Jom Raya Secara Sihat Dengan Hidangan Menggunakan California Raisins

1:29 AM

Lagi beberapa hari umat Islam akan menyambut Hari Raya dengan bersederhana dengan keadaan yang tengah melanda negara kita. Ia agak menyedihkan tapi demi menjaga diri dan keluarga kita perlu patuhi arahan Kerajaan untuk memutuskan wabak Covid 19 ini. Walau kita beraya tanpa keluarga tercinta tapi kita tetap menyambutnya. Jadi pengambilan makanan yang tidak terkawal dan berlebihan boleh menyebabkan kenaikkan berat badan semasa musim raya ini. Oleh itu, kita disarankan agar amalan pemakanan yang sihat semasa bulan Ramadhan boleh diteruskan sepanjang bulan Syawal yang bakal tiba.


Menurut Pakar Dietition iaitu Cik Nurul Aziah Musa berkata kita perlu merancang menu untuk tetamu yang bakal hadir ke rumah juga perlu diberikan perhatian bagi memastikan keseimbangan pengambilan makanan dan penggunaan tenaga. Oleh itu, pelbagaikan menu dengan menyediakan pelbagai pilihan buah-buahan segar dan salad sayur-sayuran atau buah kering secara semulajadi seperti Kismis California untuk hidangan menu yang lebih sihat. Menu yang sihat adalah daripada kaedah masakan seperti bakar, panggang, kukus dan rebus.

Antara garis panduan dari pakar Dietition yang boleh diamalkan adalah seperti berikut :
  • Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil
  • Pilih makanan yang sihat
  • Pilih makanan yang tinggi serat
  • Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak
  • Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut
  • Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam
  • Minum air kosong berbanding minuman berperisa seperti berkarbonat atau minuman yang manis-gula

Antara resipi yang sihat dengan menggunakan Kismis California seperti berikut dan bagi yang ingin dapatkan pelbagai resipi menarik boleh layari laman web www.raisins.org/recipe @ www.caraisins.com/browse-recipes

Resipi Dadih Dengan Sos Mangga dan Kismis California

Sos Buah Mangga dan Kismis California 
  • 3 sudu besar Kismis California 
  • 1 biji mangga dipotong kiub 
  • ½ biji mangga pureed 
Bahan Dadih
  • 2 cawan air 
  • 10 g serbuk agar-agar 
  • 1 litre susu segar 
  • 3 sudu makan gula perang 
Cara Penyediaan Dadih
  1. Panaskan air dan masukkan serbuk agar2 hingga larut dan mendidih
  2. Masukkan susu segar dan gula
  3. Apabila sudah mendidih tutup api
  4. Letakkan di dalam bekas dan biarkan sejuk
  5. Masukkan ke dalam peti ais 
Cara Penyediaan Sos Buah Mangga
  1. Kisar mangga hingga menjadi pureed
  2. Letak dalam bekas dan campurkan bersama mangga yang dipotong kuib
Dadih yang sudah mengeras dan sejuk sedia dihidangkan. Tuang sos mangga di atasnya bersama Kismis California. Sedap dinikmati sebagai juadah manisan yang sihat dan menggunakan manisan buah semulajadi.

Dadih Dengan Sos Mangga & Kismis California

Resipi Puding Roti Kismis California dan Sos Kastad

Bahan-bahan Puding Roti 
  • 4 sudu besar Kismis California 
  • 2 sudu makan mentega dicairkan 
  • 8 keping roti sandwich 
  • 500 ml susu segar 
  • 3 biji telur 
  • 1 sudu teh esen vanilla 
Sos Kastard
  • Susu segar 400 ml 
  • Air 50 ml 
  • 1 sudu makan gula perang 
  • 2 sudu makan tepung kastard
Cara Penyediaan Puding Roti
  1. Masukkan 500 ml susu segar dalam bekas
  2. Tambah 3 biji telur
  3. Masukkan mentega yang dicairkan
  4. Masukkan 1 sudu teh esen vanilla
  5. Kacau semua bahan yang dicampurkan sehingga sebati
  6. Carik, potong 8 keping roti sandwich dan tuang bahan yang dikacau tadi ke atas roti
  7. Biarkan selama 10 minit supaya adunan terendam sebati.
  8. Sapukan sedikit minyak pada loyang dan tuangkan adunan roti tadi
  9. Taburkan Kismis California
  10. Bakar selama 30 – 35minit, pada suhu 160 Celcius 
Cara Penyediaan Sos Kastard
  1. Tuangkan susu segar
  2. Masukkan air
  3. Tambah gula
  4. Tambah tepung kastard dan kacau sebati untuk mengelakkan berketul
  5. Masa atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat dan tutup api 
Puding roti dan sos kastard yang sejuk boleh dihidangkan sebagai snek minum petang yang sihat dan berkhasiat.

Puding Roti Kismis California & Sos Kastad

Kismis California adalah sejenis bahan yang sangat serba boleh digunakan di dapur. Ianya boleh digunakan dalam pelbagai sajian makanan pastri, manisan dan minuman. Ia juga sumber makanan segera yang mudah dan boleh menjimatkan masa untuk para ibu suri rumah dan profesional yang mahukan kaedah cepat dan mudah untuk membuat sendiri juadah makanan.

Antara sumber pilihan makanan sihat yang boleh disediakan untuk juadah Hari Raya adalah daripada buah-buahan kering seperti Kismis California kerana ia merupakan sumber makanan yang manis secara semulajadi. Seperti yang ditekankan melalui slogan “Sweet Naturally”, Kismis ini tiada gula tambahan dan ia adalah kismis terbaik di dunia kerana kualitinya yang bermutu tinggi. Menjadi makanan ringan yang sihat dengan kemanisan semula jadi bermakna Kismis California dapat digunakan sebagai pengganti gula untuk banyak resipi termasuk roti dan kek.


Kismis California adalah contoh snek sihat, menjimatkan dan senang untuk kita perolehi. Ianya di pek dalam bungkusan kecil yang mudah dan muat untuk dibawa ke dalam beg tangan menjadikan-nya pilihan snek yang sangat mudah untuk dinikmati. Rancang pemakanan harian anda mengikut panduan piramid makanan. Ini akan membantu mengimbangkan antara snek dan menu utama anda. Oleh itu, anda harus menikmati pelbagai jenis makanan berdasarkan pengambilan harian yang disarankan. Makan Secara Sihat, Resepi Kehidupan Sihat.

Untuk maklumat lanjut mengenai pemakanan & petua resipi mengenai Kismis California :


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook