan serta-merta. Cream ini tidak melekit dan didapati dalam saiz mesra kembara yang mudah dibawa kemana sahaja. 

Harga : RM22.00 WM / RM25.30 EM

HEAVENLY HYDRATION


Diinspirasikan dari bahan unggul yang digunakan dalam tamadun Mesir & Greese Kuno untuk membersih, mlembap dan mengurut tubuh, rangkaian ini menggabungkan minyak zaitun dengan formulasi moden bagi pengalaman spa yang tersendiri. Nikmati hidrasi mewah buat kulit serta haruman menenangkan yang merelaks minda serta-merta.


Mediterranean Olive Heavenly Hydration Body Scrub 200ml

Minyak zaitun yang memberi keharuman hijauan yang sangat segar dan cendana melembap kulit dengan mendalam serta menenangkan minda. Scrub lembut dan lembapan mewah ini memberikan kulit lebih halus dan wangi. 

Harga : RM65.00 WM / RM74.75 EM


Mediterranean Olive Heavenly Hydration Hand Cream 30ml

Minyak zaitun serta vitamin C & E memberi nutrisi kepada kulit dan mengekalkan keanjalannya. Cream yang tidak melekit dan didapati dalam saiz mesra kembara yang mudah dibawa kemana sahaja. 

Harga : RM22.00 WM / RM25.30 EM 

Jadi sekarang wanita yang sibuk tidak perlu risau jika tiada masa untuk memanjakan diri di SPA. Boleh sahaja manjakan tubuh badan di rumah dengan rangkaian Planet SPA terbaru dari Avon. Boleh lakukan 3 langkah mudah untuk penjagaan badan seperti berikut :-
  • Skrub - Seminggu sekali, segarkan deria dan buangkan kulit kasar dan kering pada seluruh badan | Gunakan Purifying Body Scrub atau Hydration Body Scrub
  • Hidrasi - Belai diri dengan lembapan mewah yang menutrisi untuk tubuh setiap hari | Gunakan Nourishing Body Butter atau Purifying Body Butter
  • Lembapan - Kembalikan lembapan pada tangan kering bila-bila masa dan dimana jua | Gunakan Hydration Hand Cream atau Nourishing Hand Cream 

Dengan set rangkaian Planet Spa ini mama menikmati dan dapat memanjakan tubuh badan hanya di rumah sahaja. Bauannya sangat best dan diri rasa begitu tenang setiap hari. Malah kulit lebih lembut dan halus serta kulit sentiasa lembap. Jadi kita sebagai wanita tidak perlu membazir ke spa untuk dapatkan kulit yang segar. 

Untuk set rangkaian jagaan tubuh Planet Spa ini boleh didapati dari mana-mana Wakil Avon, Butik Kecantikan AVON atau boleh juga beli atas talian di shop.avon.my pada 1 November 2019 ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-18-AVON (2866)

Love,
/>

You Might Also Like

6 Comments

  1. wow..bestnya boleh manjakan diri sendiri kat rumah

    ReplyDelete
  2. wow avon ada produk ni. menarik juga lah ada produk baru pack macam ni. nice!

    ReplyDelete
  3. wahhh menariknya, avon pun dah ada produk gini... nanti nak cuba jugak lah...

    ReplyDelete
  4. Bestnya. Ada set spa kt rumah.. Boleh feeling2 buat treatment kt spa kan

    ReplyDelete
  5. Shea butter tu memang bagus untuk melembapkan kulit. range harga pun affordable!

    ReplyDelete
  6. Avon memang pandai hasilkan produk baru. Sebab tu jenama ni bertahan sampai sekarang

    ReplyDelete

Like us on Facebook