RIZQ Autism Centre Khas Untuk Pembelajaran & Terapi Khas Untuk Anak-anak Autism
9:57 AM
Perasan tak sekarang anak-anak yang menghidap Autism sangat banyak di Malaysia. Tapi ia bukan menjadi satu masalah kepada ibu bapa kerana ibu bapa pada masa kini telah membuka mata mereka tentang pemasalah autism ini dikalangan anak-anak mereka. Yang menjadi masalahnya jika ibu bapa tersebut tidak mencari alternatif untuk memulihkan anak mereka dengan mengurung anak tersebut di rumah. Ini mengakibatkan anak-anak Autism akan lebih agresif dan perkembangan mereka juga akan terbantut. Untuk pengetahuan semua, anak-anak Autism ini sangat cerdik dan kreatif tau. Jadi sebagai ibu bapa wajib mencari pusat untuk pembelajaran khas untuk mereka yang istimewa ini.
Pada Sabtu lepas, mama berpeluang melihat sendiri facilities RIZQ Autism Centre yang akan dibuka pada awal bulan Februari 2020. Tahniah diucapkan kepada RIZQ Educare Sdn Bhd kerana berjaya menubuhkan RIZQ Autism Centre ini bagi anak-anak Autism. Ini adalah salah satu insiatif untuk ibu bapa yang ada anak-anak Autism bagi membantu anak-anak ini dapat belajar dan juga terapi khas agar mereka menjadi lebih kreatif.
Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak lelaki. Gejala-gejala ini selalunya sebelum kanak-kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi. Penyebab utama Autism ialah :-
- Komunikasi
- Tindak balas sosial
- Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti
Selain itu, Autism juga salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil "Pervasive Development Disorders" dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah "Aspergers Syndrome" di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal. Sebab-sebab Autism ini tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Kebanyakan anak-anak Autism ini mempunyai hypersensitive atau hyposensivitive sensory issue. Jadi ibu bapa pastikan melihat anak-anak sensitive dengan 5 deria iaitu penglihatan, sentuhan, pendengaran, bau dan rasa.
Dengan penubuhan RIZQ Autism Centre ini bukan sahaja membantu anak-anak istimewa ini membesar menjadi seorang dewasa berdikari sekurang-kurangnya mampu melakukan aktiviti harian, mengurus diri, makan, minum, berkomunikasi dan tingkah laku yang terkawal. Di sini juga terdapat satu bilik yang direka khas iaitu MSSR Room atau dikenali "Multi-Sensory Smart Room" untuk anak-anak ini boleh digunakan bagi anak-anak autism ini menjalani terapi serta membolehkan mereka menggunakan untuk mengawal input deria, termasuklah bunyi, pencahayaan, bau, sentuhan, suhu dan ruang.
Bilik MSSR ini mendapat sokongan padu daripada
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru melalui Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan menerusi modul pembelajaran dan kepakaran teknologi. Bilik ini membantu anak-anak Autism belajar mengenai sensori serta terapi khas Autism. Dengan adanya MSSR Room ini sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak Autism untuk mereka merasa lebih tenang, disokong dan memberi fokus kepada mereka. Mama perhatikan di bilik ini anak-anak Autism lebih rasa tenang dan mereka berminat untuk explore setiap ruang yang ada.
Antara sensori untuk anak-anak Autism boleh sentuh
MSSR room yang dilengkapi pelbagai teknologi terkini akan menyalurkan data
dan maklumat kepada warga pendidik autism menjadikan terapi kanak-kanak autism lebih teliti dengan penyaluran maklumat yang konsisten. Selain itu, gabungan Extended Reality (AR) bersama-sama Augmented Reality(AR) dan Virtual Reality(VR) sesuai dengan aspirasi pendidikan konvensional
iaitu menuju keperluan Revolusi Industri 4.0.
Di RIZQ Autism Centre juga terdapat bilik Lego dimana anak-anak Autism akan diberikan masa bermain dan mencipta menggunakan permainan block Lego ini dengan kreativiti masing-masing. Jangan tidak tahu anak-anak Autism ini sangat kreatif dan yang pasti ibu bapa akan terkejut serta kagum dengan mereka ini. Percayalah setiap anak-anak yang lahir ke muka Bumi ini Allah berikan yang terbaik untuk mereka.
Terdapat ruang bermain indoor serta outdoor yang sangat selesa bagi anak-anak ini bermain serta menghabiskan masa mereka seharian di RIZQ Autism Centre. Selain pendekatan teknologi, RIZQ Autism Centre juga menyediakan tempat untuk penjagaan harian kanak-kanak setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8:00 pagi sehingga 5:00 petang serta termasuklah sarapan pagi, makan tengahari dan juga minum petang. Untuk penjagaan harian ini terdapat 1 jam sesi terapi dengan pakar Occupational Therapist yang terlatih.
Bagi yang berminat untuk membeli buku mengenai pembelajaran khas anak-anak Autism juga turut dijual di RIZQ Autism Centre. Antara buku-buku khas ini seperti :-
- Mudahnya memahami Autisme
- Strategi Pengurursan Tingkah Laku Murid Berkeperluan Khas
- Intervensi Terapi Carakerja Untuk Murid Disleksia
- Persediaan Sensori Dalam Pendidikan Khas
- 100 Aktiviti Untuk Murid Berkeperluan Khas
- Kemahiran Manipulatif Dalam Pendidikan Khas
Kesemua buku ini boleh diorder dan dibeli di RIZQ Autism Centre. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi pihak RIZQ ok.
Buku-buku khas untuk Ibu bapa membaca dan mengenal lagi tentang pemasalahan anak-anak Autism
Oleh itu, ibu bapa di luar sana tidak perlu berlengah dan buatlah screening test dahulu untuk mengetahui anak-anak diagnose Autism pada peringkat awal umur mereka. Yang paling utama jika anak-anak kita Autism cepatlah dapatkan rawatan dan cuba membantu anak-anak ini untuk mempersiapkan diri mereka bagi menempuhi cabaran dunia luar dengan menghantar ke RIZQ Autism Centre. Dengan adanya Centre sebegini dapatlah anak-anak Autism ini lebih berkeyakinan, lebih focus, dan lebih berani untuk berhadapan dengan orang ramai.
Untuk maklumat lanjut mengenai RIZQ Autism Centre ini boleh hubungi :-
RIZQ AUTISM CENTRE
BG-11, Plaza Crystalliville
PT 53370 Vita
Lingkaran Cyberpoint Timur
Cyber 12
63000 Cyberjaya
Telefon : 03-8912 0447
Whatsapp : 018-252 7674
Email : rizqautism@rizq.edu.my
Facebook : RIZQ Autism Centre
Instagram : @rizq_autism_centre
Website : www.rizqautismcentre.com
2 Comments
Syabas! Juju suka kaedah mcm ni di perkembangkan. Membantu anak2 yang kategori istimewa untuk lebih berilmu, diorg ni sangat cerdik sebenarnya, bila diberi kaedah mcm2 elemen pembelajaran yang menarik mcm gambar di atas pasti lagi berkembang minda mereka. Terbaik!
ReplyDeleteBudaj istimewa ni banyak lebihan dia yg kadang-kadang xde pada kita.. Setiap dari mereka masing-masing mmempunyai kelebihan yg hebat....
ReplyDelete