Tahan™ Instant Hijab - Tudung Sukan Untuk Wanita Yang Aktif

11:50 PM

Sebagai seorang wanita berhijab kadang tu mama sangat cerewet untuk lakukan aktiviti bersukan. Tambah mama sangat suka berjogging setiap hujung minggu. Tambah dengan pemilihan tudung yang bersesuaian mama sangat memilih sedikit kerana mama nak selesa apabila ketika berjogging. So far mama dah jumpa tudung sukan yang best giler dari Tahan™ Instant Hijab keluaran PTT Outdoor.


Masa mama cuba jer Tahan Sport Hijab ni mama risau takut muka mama nampak tembam dan bulat. Tapiiii lepas cuba wahhh ternyata memang best pakai tudung sukan ni. Tengok la tudungnya labuh sehingga menutup bahagian dada dalam 20 inch dan awning yang mudah dibentuk. Tambah pula mama suka tudung jenis tak melekap ketat pada wajah jadi tudung sukan ni memang kena dengan wajah mama. 

Manakala material Tahan Sport Hijab ini daripada 90% Polyster + 10% Spandex. Jadi tudung Tahan ini tidak mudah kedut dan jarang serta yang paling penting adalah sangat ringan. Oh ya bagi yang ingin beriadah melakukan aktiviti berenang, memanjat gunung mama syor sangat tudung ini boleh gulung-gulung sahaja dalam bag. 


Antara ciri-ciri bagi Tahan™ Instant Hijab ini adalah seperti berikut :-
  • Ringan dan sangat selesa
  • Senang dibentuk
  • Cepat kering
  • Tidak panas dan cepat kering
  • Kain tidak jarang
  • Terletak kemas pada wajah walaupun berpeluh
  • Labuh dan menutup bahagian dada wanita
  • Harga mampu milik 


Dengan rekaan yang sangat patuh syariah tambah pula jahitan sangat kemas mama memang sangat recommended kepada wanita di luar sana yang ingin mencari tudung sesuai bagi aktiviti sukan boleh beli Sports Hijab Malaysia ni. Dengan tiga warna menarik iaitu Grey, Active Green dan juga Cool Blue menjadikan wanita di luar sana tampak bergaya walau ketika melakukan sukan atau aktiviti riadah.


Jadi tambah semangat mama nak jogging atau pergi gym tau. hehehe sebab senang kot tak payah lipat dan hembus awning tudung tu. sarung jer terus nahh cantik terletak gitu. Itu sebab mama suka sangat dengan Tahan™ Instant Hijab ni. Nampak style kan mama pkai tudung sukan dari PTT Outdoor ni. Harga asal RM79.00 dan sekarang tengah sale 8.8 harga tudung sukan ini hanya RM58.00 sahaja.


Bagi yang nak dapatkan Tahan Sports Hijab ini boleh dapatkan di website PTT Outdoor seperti berikut https://www.pttoutdoor.com/shop/tahan-instant-sports-hijab/ . Oh ya bagi yang ingin dapatkan diskaun sebanyak 10% lagi jangan lupa masukkan kod MAMAJUE sebelum checkout pembelian tudung ini ya. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :


Love, 
/>

You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook