Pertama Kali Makan EID Authentic Korean Cuisine Di Bangi

11:37 AM

Hi annyeonghaseyo. Agituuu yer lah nak pergi Korea memang tobat la nak sampai sana. Dengan keadaan corona virus tu lagilah. Elehh sebenarnya memang mama sampai bila-bila mama tak dapat pi Korea sebab kau sejenis takut naik flight lama-lama. Ok memandangkan mama tengah on diet tapi tekak ni teringin giler nak makan makanan Korea. So google punya google jumpa paling dekat di Bangi iaitu EID Authentic Korean Cuisine. Tengok gambar-gambar makanan dia dekat IG memang woww nampak semua menyelerakan. Jadi mama pun cakap ok today is a cheat day tapi tetap kau tak makan nasi. Yer tahu nasi tak bersalah tapi entah la maybe dah terbiasa tak makan nasi selama sebulan so makan jer lah lauk dan sayur pun kenyang.


Untuk pengetahuan korang, restoran EID ini merupakan restoran yang terkenal di Itaewon Korea yang menyajikan menu Korea Asli yang Halal. Restoran EID ini mempunyai 3 branch di Bangi, Damansara Perdana dan juga di Seremban. Oh ya pemilik restoran ini merupakan pasangan Korea yang sudah memeluk agama Islam. Kalau korang rajin terjah IG EID ni mesti korang akan suka tengok owner yang sangat comel dan bercakap bahasa Korea. 

Antara menu yang terdapat di restoran EID ini tak banyak pilihan tapi mama rasa semuanya antara menu-menu yang terkenal di Korea seperti bulgogi, bibimbap, japchae, kimchi stew, ramyeon, dan menu-menu street food yang popular seperti ayam goreng Korea, sotteok, tteokbokki dan juga corndog.


Pilihan menu mama makan kemarin adalah Beef Bibimbap, Dumpling Ramyeon, Spicy Bulgogi, Cheesy Corndog, Soteok Sweet & Spicy dan Green Tea. Oh ya setiap hidangan akan ada dihidangkan dengan side dish iaitu salad dan kimchi. Yang side dish ni korang boleh refill kalau habis. Fuhh sekali sampai nahhh penuh meja kau. Walau namanya agak susah nak sebut hahaha tapi tekak ni nak makan daging tu yang pilih semuanya daging ajer. Iyer mama tengah diet tak makan nasi mama makan lauk dan sayur macam ni dah kenyang sampai penuh perut. Aduhh. Jangan risau yer semua makanan di restoran EID ini semuanya Halal dari Korea Muslim Federation dan di bahagian dapur restoran juga dapat kelulusan dari JAKIM.


Beef Bibimbap ni memang sedap yer. Terdapat nasi di bawahnya dilimpahi dengan kuah serta dipenuhi dengan segala jenis sayur seperti carrot, tauge, sayur bayam, cendawan, telur dadar dan daging. Untuk set Beef Bibimbap ini disertakan dengan semangkuk sup seaweed rasanya. Oh ya nak makan beef bibimbap ni korang kena gaul semua yang ada dalam mangkuk ni kemudian makan. Memandangkan mama tak makan nasi so mama makan lauk dan sayur sebelah atas tu jer. Harga set ini hanya RM22.90 sahaja. Portion makanan ni boleh untuk 2 orang makan yer. 


Untuk menu kedua pula mama pilih Spicy Bulgogi. Set ini disertakan dengan semangkuk nasi putih dan semangkuk sup seaweed. Harga set ini RM22.90. Yang menariknya mama suka daging spicy bulgogi ni rasa pedas daging grill dari Korean Chilli paste dan soy sauce. Memang sedap yer tapi rasa masin sikit ker maybe tekak mama dah lama tak makan garam. hahaha. tapi sedap lah memang mama nak repeat makan spicy bulgogi ni lagi. Memang recommended sangat!!


Menu ke 3 pula mama pilih Korean Ramyeon With Dumpling. Hahah ini terpengaruh drama Korea. Sedap sangat ke Ramyeon ni. Ohh sebenarnya Ramyeon ni macam Maggi tapi yang lainnya ada Dumpling. Bagi yang tak nak makan nasi dan nak makan macam ni boleh la cuba makan Ramyeon ni harga RM14.90. 


Ok ini pulak bagi Qeisya makan. Yang lain semua pedas-pedas so mama bagi dia makan Sweet Spicy Soteok. Ini lah makanan street food yang terkenal di Korea tau. Soteok ni adalah gabungan hotdog dan rice cake deep with homemade yangnyeom and honey sos. Harga soteok ini RM7.90 sahaja.


Yang terakhir mama order Cheesy Corn Sausage atau dikenali corndog yang famous tu hah. Ini kelakar yer sebab semenjak corndog ni viral mama tak pernah rasa nak makan. So hari ni mama cuba la dekat restoran EID. Menarik juga kalau makan corndog ni panas-panas sebab dalamnya ada cheese yang kita makan dan tarik panjang-panjang tu. hahaha. Of coz la mama nak rasa juga sedap mana corndog ni kan. Memang sedap anak mama suka makan corndog ni. Harga corndog cheese ni hanya RM9.90 sahaja. korang boleh cuba makan dekat sini tau.

Hahaha mama pun kunun nak tarik panjang tapi pendek tu jer 


Pertama kali mama makan makanan Korea ni mama dah mula jatuh cinta yer. Yer la selalu tengok menu-menu ni dalam drama Korea jer hahh. Memandangkan makanan Korea dah ada di Malaysia why not kita cuba makan dan boleh pelbagaikan menu tekak kita yer tak. Sebenarnya banyak lagi mama tak makan menu di restoran EID ni. Lepas ni boleh la datang lagi dan cuba menu-menu yang lain seperti Yangnyeom, Dakgangjung, Samyetang, cheese tokpokki, kimchi stew, jimdak dan ayam goreng Korea. Aduhh terliur pula menu-menu semua ni walau nak sebut nama dia punya susah. hahahah.

Untuk maklumat lanjut :-

EID AUTHENTIC KOREAN CUISINE

8-19-01, Jalan Medan Pusat Bandar 7A
Bangi Sentral
Telefon : 017-310 3227

Dibuka setiap hari bermula jam 11.00am - 11.30pm

Instagram : @eid.korea.my

Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. adoi terus lapaq, tengok gambar time tengahari ni. hehe ^_^

    ReplyDelete
  2. menariknya semua menu tuh, harga pun nampak berpatutan tuh... corndog tu nampak besar, akak tak pernah cuba lagi tau beli kt mana2... terasa terliur lak nengok corndog tu

    ReplyDelete

Like us on Facebook