Sensenique Natural | Shampoo & Conditioner Dengan Bahan Semulajadi

3:40 PM

Setiap wanita mesti akan mengalami keguguran rambut dalam hidup mereka. Antara faktor keguguran rambut adalah kekurangan protein dan juga hormon yang terdapat dalam diri. Selain itu adalah disebabkan kehamilan, keturunan, penuaan, tekanan fizikal dan emosi. Sebenarnya banyak rawatan yang boleh dilakukan untuk merawat rambut bermasalah iaitu dari penggunaan shampoo yang menggunakan bahan semulajadi. Kali ni mama mencuba shampoo dan conditioner dari Sensenique Natural.


Kenapa kita perlu bertukar kepada penjagaan rambut yang semulajadi? Kerana penjagaan rambut Sensenique Natural ini tiada mengandungi bahan bahaya seperti betaina, sulfat dan silikon. Kalau korang nak kenal shampoo yang menggunakan bahan semulajadi adalah shampoo ini tidak mengeluarkan buih yang banyak seperti syampoo yang berada dipasaran. 

Shampoo dan Conditioner Sensenique Natural diperbuat daripada bahan organik jus Aloe Vera dan ekstrak tumbuhan semulajadi minyak argan. Haruman wangian shampoo pula adalah bau limau nipis dan pudina. Sangat sesuai untuk semua jenis rambut terutama rambut dan kulit kepala berminyak serta rambut yang berwarna. 


Sensenique Natural Shampoo ini dapat membantu melegakan keguguran rambut luar biasa, kulit kepala yang berminyak. Dengan menggunakan minyak pati tulen dan haruman limau nipis dan daun pudina dapat memberikan rambut dan kulit kepala menjadi segar. Shampoo ini sesuai untuk seisi keluarga dari kanak-kanak 1 tahun ke atas sehingga peringkat warga tua. 


Cara penggunaan sangat mudah. Basahkan rambut kemudian picitkan shampoo ke atas tapak tangan dan ratakan shampoo ke seluruh rambut. Gunakan lebih banyak air untuk dapatkan banyak buih. Air akan membantu untuk mengaktifkan syampoo dan memudahkan syampoo merata ke seluruh rambut. Boleh gunakan shampoo sebanyak 2x jika rambut tebal atau kasar. Kemudian bilas dengan air secukupnya. 


Selepas menggunakan shampoo wajib kena guna conditioner Sensenique Natural. Conditioner ini sangat ringan, melembutkan rambut serta-merta dan menjadikan rambut licin dan mudah diurus. Dengan menggunakan organic ekstrak tumbuhan semulajadi minyak zaitun, minyak argan, minyak biji jojoba dan minyak biji macadamia. Wangian conditioner ini pula dari minyak pati tulen dan bau harum halia, kulit oren, daun pudina dan daun limau nipis. 


Selepas shampoo dan bilas dengan air. Picitkan conditioner Sensenique atas tapak tangan dan gunakan jari jemari untuk meratakan conditioner dari bahagian tengah panjang rambut sehingga ke hujung rambut. Untuk kulit kepala tidak perlu disapu dengan conditioner. Kemudian bilas dengan sempurna. 


Selepas 2 minggu menggunakan shampoo dan conditioner Sensenique Natural, rambut mama rasa lebuh terurus dan bau wangi. Seawal 2-3 minggu pertama kulit kepala akan mengambil masa untuk serasi dengan shampoo dan conditioner Sensenique ini. Ini kerana rambut kita akan terasa sedikit kering dan kasar kerana dalam tempoh penyesuaian shampoo ini membantu rambut dinyahtoksik daripada semua saki-baki lapisan kimia. Selepas tempoh penyesuaian ini, rambut akan lebih lebat dan teksturnya lebih seimbang. Dan hasilnya sekarang rambut dan kulit kepala mama lebih segar dan sihat.

Bagi yang ingin mencuba shampoo dan conditioner Sensenique Natural boleh dapatkan di link dibawah. Sangat sesuai bagi yang sangat mementingkan penjagaan rambut semulajadi kerana ia diperbuat dari minyak semulajadi dan pati minyak. Shampoo dan conditioner ini diperbuat di bawah GMP dan standard ISO 9001. Produk ini juga disahkan HALAL dan tanpa ragu-ragu menggunakannya.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :


Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. SELAMAT HARI RAYA!!! bestla entry ini.. done follow u, follow me back :) http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete

Like us on Facebook