Percutian 2H1M Di Putrade Allsuites at RPGC & Berjalan-jalan Di Sekitar Ipoh, Perak

11:40 PM

Dua bulan berturut-turut kita orang turun Ipoh. Hahhh punyalah suka pergi Ipoh ni tau sebabnya banyak tempat yang boleh dikunjungi. Kalau nak cari percutian bajet boleh la korang stay di hotel Putrade Allsuites at RPGC yang terletak di Royal Perak Golf Club. Masa bulan lepas mama tak berjalan sangat just rehat di hotel jer. Kali ni memang mama nak terjah Ipoh sempena cuti 2H1M bersama anak-anak. Berjayakah tidak jom kita tengok. Bukan senang yer nak berjalan dengan 3 orang anak-anak yang masih kecil coz mama dan papa kena kuat mental dan fizikal untuk melayan mereka.


Seawal pagi mama bertolak ke Ipoh dan sampai di Putrade Allsuites at RPGC dalam sekitar 12 tengahari. Sampai jer sana terus check in bilik di sini. So mama prefer One-Bedroom Suite di Putrade Allsuites ini. Ok la nak tidur semalam jer kan dan anak-anak pun tak cerewet sangat diaorang boleh jer tidur dekat sofa. Tapi kalau korang nak bawa toto pun boleh sebab bilik di Putrade Allsuites ni luas tau.

Apa yang menarik dengan Putrade Allsuites at RPGC ini adalah lokasinya sangat strategik yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah serta berlatarkan Gunung Lang dan Gunung Bilike. Selain itu, hotel ini juga berdekatan dengan lokasi menarik seperti Lost World Of Tambun, pekan Ipoh dan banyak lagi. Di Putrade Allsuites at RPGC ini terdapat 36 unit dengan kelengkapan lengkap dengan perabot kontenporeri serta layanan yang mesra dan sentuhan moden yang minimalist dalam setiap suite.


One-Bedroom Suite

Suite Satu-Bilik ini mempunyai ruang tambahan :
  • Satu bilik tidur dengan katil Saiz Queen atau katil berkembar
  • Dilengkapi dengan TV LED 43 dan 32 inci
  • Ruang kerja terbuka dengan akses internet berkelajuan tinggi
  • Dapur mini dengan microwave, peti sejuk dan peti keselamatan
  • Esklusif setiap aparment mempunyai kopi Dolce Gusto

Suite Dua-Bilik pula didatangkan dengan :
  • Dua bilik standard dengan ruang yang lebih besar dan disediakan katil bersaiz King di bilik tidur utama serta katil berkembar di bilik tetamu
  • Dilengkapi dengan TV LED 43 dan 32 inci
  • Ruang kerja terbuka dengan akses internet berkelajuan tinggi
  • Dapur mini dengan microwave, peti sejuk dan peti keselamatan
  • Esklusif setiap aparment mempunyai kopi Dolce Gusto
  • Sangat sesuai yang datang dengan keluarga atau datang berkumpulan
Suite Tiga-Bilik pula bercirikan mewah dan keselesaan malah dekorasi yang sangat hebat dengan :
  • Keluasan kira-kira 1200 kaki persegi
  • Didatangkan dengan 3 bilik tidur katil berkembar dan dua bilik mandi
  • Katil bersaiz King di bilik tidur utama dan 2 katil berkembar di kedua-dua bilik tetamu
  • Ruang makan yang luas dengan akses internet berkelajuan tinggi
  • Dapur mini dengan microwave, peti sejuk dan peti keselamatan
  • Esklusif setiap aparment mempunyai kopi Dolce Gusto
  • Sangat sesuai yang datang dengan keluarga yang ramai atau pelancong yang lebih besar

Menariknya di Putrade Allsuites ini korang boleh juga lepak di sekitar RPGC kerana terdapat pelbagai kemudahan yang menarik untuk keselesaan pengunjung yang datang kesana. Antaranya bagi pengemar sukan Golf boleh sahaja terus pergi ke padang Golf tapi make sure korang bawa sendiri peralatan set golf yer. Oh ya bagi yang suka berenang pun boleh jer berenang di kolam RPGC ni sebab kolam dia besar yer. Tapi kena pakai pakaian mandi yang proper ok. Siap boleh korang berjakuzi lagi tau. Nak melakukan bersenam di gym pun boleh. Tapi mama tak sempat untuk buat semua aktiviti ni. hahahah.




Selepas tour semua tempat di Putrade Allsuites at RPGC ni kita orang makan di coffeehouse Fairway Restaurant. Untuk ke coffeehouse ni korang kena berjalan sikit la ke RPGC yang terletak sebelah dengan Putrade Allsuites tu. Alaa jalan-jalan skit kan melihat suasana di sini memang cantik. 



Dek sebab kita orang breakfast jam 11 pagi so untuk tengahari kita orang tak der makan berat-berat. Jadi pilihan kami anak beranak adalah western food la. Untuk pengetahuan korang harga dia not bad la tak la mahal mana pun yer lebih kurang macam harga dekat luar. Dan yang paling terkejut adalah portion makanan dekat sini banyak. Fuhhh penat juga nak habiskan satu pinggan ni yer. 

Tudia western sangat.

Muka kekenyangan yer. Itu pun kita orang makan sampai habis. Sayang kalau tak abis kan.

Kemudian selepas makan tengahari kita orang berehat jer dalam bilik sebab semua pakat keletihan makan banyak sangat. hahahah. Oh ya petang pula kami bersiap-siap untuk pergi Lost World Of Tambun Hotspring. Kalau dah pergi Lost World of Tambun Hotspring ni apa lagi kita orang nak berendam dalam air panas la. Ini kali ke 3 kita orang datang ke sini. Memang best sebab anak-anak sangat suka berendam dalam air. 



Menariknya di Lost World of Tambun ni ada Petting Zoo dan korang boleh melihat pelbagai binatang yang terdapat di sini. Memang kita orang jelajah sakan siap bergambar la di Petting Zoo ni. Jangan tak tahu anak-anak mama paling excited ke sini dan tak sabar nak mandi kolam. hahaha. 

Comel la rumah hamster ni

Selfie la tapi dia tido.

Ni anak kancil kan. mama dah lupa


Bagi yang datang ke Lost World of Tambun Hotspring korang boleh dapat melihat pertunjukan api di sini. Dalam 30 minit juga persembahan api dan memang mengagumkan kami semua. Hehehe jangan terkejut kalau bau minyak tanah di sekitar sini yer. Yang penting terbaik pertunjukkan api tersebut. Dalam 9.30 malam kita orang mandi dan bersiap balik ke hotel untuk tidur. 


Keesokan seawal jam 7.00 pagi kami bangun untuk sarapan pagi di Fairway Restaurant. Setelah selesai makan kami berkumpul di lobi untuk pergi ke next destination iaitu Taman Rekreasi Gunung Lang. Ini kali ke 2 mama dan keluarga datang ke sini. Anak-anak suka naik boat ni dan tempat ini sangat menarik untuk riadah bersama keluarga. Di sini terdapat beberapa ekor burung seperti burung kasawari. Anak-anak dapat melihat dan belajar pelbagai jenis burung di Gunung Lang ini. Untuk harga tiket sangat murah bagi dewasa RM3.00 manakala untuk kanak-kanak hanya RM1.50 sahaja. 



Cantik kan rumah lama ni. Mama pun sempat bergambar dekat sini

Yeah dapat jugak selfie dengan ostrich ni. asyik lari ke kiri dan ke kanan ajer.

Tempat wajib untuk pose yer. Tapi korang kena hati-hati sebab di sini banyak monyet berkeliaran di sekitar Gunung Lang dan jangan risau monyet ni tak kacau cuma kalau korang dah bagi makan dia akan kejar yer. hahahah 

Menarik juga Ipoh ni. ada banyak tempat lagi nak kena terokai so marilah datang ke Ipoh. 

Selepas selesai tour Gunung Lang, kami dibawa ke pekan Ipoh untuk bergambar di tempat viral iaitu Concubine Lane. Tempat ni sebenarnya adalah lorong-lorong kecil di pekan Ipoh yang menarik dengan lukisan mural di dinding. Lokasi sebenarnya adalah berdekatan dengan Plan B. So korang kena jalan dan bergambar di lukisan mural yang terdapat pada lorong tersebut. Bagi yang suka bergambar dan nak update ke insta bolehlah datang ke sini untuk bergambar yer. Jangan lupa bawa duit untuk beli ais kepal, ais krim yang sedap dan pelbagai barangan menarik yang terdapat di lorong Concubine Lane ini. 

Antara tempat yang menarik mama pose. agituuu

Jangan lupa bergambar di Harry Potter House di Concubine Lane ini. Cantik sungguh tempat ni

Lagi mama pose. belambak-lambak la gambar mama posing kat Concubine Lane saja. 

Selepas selesai posing mosing di Concubine Lane ni perut kami semua dah lapar. Hahaha. Orang kata kalau datang ke Ipoh ni wajib pekena Nasi Vanggey di Restoran Nasi Vanggey. Ini adalah kali ke 2 mama makan Nasi Vanggey ni. Sedap ya ampun dengan ayam vanggey special yang sangat sedap rasa madu dan kuah kari yang melimpah banjir bersama sambal kelapa yang menjadi trademark Nasi Vanggey ini memang makan tak panggung kepala tau. Harga sepinggan Nasi Vanggey Special hanya RM8 sahaja. Korang wajib cuba dan makan di Restoran Nasi Vanggey sini yer. Tak jumpa korang google jer mesti jumpa punya.

Restoran Nasi Vanggey

Love gilah la Nasi Vanggey Special ni. kalau pergi Ipoh lagi of coz la datang makan lagi. Ketagih uolls. hahahah sambil taip sambil telan air liur. parah dah ni


Lepas selesai makan Nasi Vanggey, tibalah masa balik ke hotel dan kemas-kemas barang untuk pulang ke Kuala Lumpur. Kali ni mama dapat peluang berjalan dan bergambar di Lost World of Tambun, Gunung Lang dan Concubine Lane serta dapat tidur yang best di Putrade Allsuites at RPGC. Anak-anak pun keletihan sebab percutian kali ni banyak berjalan di sekitar Ipoh. Sangat puas dan berbaloi percutian kali ini. Banyak lagi tempat menarik di Ipoh so memang sesuai untuk keluarga yang datang untuk percutian bajet. So korang kena rajin explore dan google sahaja. 


Bagi yang ingin menginap di Putrade Allsuites at RPGC boleh buat tempahan atas talian seperti Agoda, Expedia dan juga Traveloka. Mama jamin korang puas hati dengan layanan mesra dan menginap di sini. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

Putrade Allsuites at RPGC
c/o : Royal Perak Golf Club
Jalan Sultan Azlan Shah
31400 Ipoh
Perak

Tel : +605-238 0022
Fax : +605-238 0021

Email : inquiry@putradeallsuites.com

Love,
/>

You Might Also Like

3 Comments

Like us on Facebook