Grilled Butter Chicken Kini Kembali Di The Chicken Rice Shop

10:00 AM

"Jadikan GBC Jodoh anda" Woww kemahin tagline bagi menu terbaru kembali lagi menu yang popular iaitu Grilled Butter Chicken di The Chicken Rice Shop. Hidangan istimewa ini hanya tersedia sehingga 17 Januari 2021. Ini kalilah rakyat Malaysia yang sukakan butter chicken kena wajib terjah ke restoran The Chicken Rice Shop berdekatan dengan korang.


Untuk pengetahuan semua, hidangan inilah yang paling dinanti-nantikan di TCRS kerana menu ini sangat memukau semua pelanggan yang sukakan peha ayam tanpa tulang yang diselaputi sos mentega keemasan dengan taburan daun kari dan cili merah yang pasti memikat hati rakyat Malaysia. 

Menurut Ketua Pemasaran TCRS, June Song berkata "hidangan Grilled Butter Chicken sangat disukai ramai bukan hanya kerana citarasanya yang menyelerakan tetapi juga kerana kombinasi sempurna antara ayam dan mentega. Jadi TCRS sentiasa bersedia untuk menghidangkan menu popular ini setiap kali hujung tahun."


"Mentega bukan hanya sebarang ramuan tetapi ia satu elemen penting untuk mendatangkan kegembiraan dan kepuasan dan tidak dapat digambarkan nikmat mentega. Jadi TCRS akan berusaha untuk menyediakan makanan yang enak dan berkualiti. Itulah sebabnya menu ini menjadi pilihan ramai sekian lama."

Dengan slogan TCRS iaitu 'Chicken Rice... and More' dan sentiasa berusaha untuk menarik minat para pelanggan dengan menghasilkan menu citarasa tempatan seperti hidangan akhir untuk tahun ini. 


Sebagai pengemar Grilled Butter Chicken ni memang mama boleh habiskan sepiring ni sorang jer tau. Gabungan butter dengan bau daun kari yang sangat awesome tu membuatkan makan nasi dengan Grilled Butter Chicken ni tanpa henti yer. Rasa lemak mentega tu dengan peha ayam yang juicy membuatkan ayam tu masih maintain ranggup ya. 


Oh ya mama nak bagitau TCRS mengadakan satu contest mengenai Grilled Butter Chicken Rice dan caranya sangatlah mudah yer. So, korang berpeluang memenangi hadiah 1 x e-voucher for Grilled Butter Chicken Meal A. Wowww berbaloi sangat la mana tahu rezeki korang kan. Untuk contest ini berlangsung sekarang dan akan tamat pada 20/12/2020

Cara-caranya :
  • Contest ini dijalankan di Instagram Story, Facebook, Instagram Feed dan juga TikTok.
  • Beli menu Grilled Butter Chicken di mana-mana TCRS berdekatan dan jangan lupa tangkap gambar menu ini.
  • Kemudian korang boleh follow step-step seperti di bawah ini yer. 



  • Upload dari hasil di atas ke Facebook / Instagram Stories / Instagram Feed / Tiktok (Disarankan profile yang ada tinggi viewer)
  • Jangan lupa tag IG @TheChickenRiceShop dan juga hashtag #JadikanGBCJodohAnda #TCRS #GrilledButterChicken di setiap post / story korang nanti.
  • Pastikan profile dipublickan

Untuk hidangan set Grilled Butter Chicken ini terdapat 3 set yang boleh korang pilih seperti :-
  • Meal A (1 pax) : RM21.90
  • Meal B (2 pax) : RM49.90
  • Meal C (4 pax) : RM88.90
So apa tunggu lagi mama dah makan Grilled Butter Chicken di The Chicken Rice Shop dan menu terbaru ini sehingga 17 Januari 2021 sahaja. Jangan lepaskan peluang makan menu popular hanya hujung tahun ni dan jangan lupa untuk join sekali contest tau.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :


Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. mak aihh...sedapnya. dah lama berkurun tak makan chicken rice shop

    ReplyDelete

Like us on Facebook