Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, Bantu Komuniti Ukay Heights
12:58 PM
Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat
wabak Covid-19, semangat saling mambantu, murah hati dan saling percaya-
mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. Kemudahan lama seperti pantri
makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru.
Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah
kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan
memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan. Sebagai contoh, di Selangor, Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah di Ukay Heights
membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini.
“Kami bimbangkan kebajikan sesetengah keluarga di sini terutamanya ketika
Ramadan dan Hari Raya. Kami sendiri tidaklah mewah, tetapi keperluan mereka
lebih mendesak. Kami pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care
pada masa lalu. Tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasi
kami bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan
pantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini.
Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk
berasingan yang boleh kami gunakan buat membantu komuniti kami,” kata pentadbir
Pusat Jagaan Kasih Nurul Hasanah, Puan Shidah.
Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya
penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam.
Penduduk menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan
komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala anak-anak yang tinggal di
rumah kebajikan ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap
hari.
“Kami menghantar khidmat pesanan ringkas menerusi WhatsApp dan Facebook
memberitahu semua penduduk bahawa bahan makanan di dalam pantri tersebut
adalah percuma bagi yang memerlukan, manakala mereka yang ingin menyumbang
boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan
keperluan lain. Anak-anak ini gembira diberi tanggungjawab menguruskan pantri
makanan ini dan memastikan bekalan sentiasa penuh kerana mereka berpeluang
mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sikap murah hati,” kata Puan Shidah.
Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk
Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan
santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah
dengan sokongan padu daripada ahli komuniti.
“Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuk
sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat
merasakan keakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou
telah menjadikan Ramadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina ikatan
antara kami berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu-
membantu sesama ahli komuniti. Ini membolehkan kami menyumbang secara aktif
ke arah kesejahteraan semua,” tambah beliau.
Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian
lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada
pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800
orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu.
Tahun ini jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di
Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan
#AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur,
dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti.
“Covid-19 telah mengubah sama sekali perancangan awal kami untuk kempen
tahunan Ayam Brand™ Community Care Campaign kali ke-13, tetapi kini kami dapat
melihat kesan positif hasil daripada inisiatif pantri makanan #AyamWithYou. Ia
mengubah naratif rakan kongsi kebajikan kami daripada menjadi penerima bantuan
kepada penyumbang dan penderma dalam komuniti masing-masing. Komuniti di sini
telah menerima konsep pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’. Ini
menghasilkan kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal,”
kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre.
Kakitangan Ayam Brand™ turut sama menghebahkan mengenai pantri makanan ini
supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat dan turut memberi sumbangan. Mereka
menjadi antara penyumbang pertama dengan menyumbangkan item bukan
makanan ke dalam pantri tersebut.
“Kami menghantar senarai barangan yang diperlukan bermula dengan kaum
keluarga dan sahabat handai. Sesiapa yang boleh terus menghantar item tersebut
ke pantri, ramai daripada kami yang sanggup dan berminat untuk membantu. Malah
mereka turut mengongsikan lokasi pantri dengan golongan yang memerlukan.
Setiap daripada kita boleh membantu dengan cara tersendiri,” kata seorang
eksekutif Ayam Brand™ yang tinggal di kawasan projek pantri ini.
Pantri makanan #AyamWithYou terletak di No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay
Heights 68000 Ampang Selangor. Jadilah sebahagian daripada usaha murni
memberi dan menerima barang keperluan ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari
https://www.ayambrand.com.my.
Love,
1 Comments
Usaha yang bagus...
ReplyDelete