MYLARA Skincare | Merawat Kulit Bermasalah & Rahsia Kulit Putih Glowing

1:08 AM

Semua wanita nak cantik bukan tapi cantik bukan bererti dari segi mekap sahaja malah kalau dapat kulit yang sihat lagi bertambah kecantikkan seseorang wanita. Semenjak PKP ni masalah kulit wajah mama makin menjadi-jadi. Ahhhh tekanan betul maybe sebab hormon yang kurang stabil, stress dan tidak menjaga pemakanan mengakibatkan kulit mama breakout dengan tumbuhnya jerawat. Yang paling sedih bekas jerawat tu dah jadi parut hitam. Bukan mama tak jaga kulit tapi skincare yang mama pakai sebelum ni macam dah tak sebati dengan kulit mama. Jadinya, mama perlu bertukar ke produk skincare yang lain. Kali ni mama nak mencuba satu produk Malaysia iaitu MYLARA Skincare


MYLARA Skincare adalah rangkaian produk yang dirumus khas agar kulit kekal sihat dan segar yang telah 5 tahun berada di pasaran. Kombinasi yang unik dari bahan-bahan berasaskan tumbuhan dan sangat sesuai untuk semua jenis kulit serta selamat digunakan dari umur 14 hingga 60 tahun. MYLARA Skincare dihasilkan dengan selamat di kilang yang diperakui GMP dengan ramuan yang diformulasikan secara eksklusif yang terbukti secara klinikal untuk keberkesanannya dan juga keselamatan sesuai dengan keadaan GMP. Ia juga memastikan bahawa produk ini bebas dari ujian haiwan. 

Menariknya MYLARA Skincare ini terdapat rangkaian produk khas untuk masalah kulit wanita seperti Whitening, Bright & Glow, Brightening & Glowing dan Combo Jerawat. So mama mempunyai masalah parut jerawat dan kulit kusam so mama pilih set Advanced Whitening 5 in 1 yang terdiri daripada Collagen Cleanser, Facial Toner, Glowing Gel Aloe Vera, Matte Miracle CC Cream, Revitalizing Night Cream. Dengan penggunaan secara konsisten 5 produk ini insyaAllah kulit yang bermasalah kembali sihat dan glowing. 


Antara kebaikkan set Advanced Whitening 5 in 1 MYLARA Skincare :-
  • Mencegah jerawat
  • Mengecilkan liang pori
  • Mencerahkan kulit yang kusam
  • Mencerahkan kulit & glowing
  • Melembabkan & melicinkan kulit
  • Memulihkan dan melindungi kulit
  • Mencerahkan parut dan tompok jerawat
Set ini jugak sangat sesuai untuk kulit normal dan berminyak serta kulit cerah berseri dengan 5 langkah yang mudah. Dari segi packaging set MYLARA Skincare ni mama betul-betul suka sebab botol dia tak besar dan sangat mudah untuk dimuatkan dalam bag. Kalau botol besar agak leceh sikit la nak bawa keluar susah. Jom kita tengok 5 rangkaian set Advanced Whitening 5 in 1 dan cara-cara penggunaannya. 

GLOWING CLEANSER


Glowing Cleanser Skin Perfecting mencuci dan membersihkan wajah dari segala kekotoran seperti kesan solekan, minyak dan membersihkan solekan mata dengan lembut. Malah dengan cleanser ini dapat mengelupas secara lembut agar kulit lebih lembut, halus dan cerah.

Cara penggunaanya dan guna dua kali setiap hari :-

Picitkan dalam 1-2 pam ke tapak tangan, urut muka dan leher dengan lembut. Biarkan sekejap dan bilas dengan air suam. Kemudian biarkan kulit kering dengan lembut sebelum menggunakan MYLARA Pore Refining Refreshing Toner.


Isi Kandungan :

Aqua (water), Sodium Lauryl Sulphate, Carica Papaya Fruit Extract, Aloe Barbadensis Extract, Soluble Collagen Cocamidoprophyl Betaine, Cocamide DEA, Sodium Benzoate, CI 77491, Fragrance.

Harga Glowing Cleanser Skin Perfecting (60ml) : RM25.00

FACIAL TONER 


Facial Toner Skin Perfecting berfungsi untuk membersih kekototan dan mengecilkan pori-pori wajah. Selain itu facial toner ini juga mampu mengimbangkan semula kadar pH kulit dan mempersiapkan kulit untuk rutin skincare seterusnya. Kulit akan lebih segar, melembapkan, menenangkan dan melembutkan kulit wajah. 

Cara penggunaanya dan gunakan selepas mencuci wajah :-

Spraykan facial toner pada kapas dan sapu perlahan-lahan ke seluruh muka dan leher dengan gerakan menaik ke atas. Selepas itu, sapukan dengan MYLARA Matte Perfect CC Cream atau MYLARA Instabright Night Cream.
Isi Kandungan :

Water, Denatured ethanol, Hamameus Virginia (Witch Hazel), Glycyrrhiza Glabra (licorice) Rhizome/Root extract, Aloe Barbadensis Extract, Poly Satbare-20, Sodium Benzoate, Fragrance.

