Baby Carrie Junior | Set Penjagaan Diri Yang Organik Khas Untuk Si Manja

10:55 AM

Jenama Carrie Junior memang tidak asing lagi dalam dunia penjagaan diri bayi dan juga kanak-kanak dan ianya telah berada di pasaran selama lebih 20 tahun. Mama masih ingat zaman masa sekolah mama gemarkan bedak Carrie Junior dalam botol pink. Haruman bedak tersebut sangat wangi memang mama sukakanya. Kini anak-anak mama pula menggunakan produk hebat ini dari seawal bayi sehingga mereka besar sekarang. 


Kali ini Baby Carrie Junior telah memperkenalkan siri terbaru mereka yang diformulasi daripada bahan-bahan 100% organik. Antara bahan-bahan organik dalam produk terbaru tersebut adalah Organic Oat Mil & Milk of Almonds dan Organic Almond Oil & Wheat Germ Oil. Untuk pengetahuan semua, formulasi terbaru ini sangat bagus untuk kulit bayi dan kanak-kanak serta dapat melembut dan melindungi kulit mereka. 


Antara produk Baby Carrie yang mama guna untuk anak mama Qeisya adalah :-


BABY CARRIE Bath membersihkan kulit sensitif bayi dengan lembut dan mengandungi susu oat organik & susu badam untuk memperbaiki kelembapan kulit bayi, mengawal kehilangan kelembapan & menguatkan kulit. Keanjalan kulit bayi ditingkatkan dengan Vitamin A & E, yang juga bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi kulit. 

• Sesuai untuk Bayi yang Baru Lahir 
• Tidak memedihkan mata 
• Hypoallergenic 
• Diuji oleh Pakar Dermatologi 
• Diuji oleh Pakar Oftalmologi 
• Bebas sabun, paraben, pewarna, MIT


BABY CARRIE Head to Toe membersihkan kulit kepala & kulit sensitif bayi dengan lembut dan diperkaya dengan minyak gandum, kaya dengan Vitamin E, sebagai antioksidan untuk melindungi kulit. Ia melembapkan kulit bayi secara intensif dengan minyak badam organik agar kulit lembut & licin. 


• Sesuai untuk Bayi yang Baru Lahir 
• Tidak memedihkan mata 
• Hypoallergenic 
• Diuji oleh Pakar Dermatologi 
• Diuji oleh Pakar Oftalmologi 
• Bebas sulfat, sabun, paraben, pewarna, MIT

BABY CARRIE Lotion memberikan kelembapan cepat selama 48 jam pada kulit bayi dengan kesan tidak berminyak dan rasa ringan. Ia diperkaya dengan gliserin untuk menghidrat dan menenangkan kulit bayi dengan susu oat organik & susu kacang almond untuk melembabkan & melindungi kulit. 

• Sesuai untuk Bayi yang Baru Lahir 
• Hypoallergenic 
• Diuji oleh Pakar Dermatologi 
• Mengekalkan kelembapan selama 48-jam 
• Bebas alcohol, paraben, pewarna, minyak mineral

BABY CARRIE Nourishing Oil sangat sesuai untuk urutan ikatan bayi. Ia menenangkan & melegakan kulit kering dan mengunci kelembapan kulit bayi. Campuran yang diperkaya dari minyak badam organik, minyak gandum & minyak zaitun membantu kulit bayi menyerap dan mengekalkan kelembapan sambil melindungi kulit.

• Sesuai untuk Bayi yang Baru Lahir
• Hypoallergenic
• Diuji oleh Pakar Dermatologi
• Mengekalkan lebih kelembapan
• Melembapkan & melembutkan


Sebagai seorang mama semestinya mama pastikan bahan-bahan yang digunakan untuk anak mama adalah bahan organik lagi selamat. Dengan adanya mandian Baby Carrie ini, Qeisya makin suka mandi kerana mama akan pastikan Qeisya rasa selesa selepas dia mandi. Jadi jika dia selesa pastinya Qeisya akan ceria selalu dan wangi sentiasa. Bukan sahaja Qeisya suka dengan set penjagaan Baby Carrie ini malah mama sendiri pun turut sama gunakan mandian memang wangi dan melembabkan kulit. 


Bagi yang ingin dapatkan produk Baby Carrie ini boleh dapatkan di rangkaian farmasi, kedai dan pasaraya yang berhampiran. Untuk maklumat lanjut dan promosi mengenai produk Baby Carrie ini boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook