Marrybrown Perkenalkan Sensasi Ohsem Smokey BBQ
11:12 PM
Berita gembira khas untuk peminat Marrybrown Malaysia! Marrybrown telah memperkenalkan citarasa khas terbaru untuk rakyat Malaysia dengan hidangan enak Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals bermula dari 21 Ogos hingga 5 Oktober 2020! Tawaran terbaharu Marrybrown ini dipenuhi dengan keseimbangan dan gabungan kelazatan rasa manis dan smoky yang sempurna dengan sajian charcoal burger dan drumettes yang empuk!
Hujung minggu lepas mama berpeluang untuk mencuba sendiri menu terbaru ini di Marrybrown Citta Mall, Ara Damansara. Antara hidangan sensasi S.O.S BBQ Marrybrown dengan tiga kombo berbeza. Menu baharu ini disediakan dengan 3 pilihan :-
- S.O.S BBQ Burger (with Potato Wedges, Onion Rings & Coca-Cola)
- S.O.S Drumette (with Potato Wedges, Onion Rings & Coca-Cola)
- S.O.S BBQ Box (Burger Charcoal, Drumette, MB Crispy Chicken, Potato Wedges & Coca-Cola
Harga bermula dari RM16.90, setiap hidangan kombo disajikan bersama air Coca-Cola.
"Sepanjang tempoh penghasilan menu ini, kami perlu memastikan bahawa sos yang disediakan menepati citarasa tempatan dengan kesempurnaan gabungan rasa manis dan smoky dengan tekstur yang sesuai tanpa menjejaskan rasa hidangan keseluruhan atau meninggalkan rasa yang terlalu kuat,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.
“Kami mengalukan seluruh rakyat Malaysia untuk mencuba charcoal bun kami yang berasaskan sos BBQ dan rempah dalam ramuannya kelazatannya. Penggemar juga boleh menikmati kemanisan dan keunikan rasa drumettes kami.”
“Sepanjang perkhidmatan kami, Marrybrown telah menyediakan pelbagai hidangan lazat khas buat peminat semua. Matlamat kami adalah untuk memenuhi citarasa dengan menyediakan pelbagai pilihan yang enak dan menyelerakan seperti S.O.S BBQ Meals yang terbaharu ini,” kata Dato’ Joshua.
Hidangan menu terbaru ini sangat kena dengan selera mama dengan charcoal burger yang lembut dengan rasa S.O.S BBQ yang cukup lazat ditambah dengan BBQ Drummet yang rasa smoky Korean pun ada. Memang terbaik. Yang paling mama suka adalah Potato Wedges dan Ring Onions yang ranggup memang gabungan kombo menarik dalam hidangan Sensasi Ohsem Smokey BBQ ini.
So apa tunggu lagi jangan lupa terjah ke restaurant Marrybrown seluruh Malaysia untuk menikmati hidangan terbaru Sensasi Ohsem Smokey (S.O.S) BBQ Meals bermula dari 21 Ogos hingga 5 Oktober 2020! Korang pasti akan sukakannya dan jangan lepaskan peluang ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:
Facebook : MarrybrownMalaysia
Instagram : Marrybrownmy
Youtube : MarrybrownTV
Delivery : http://mbdelivery.com.my
2 Comments
mesti sedap ni
ReplyDeletenampak hitam tu mula- mula ingatkan mcd, tapi MB punya rupanya... menarik
ReplyDelete