GUARDIAN Bantu Pelanggan & Golongan Rentan Untuk Kekal Selamat Sepanjang Pandemik COVID-19
5:54 PMPandemik Covid-19 telah mengubah cara hidup kita dan mengancam beberapa golongan
terutamanya golongan rentan dan yang memerlukan.
Menyedari hakikat bahawa kita perlu menjaga diri kita (#KitaJagaKita) dan sebagai warga
korporat yang prihatin dan bertanggungjawab secara sosial, Guardian Malaysia telah
memulakan satu kempen amal untuk melengkapkan golongan yang memerlukan dan
pelanggan-pelanggan setianya dengan cecair pembasmi kuman - satu kemestian - agar
kebersihan diri mereka dapat dikekalkan untuk kekal selamat.
Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health And Beauty, Malaysia dan Singapura
berkata:
“Kami menyedari betapa penting dan perlunya untuk memastikan tangan kekal bersih dalam
usaha membasmi penyebaran Covid-19. Selain daripada pelanggan-pelanggan setia kami,
tiada golongan yang lebih rentan daripada golongan yang kurang bernasib baik dan yang
memerlukan, seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah-rumah kebajikan. Kempen ini
merupakan satu cara untuk membantu memastikan kedua-dua golongan tersebut dan para
pelanggan kami memiliki cecair pembasmi kuman yang efektif untuk mencuci tangan mereka
dan mengekalkan kebersihan.”
“Dikenali sebagai kempen ‘Guardian Healthy Beauty from the Heart’, kami akan
mengagihkan 15,000 botol cecair pembasmi kuman tersebut kepada para pelanggan dan 14
buah rumah dan organisasi kebajikan di seluruh Malaysia serta akan menggalakkan pelanggan
untuk turut terlibat dalam usaha amal ini,” tambah beliau.
Untuk permulaan, Guardian Malaysia akan mengagihkan kira-kira 3,000 botol cecair pembasmi
kuman ke beberapa organisasi amal terpilih bermula awal bulan Disember.
“Bermula 16 Disember, kami akan memulakan inisiatif ini di stor-stor kami dimana pelanggan
yang berbelanja sebanyak RM40 dan ke atas dalam satu resit bakal menerima satu botol cecair
pembasmi kuman percuma.
“Mereka mempunyai pilihan untuk mendermakan botol cecair pembasmi kuman tersebut ke
rumah atau organisasi kebajikan terpilih dalam negeri masing-masing dimana stor Guardian
berada.
“Apa yang perlu dilakukan adalah untuk mengimbas kod QR pada poster kempen yang
dipaparkan di stor tersebut dan menyerahkan botol itu semula kepada kakitangan kami yang
kemudiannya akan mengumpulkan botol-botol tersebut untuk diedarkan ke organisasi amal
yang telah dikenal pasti di negeri mereka. Kami telah memperuntukkan 12,000 botol cecair
pembasmi kuman bagi tujuan ini,” jelas Anna.
14 rumah dan organisasi kebajikan yang telah dikenal pasti untuk menerima cecair pembasmi
kuman adalah :
Kempen dalam stor akan berlangsung selama seminggu bermula 16 Disember sehingga 20
Disember 2020 atau sehingga kehabisan stok.
“Kami amat menggalakkan para pelanggan yang datang ke stor untuk turut serta dalam
menjayakan usaha amal ini kerana inilah masanya untuk kita saling menjaga antara satu sama
lain,” tambah Anna.
Love,
2 Comments
kempen yang baik dan bermanfaat
ReplyDeleteguardian memang terbaik
ReplyDelete