Harga Facial Toner Skin Perfecting (60ml) : RM25.00

GLOWING GEL ALOE VERA


Glowing Gel Aloe Vera berfungsi melembapkan serta menghalang bekas jerawat daripada menjadi perut. Dengan bau Aloe vera yang cukup wangi dan mudah meresap ke dalam kulit. Glowing gel ini bertindak melembapkan kulit wajah dan menjadikan kulit lebih glowing.

Cara penggunaannya :

Selepas menggunakan toner, calit sedikit glowing gel aloe vera ini di pada wajah dan sapu secara menyeluruh. 


Isi Kandungan :


Aloe Barbadensis Leaf Juice, Alcohol, GlycerylPolyacrylate, Dipropylene Glycol, Water, Butylene Glycol, Propylene Glycol, Carbomer, PEC 60 Hydrogenated Castor Oil, Triethanolamine, 1,2-Hexanediol, Betaine, Phenoxyethanol, Disodium EDTA, Parfume, Polyglutamic acid, Sodium Hyaluronate, Calendula Officinalis Flowee Extract/ Melissa Officinalis Extract, Mentra Viridis (Spearmint) Extract.

Harga Glowing Gel Aloe Vera (20ml) : RM25.00

MATTE PERFECT CC CREAM


Matte Perfect CC Cream adalah cream all in one yang melindungi kulit dari sinaran matahari yang berbahaya dengan SPF 30. Terbukti secara klinikal dapat memperbaiki kulit dan menghidrat kulit serta berfungsi sebagai colour corrector untuk menjadikan sebagai primer, pencerah kulit, foundation ringan, pelembap serta anti penuaan dan kolagen. 

Cara penggunaanya : 

Calitkan krim di muka mengikut kadar kesesuaian bahagian muka dan sapukan ke seluruh muka sehingga rata.

Isi Kandungan :

Aqua (water), Glycerin, Pearl Powder, Argan Oil, Titanium Dioxide, PEG/PPG-20/15 Dimethicone, Isononyl Isononanoate, Iron Oxide, Hydroxethyl Urea, Vinyl Dimethicone, Cyclopentasiloxane, Dimethicone Crosspolymer, Prophylene Glycol, CI 77492, Fragrance


Harga Matte Perfect CC Cream (7g) : RM30.00

INSTABRIGHT NIGHT CREAM


Instabright Night Cream berfungsi memberi khasiat dan melembabkan kulit sehingga 8 jam. Serta membantu mengurangkan bintik-binti gelap dan memutihkan kulit seawal 14 hari dengan ramuan yang terbukti secara klinikal. Night cream ini juga dapat mencerahkan kulit tanpa pengelupasan yang teruk. 

Cara penggunaanya :

Dengan menggunakan hujung jari, sapukan lapisan nipis ke wajah dan leher. Untuk penyerapan mendalam, urut secara perlahan-lahan dalam masa 1-2 minit.

Isi kandungan :

Aqua, Cetyl Alcohol, Cetearyl Alcohol, Glyceryl Stearate, Mineral Oil, Isopropyl Mistrace, Glycerin, Xantham Gum, Beeswax, Stearic Acid, Dimethicone, Glutathione, Alpha Arbutin, Linolec Acid, Aloe Barbadensis Extract, Licorice Extract, PEG-100, C10-11 Isoparaffin, Lecithin, Tacopheryl Acetate, Ascorbyl Palmitate, Isononyl Isononanoate, Allantoin, Lepidium Santivum Sprout Extact,Disodium EDTA, Diazolidinyl Urea, CI 77499, Fragrance.

Harga Instabright Night Cream (7g) : RM30.00


MYLARA Skincare merupakan produk buatan Malaysia dan semua produk ini berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta ianya dijamin selamat. Fuhh mama lega dengar selepas mama kaji selidik pasal produk MYLARA Skincare ini dekat laman web KKM ni. So korang tak perlu risau bab ni yer.


Review Mama : 

Alhamdullah selepas seminggu penggunaan secara konsisten pada wajah mama dan mama nampak perubahan parut jerawat di sekitar bibir sudah berkurangan. Mama rasa perubahan pada wajah mama terus mama beli lagi 1 set MYLARA Skincare ni untuk konsisten setiap bulan. Kulit mama sentiasa lembap, liang pori mengecil dan tona kulit semakin rata. Mama bukan lah nak putih mana tapi kalau dapat menghilangkan parut-parut degil pada wajah mama dah bersyukur tau. Oh ya produk MYLARA Skincare ini adalah produk yang mampu milik dan harganya sangat berpatutan. Jadi kita perlu menjaga kulit wajah kerana kulit yang cantik diri kita automatik akan jadi cantik. Agituuu


Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook