Nasi Lemak Marrybrown PERCUMA Sebanyak 10,000 Pada 1 Ogos 2020

10:32 PM

Berita baik khas peminat Nasi Lemak Marrybrown! Pihak Marrybrown dengan berbesar hati telah mengumumkan pada 1 Ogos 2020 merupakan Hari Nasi Lemak Marrybrown (Marrybrown Nasi Lemak Day). Oleh itu, Marrybrown akan menyediakan 10,000 Nasi Lemak MB secara PERCUMA kepada pelanggannya bersama secawan Iced MILO (12oz) pada 1 Ogos 2020 seawal pukul 10 pagi di semua cawangan Marrybrown yang mengambil bahagian. Untuk cawangan Marrybrown yang terlibat boleh klik di SINI.


Jadi jangan lupa 1 Ogos 2020 ini pergi terjah ke cawangan Marrybrown yang telah mengambil bahagian dari jam 10 pagi. Bagaimanapun, ianya tertakluk kepada mereka yang datang dahulu (first come first serve basis) selagi stok masih ada.

Hanya SATU (1) Nasi Lemak MB dan Iced MILO (12oz) untuk setiap seorang pelanggan untuk dituntut. Tawaran ini tidak sah bagi mereka yang menggunakan khidmat penghantaran (delivery)

Tiada bayaran dikenakan untuk Nasi Lemak MB (selagi ianya tidak mencecah 10,000 set), sekiranya anda inginkan extra sambal hanya RM1.00 sahaja akan dikenakan.


Untuk pengetahuan semua, Nasi Lemak MB boleh didapati dari harga RM9.30 dan didatangkan bersama :
  • 1 ketul MB Crispy Chicken
  • Nasi yang dimasak bersama santan & daun pandan
  • Sambal Marrybrown
  • Kacang
  • Ikan Bilis
  • Pappadom
  • Hirisan Timun
Bagaimanapun, bagi yang datang ke Marrybrown korang dikehendaki mematuhi SOP sepanjang PKPP dengan memakai face mask ketika berada di permis Marrybrown. Pastikan menjaga jarak sosial ketika berada di premis Marrybrown. 

Untuk maklumat lanjut mengenai menu & promosi dari Marrybrown, boleh layari https://marrybrown.com

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook