GUARDIAN MALAYSIA Lancar Siri THERMAL EKSKLUSIF TOKIDOKI Yang Unik
1:57 AM
Berikutan kejayaan Siri Kembara hasil kolaborasi dengan tokidoki, jenama gaya hidup
antarabangsa yang terkenal dan ikonik pada Oktober lalu, Guardian Malaysia hari ini
melancarkan promosi terbaru Siri Thermal Eksklusif tokidoki.
Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Malaysia dan Singapura berkata;
“Kami sangat teruja untuk melancarkan promosi belian dengan belian untuk para pelanggan
kami dan berdasarkan respon yang diterima daripada pelanggan untuk promosi siri kembara
Guardian tokidoki yang lalu, kami percaya kolaborasi terbaru ini bakal mendapat sambutan
yang lebih hangat."
Seperti yang anda ketahui, tokidoki adalah sebuah jenama yang telah mencapai tahap
pengikut yang luar biasa dengan karakter-karakternya yang berwarna-warni, menarik, menonjol
dan karya seni ini direka dan dihasilkan sendiri oleh pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif,
Simone Legno.”
“Promosi ini, yang juga berlangsung sempena bulan Ramadan yang mulia, bertujuan untuk
menggalakkan para pelanggan untuk makan dan minum secara sihat. Seperti kata pepatah
‘Kesihatan adalah kekayaan’, lebih-lebih lagi apabila kesihatan di seluruh dunia sentiasa
terancam dengan penemuan virus-virus dan penyakit baru, kita perlu memberi perhatian lebih
kepada apa yang kita makan agar kita dapat menguatkan ketahanan diri untuk melawannya.”
"Dengan Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki, para pelanggan boleh membawa bekal
makanan dan minuman yang sihat dari rumah ke tempat kerja, atau untuk diberikan kepada
yang tersayang. Untuk ibu bapa pula, mereka boleh memastikan anak-anak mendapat bekal
yang sihat dan segar apabila ke sekolah dan bekas-bekas ini akan menjadikan makanan kekal
hangat atau sejuk mengikut selera anda.”
“Termos Tahan Panas dan Balang Makanan berdinding kembar ini boleh menyimpan makanan
dan minuman sejuk selama 10 hingga 12 jam atau panas untuk 8 hingga 10 jam. Rekaannya
yang hebat, ceria dan terkini pasti menawan hati para pengumpul barangan terutamanya
golongan milenial.”
Anna menambah;
“Di tahap yang lain, Guardian sangat bangga kerana dapat memainkan peranannya dalam
membantu menjaga alam sekitar dengan menggalakkan pelanggan menggunakan bekas-bekas tahan panas atau sejuk ini, seterusnya secara tidak langsung mengurangkan sisa bungkusan
dan plastik daripada pembelian makanan.
Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki mengandungi beg tahan panas/sejuk, Termos Tahan
Panas/Sejuk (350ml) dan Balang Makanan Tahan Panas/Sejuk (500ml). Pelanggan boleh
mendapatkan set tiga barangan ini pada harga istimewa RM80 setiap set dengan pembelian
RM20 dan ke atas dalam satu resit termasuk barangan jenama-jenama yang mengambil
bahagian atau RM40 dan ke atas dalam satu resit sekiranya tanpa jenama-jenama yang
mengambil bahagian. Koleksi eksklusif ini turut boleh didapati di stor dalam talian Guardian di
www.guardian.com.my dan ia akan dihantar ke rumah bersama-sama dengan pesanan
barangan anda.
Oleh kerana Siri Thermal Eksklusif Guardian tokidoki adalah edisi terhad, pembelian adalah di
atas dasar siapa cepat dia dapat dan bakal dijual bermula 1 Mei sehingga stok masih ada di
semua stor Guardian di Malaysia.
Penaja-penaja utama promosi ini adalah Bio-essence, Garnier, Clairol Herbal Essences,
Maybelline, Nanowhite dan Sunsilk manakala penaja bersama adalah Energizer, Flavettes,
Libresse, L’Oreal (Hair), Shokubutsu, Scott’s dan Systema.
#tokidokixguardian
Love,
0 Comments