Market Yang Selesa Dengan Harga Berbaloi Untuk Beli Barang Basah Di Segi Fresh Market

1:38 AM

Segi Fresh lah tempat mama selalu beli barangan barang basah setiap minggu. Dah menjadi rutin bulanan atau mingguan mama pergi ke Segi Fresh ni. Selalunya mama beli barangan basah la seperti ikan, ayam, daging, makanan laut, sayur, buah-buahan semuanya segar-segar tau. Harga tak payah cakap memang jauh beza dari kedai-kedai kat luar sana okeh. Tak percaya korang pergi la sekali beli barangan basah dekat Segi Fresh pasti pergi beli lagi lepas tu. 


Untuk pengetahuan semua, Segi Fresh ni wujud semenjak dari September 1994 lagi tau dan telah berkembang dan mempunyai 42 cawangan di seluruh Malaysia. Nampak jer Segi Fresh ni biasa-biasa tapi Sei Fresh ni sangat terkenal sebagai pemborong dan peruncit bagi pelanggan-pelanggan yang ingin membeli barangan runcit secara borong. Dengan harga yang ditawarkan sangat rasional dan berpatutan malah Segi Fresh juga menyediakan bekalan makanan segar dan berkualiti kepada pelanggan. Memang kena sangat la tagline Segi Fresh ini iaitu "Pilih Segar, Pilih Segi" 

Minggu lepas sebelum nak pergi kenduri mama singgah kejap beli barangan basah dekat Segi Fresh Balakong. Selain cawangan Balakong mama kerap juga beli dekat cawangan Semenyih. Tak kisah pun dekat cawangan mana asal nampak Segi Fresh mesti mama singgah beli. hahaha. Tahu tak sebab apa mama suka beli barang basah di Segi Fresh ni. Antara sebabnya adalah :-
  • Segar
  • Harga
  • Teratur
  • Perkhidmatan
  • Kemudahan



Bahagian paling mama suka kalau pergi ke Segi Fresh adalah bahagian buah-buahan coz mama dengan anak-anak memang suka makan buah-buahan. Tengok la buah-buah epal merah, epal hijau, oren, anggur, lemon semuanya dah siap pack. Senang nak ambik sebab tak payah nak pilih dan masukkan dalam troli jer. Yang lagi cepat tak payah nak beratur timbang dah sebab dah ada harga siap-siap. Oh ya jangan risau buah-buah yang dipilih semuanya segar-segar ok. 



Selain buah paling mama suka dalam Segi Fresh ni adalah bahagian sayur-sayuran. Ya ampun rasa semua jer nak beli sayur-sayur. Dah la harga yang ditawarkan murah-murah dan yang best sayur-sayur dekat sini segar. Kadang tu macam tak percaya jer dah ambik banyak dan pi timbang tengok harga macam ehh betul ker harga mcm ni hahaha sebab murah. Selalu beli kat kedai luar mama merungut mahal tapi dekat Segi Fresh memang murah giler. Tu belum korang tengok harga seikat sawi, bayam lagi tu. Mesti tak kan percaya seikat RM1 tapi dapat banyakkkkk.



Kalau korang tengok cili-cili merah, hijau, cili padi ni pun korang dah dapat bayangkan betapa segar cili-cili kat sini. Hahhh selalu kalau kat tempat lain cili-cili dah lembik la benyai la betul tak. Macam mama sendiri agak memilih cili yang elok sebab mama suka sangat masak cili berlado jadi pemilihan cili amatlah penting untuk buat stok cili berlado itu tahan lama. Kalau cili yang tak segar mesti cili berlado yang mama buat cepat basi dan jadi tak sedap. So pastikan pilih cili segar di Segi Fresh tau.


Orang kata kalau nak beli ikan pergi jer market. Yer beli jer segala mak jenis ikan dan seafood di market kat Segi Fresh ni. Semua jenis ikan ada yer ikan tenggiri, ikan merah, ikan mabong, ikan kerisi, ikan keli, ikan siakap, ikan salmon dan sampai ikan yang tak kenal pun korang boleh jumpa kat Segi Fresh. Hahhh yang lagi syok korang jangan risau tak kenal ikan yer sebab mama sendiri jenis tak kenal ikan dan nasib la dekat Segi Fresh ni semua ikan ada label dengan harga. Bagi yang nak perkhidmatan siang atau potong ikan boleh jer bagi pekerja di Segi Fresh ni buat. Balik jer terus cuci dan masak jer. Mudah sangat!.



Hari tu mama memang nak cari ikan tenggiri dan nasib mama cukup baik la dapat ikan tenggiri besar dan segar yer. Kalau dekat tempat lain susah tau nak dapat ikan tenggiri besar macam ni. Selalu alahai kecik jer. Dah jumpa besar terus mama angkat beli yer. Tengok ikan tenggiri tu besar kan so mama suruh jer pekerja Segi Fresh potong dalam 4 keping. Harga lepas timbang dalam RM30 lebih jer ok sangat harga ikan tenggiri tu kan. Untuk ikan tenggiri tu mama suka masak ikan tenggiri masak cuka. Sedap tau.

Dah beli barang basah tu jangan lupa beli biskut dan jajan anak-anak pulak. Nanti bebudak ni sedih pulak tak dapat makan-makan masa tengok TV. Ni antara port paling anak-anak suka kalau datang Segi Fresh ni yer. banyak pulak biskut-biskut dan jajan yang telah siap packing. Senang juga kalau dah pack biskut yang mama pegang dalam gambar di bawah tu. Memudahkan nak makan dimana-mana sahaja. Hehehhe selalunya dalam kereta lah dan bawa pergi ke pantai atau mandi sungai. 



Hasil mama shopping barang basah dan kering di Segi Fresh. Dalam 1 jam lebih sahaja mama beli dengan anak-anak tau. zup zap zup zap ambik jer dekat sini. Kenapa mama suka datang ke Segi Fresh ni pertama sebab harga dia murah, yang ke 2 adalah ikan, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar. Yang ke 3 adalah kawasan market Segi Fresh bersih dan luas so memang mudah nak bergerak. Dan yang terakhir barang-barang disusun sangat teratur dan mudah untuk mama cari.


Dah dapat semua barang yang ada apa lagi balik terus mama nak bersilat dekat dapur la pulak nak masak untuk anak-anak makan. Yeahh lepas ni setiap minggu atau setiap bulan pasti mama akan datang beli stok barangan basah di Segi Fresh memang berbaloi lah harga dekat sini. Anak-anak pun suka dan dah tahu port makanan kegemaran dia orang. Yang penting kawasan Segi Fresh luas dan tak perlu bersesak dengan orang ramai. Oh ya bagi ibu-ibu yang nak dapatkan barangan basah yang segar tu digalakkan datang awal pagi tau. Mama gerenti korang akan dapat ikan, ayam, seafood, sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar.

Untuk maklumat lanjut dan promosi boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

3 Comments

  1. Cik Sue pun suka gi segi fresh,memang jadi pilihan.

    ReplyDelete
  2. Barang basah kalau segar2 ni, sedap sangat bila dah jadi lauk :)

    ReplyDelete
  3. Acu pon suka pegi SEGI.. tapi acu pegi kat Kg Subang sebab dekat ngan umah acu..
    Lama acu tak baca blog.. Best la blog anjang..

    ReplyDelete

Like us on Facebook