Sepetang Bersama Chef Emmanuel Stroobant Menggunakan California Raisins Dalam Resipi Sajian Yang Hebat

8:04 PM

Kismis bukan sahaja lazat dan membuka selera, tetapi juga kaya dengan khasiat pemakanan yang menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam sajian masakan memandangkan isu-isu kesihatan yang semakin meningkat disebabkan diet yang tidak sihat. Oh ya kismis ini bukan hanya untuk dimakan macam itu sahaja tau malah kita boleh memasak menggunakan kismis ini dalam juadah harian kita.


Kemarin mama telah dijemput oleh Raisins Administrative Committee (RAC) untuk sambutan tahun baru dengan sentuhan manisan yang berasaskan resipi yang dicipta khas dengan menggunakan Kismis California di majlis Sepetang Bersama Chef Emmanuel Stroobant di Sampling On the Fourteen Restaurant yang terletak di Berjaya University College Kuala Lumpur. 

Sampai sahaja di sini kami diberikan welcome drink daripada kismis iaitu California Raisins Sparkling yang sedap dan menghilangkan dahaga kami. Air ini sangat simple dengan menggunakan kismis hancur dan ditambah air soda bersama air sprite. Korang wajib cuba air yang sangat mudah lagi sedap. 


Bukan itu sahaja, kami mencuba pelbagai roti yang dihasilkan bersama kismis yang cukup berkhasiat. Memandangkan mama pengemar roti jadi mama dapat rasa semua pelbagai jenis roti yang terdapat di sana. Diluar roti yang keras tapi dalam roti sangat lembut. 

Antara pelbagai kelebihan Kismis California ini termasuklah :-
  • Semula jadi sepenuhnya
  • Manis secara semula jadi dan tidak mengandungi gula tambahan
  • Tidak mengandungi lemak dan kolestrol dan rendah natrium (garam) secara semula jadi
  • Sumber kalium (elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf)
  • Sumber serat 
  • Sumber nutrien
  • Diketahui mengandungi fitonutrien yang menyekat pertumbuhan bakteria dalam mulut yang dikaitkan dengan kaviti dan penyakit gusi.



Pada petang tersebut, kami juga dapat melihat lebih dekat dimana Chef selebriti bertaraf 2 bintang Michelin, iaitu Chef Emmanuel Stroobant bersama chef jemputan Chef Erich Anton Ross telah mencipta 4 resipi menggunakan kismis California ini dalam resipi sajian mereka dimana meraikan 40 Blogger Malaysia bagi menikmati juadah tersebut. 


Menurut Pengarah Promosi Perdagangan RAC Malaysia, Encik Richard Lieu berkata, "bagi kebanyakkan pengguna, terutama kanak-kanak sangat sesuai makan Kismis California ini dan menjadikan makanan snek yang sihat berbanding makanan snek yang lain kerana Kismis California ini  manis secara semulajadi dan tidak mengandung sebarang gula tambahan. Kismis California juga merupakan bahan serba guna yang boleh dijadikan pelbagai sajian masakan yang sihat iaitu sajian pembuka selera dan sajian utama mahupun manisan dan minuman kerana pengguna zaman sekarang lebih mementingkan kesihatan serta gemar mencuba sesuatu yang baru." 


Selain itu, kismis ini sesuai untuk dimakan dimana sahaja kerana kismis ini sangat sihat dan lazat. Tambah satu peket kismis California boleh dimasukkan ke dalam bag tangan atau bag bimbit. Ia juga mudah diselitkan dalam bekas makanan tengahari, bag gym dan laci meja tulis kita. Kismis California juga boleh dibeli dengan mudah, tidak mudah rosak dan senang dibawa kerana kismis ini didatangkan khas dalam kotak. Jadi kismis ini tidak perlu dibasuh, dikupas atau dicincang malah membolehkan seseorang dapat mencipta sajian dengan mudah.

Seorang pakar diet klinikal iaitu Cik Tan Yen Sing turut hadir bagi menerangkan khasiat kebaikkan dan kelebihan Kismis California ini kepada kami semua. Menurut beliau, hasil kajian menunjukkan bahawa pengambilan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran iaitu melebihi 5 sajian sehari dapat mengurangkan 17% penyakit jantung koronari.


Kata Cik Tan lagi, "pemakanan yang baik sememangnya cara terbaik untuk mencegah penyakit dan menjaga kesihatan. Kismis mempunyai antioksidan polifenol tinggi mengandungi kira-kira 3037 unit ORAC (Oxygen Radikal Absorbance Capacity - satu kaedah mengukur antioksidan dalam mananan) dalam kira-kira 2/3 cawan. Selain itu, bahan keperluan ini penting untuk perlindungan daripada tekanan oksidatif yang berkaitan peningkatan usia dan penyakit"

Walau kismis ini kecil tapi ia mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan kita. Kismis ini juga mengandungi 35% fruktosa dan 35% glukosa yang merupakan gula buah-buahan semulajadi serta sumber tenaga yang tidak mengandungi lemak dan juga kolesktrol. Jadi kismis ini snek yang sihat dan boleh menggantikan gula dalam banyak resipi masakan dan roti serta kek. 


Resipi sajian gourmet yang disediakan oleh dua chef tersohor ialah :-

Chef Emmanuel Stroobant (3 Resipi)

1) California Raisins, Crab & Cauliflower
2) California Raisins Pasta With Fennel & Prawns
3) California Raisins With Beef Shorts Ribs & Winter Fruits

Chef Erich Anton Roos (Dessert)

4) Symphony Of California Raisins consisting of :
  • California Raisins muffin with cream
  • California Raisins cinnamon ice cream
  • Apple puff

Chef yang tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu Chef Emmanuel Stroobant kerana beliau chef selebriti Belgium bertaraf 2 bintang Machelin ini telah melibatkan diri dalam dunia masakan sejak mula bekerja sebagai pembantu dapur pada usia semuda 16 tahun dan meniti kerjaya dalam dunia kulinari selama satu dekad. Paling menonjol ialah kemunculannya sebagai chef pengacara saluran AFC selama bertahun-tahun dan beliau membuka restoran pertamanya di Singapura yang dinamakan Saint Pierre. 

Kami telah mencuba keempat-empat hidangan dari 2 chef tersebut dan ternyata ianya sangat sedap malah memang sangat unik dimana buah kismis ini dijadikan pemanis semulajadi dalam hidangan ini cukup sempurna. Dan mama sendiri tidak menyangka gabungan kismis dalam masakan beliau telah membuka mata mama untuk mencuba dan mencipta sendiri resipi ini untuk keluarga tersayang. 

Hidangan pertama : California Raisins, Crab & Cauliflower

Hidangan Kedua : California Raisins Pasta With Fennel & Prawns

Hidangan ketiga : California Raisins With Beef Shorts Ribs & Winter Fruits

Kemudian Chef Erich Anton Roos menunjukkan bakat beliau untuk memasak pemanis mulut pula. Chef Erich merupakan warga Switzerland yang telah mengumpul pengalaman serta berkecimpung selama 40 tahun dalam dunia kulinari antarabangsa, meliputi banyak negara Barat dan Asia. Buat masa ini Chef berada di Bangkok dan memainkan peranan dan lebih tertumpu kepada perundingan dan perancangan strategik untuk keperluan latihan di dapur dalam rangkaian hotel antarabangsa.


Walau Chef Erich hanya masak pemanis mulut sahaja tapi rasa pemanis mulut ini sangat sempurna apabila 3 sajian digabungkan sekali dalam satu mulut. Bayangkan muffin dengan cream dimakan bersama cinnamon ice cream yang lembut dan sejuk serta apple puff yang cukup sedap digabungkan yang cukup sempurna malah menjadi pelengkap menikmati juadah yang sedap semalam. 

Hidangan keempat : Symphony Of California Raisins consisting of California Raisins muffins with cream, California Raisins cinnamon ice cream & Apple Puff


Jadi kita sebagai manusia dewasa haruslah menjaga kesihatan kita dengan mengambil 1 1/2 hingga 2 cawan buah-buahan sehari yang telah disyorkan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA). Buah-buahan sedia untuk dimakan dan mudah dibawa ke mana-mana seperti Kismis California sangat sesuai untuk mengisi kuota ini. Malah, pengguna hanya memerlukan 1/2 cawan kismis untuk keperluan harian berbanding 1 cawan penuh buah-buahan segar. Nampak tak betapa pentingnya kismis ini dalam tubuh badan kita.



Terima kasih California Raisins kerana menjemput mama untuk menikmati 4 hidangan juadah yang cukup hebat dan sihat dengan menggunakan kismis yang berkhasiat. Mama akan cuba gantikan kismis dalam hidangan harian keluarga mama kerana kismis California ini tidak mengandungi lemak dan kolestrol malah ia rendah garam semulajadi. 

Untuk maklumat dan resipi Kismis California ini, sila layari www.calraisins.org dan www.caraisins.com atau ikuti di Facebook @RACAsean.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook