CellCode Merupakan Produk Tinggi Antioksidan & Penuaan Hasil Penyelidikan Dari MARDI

4:02 PM

Keinginan rakyat Malaysia agar kekal sihat dan cergas menyaksikan penggunaan makanan tambahan untuk kesihatan semakin menjadi keutamaan. Namun, ada dalam kalangan mereka yang mengambil jalan pintas menggunakan produk yang tidak selamat semata-mata untuk mendapatkan hasil segera sehingga memberi mudarat terhadap tahap kesihatan dan keselamatan tubuh badan bagi jangka panjang.   


Pada Khamis baru-baru ini, mama menghadiri satu Majlis Pelancaran produk jenama Cellcode di Sime Darby Convention Centre. Untuk pengetahuan semua, Cellcode hadir sebagai tawaran baharu yang bersifat serampang dua mata untuk manfaat kesihatan dalaman dan juga luaran. Cellcode telah mendapat kelulusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dibawah kategori ubat traditional.

Apa yang lebih menarik, kandungan Cellcode diuji secara saintifik dan hasil penyelidikan selama 10 tahun yang menelan belanja sebanyak RM3 juta. Komponen utama yang didalam Cellcode ialah Floretin-G, Vitexin, Ferulic Acid dan vitamin C. CellCode juga mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan sijil MAL daripada KKM.
Antara kebaikan khasiat Cellcode adalah melindungi diri daripada radikal bebas yang boleh mempercepatkan proses penuaan, dan melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular seperti jantung dan strok. CellCode juga dapat:-
  • Membantu menurunkan Kadar kolestrol jahat Low-density lipoprotein (LDL),
  • Peningkatan aliran darah arteri koronari
  • Menyokong fungsi sihat dan menguatkan otot jantung
  • Meningkatkan kecergasan dan tenaga
  • Membantu mengurangkan keradangan
  • Membantu untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh  

Proses awal penuaan juga berpunca daripada radikal bebas yang akan menunjukkan tanda seperti kulit kelihatan kering, pecahpecah, bersisik, kasar dan disertai dengan kedutan serta timbulnya jeragat di bahagian wajah. Manfaat CellCode yang diperolehi untuk kulit seperti:-
  • Melambatkan proses penuaan dengan menentang radikal bebas
  • Cerahkan tompok hitam, pigmentasi dan jeragat
  • Meningkatkan ketegangan dan keanjalan dan kelembapan pada kulit
  • Melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya
  • Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
Pelancaran Cellcode telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Noh Bin Hj Omar, Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional berhad (PUNB) bertempat di Sime Darby Convention Centre pada 6 Ogos 2020 (Khamis).
Menurut Tan Sri Omar berkata, beliau amat tertarik dengan Cellcode ini kerana beliau sendiri telah mengamalkan produk ini semenjak 2-3 tahun lepas dan beliau juga berpuas hati dengan keberkesanannya kerana produk ini mampu memberi kesan terbaik buat dirinya dari luar dan dalaman. Tan Sri juga berkata beliau teruja kerana penglibatan syarikat bumiputera ini telah disokong usaha sama dari Mardi dalam mempromosikan produk penyelidikan mereka malah telah mendapat sokongan penuh dari pihak PUNB Malaysia.

Manakala Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Align Creative Sdn Bhd, Encik Mohd Faizul Khalid berkata, kesemua produk ini akan dipasarkan di Malaysia secara esklusif oleh syarikatnya dan merancang untuk menembusi pasaran luar negara seperti Singapore dan Indonesia. 
Mama telah mencuba CellCode ini memang sangat sedap rasanya masam-masam dari buah limau kasturi yang mampu mencantikkan seseorang dari luar dan dalaman. Memang tidak dinafikan bahawa limau kasturi sangat berkhasiat dan manfaat kepada kesihatan serta kecantikkan manusia masa kini. 




Untuk maklumat lanjut mengenai CellCode 2020 ini boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook