Dengan Kimball Masakan Menjadi Lazat & Setanding Dengan Restoran

3:00 PM

Semenjak PKP ni nak makan dekat luar jadi takut sangat. Tambah pandemik Covid-19 ni belum berakhir lagi so mama tahu anak-anak mesti teringin nak makan masakan di restoran. Yer lah kalau dah makan masakan mama setiap hari anak-anak jemu tapi sebenarnya ada jer cara untuk bagi anak-anak tak jemu dan dia orang rasa masakan mama seperti masakan di restoran. Apa lagi semestinya mama masak menggunakan barangan jenama dari Kimball Malaysia.


Mesti ramai ibu-ibu di luar sana pernah atau menjadikan produk Kimball adalah produk paling wajib kena ada di dapur masing-masing kan. Macam mama of coz la produk Kimball sentiasa ada setiap bulan kerana nak memasak pun mudah dan senang. Produk Kimball bukan sahaja sos cili, sos tomato, malah turut terdapat makanan dalam tin dan juga pelbagai jenis pasta.

Untuk pengetahuan semua, Kimball adalah jenama tempatan yang diperkenalkan pada tahun 1970-an lagi. Jenama ini sangat dipercayai dan hadir di kalangan warga tempatan melalui produk khasnya seperti Sos Cili Kimball dan Sos Tomato Kimball. Rasanya menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia dari semua lapisan. Makanan tidak lengkap tanpa sos tersebut. Kimball juga terkenal dengan pelbagai sos dan pasta yang asli. 


Dibuat dengan bahan berkualiti tinggi mengikut garis panduan pengeluaran yang ketat, produk Kimball adalah bertaraf antarabangsa dan terkenal dengan konsistensi serta rasa yang merangkumi dari dulu lagi. Kimball kini mempunyai rangkaian produk yang lain seperti pasta kering, sos pasta, mayonis, kacang kuda dan kacang parang. 

Kimball menawarkan pelbagai rasa dengan cara yang bijak dan mudah melalui pelbagai produk yang berkualiti. Produk tersebut menawarkan pengalaman menjamu selera yang luar biasa. Oleh itu, jadikanlah setiap hidangan istimewa dengan Kimball. Kesemua produk Kimball diiktiraf Halal dari Jakim Malaysia. 

Dek kerana anak-anak mama memang suka makan pasta so mama masak Spaghetti Kimball Daging Lada Hitam. Dengan pasta kering Kimball berasal dari Turki sememangnya diperbuat dari 100% gandum Durum yang berkualiti, sedap dan tak kenyal. Jom tengok bahan-bahan Resepi Spaghetti Kimball Daging Lada Hitam.

RESEPI SPAGHETTI KIMBALL DAGING LADA HITAM

Bahan-bahannya :-

  • 1 Peket Spaghetti Kimball
  • Sedikit Daging Lembu
  • Bawang Hollang didadukan
  • 5 Ulas Bawang Putih Ditumbuk
  • Sedikit Halia ditumbuk
  • Lada Hitam
  • Chili Flakes
  • Gula Perang
  • Limau Nipis
  • Carrot
  • Tomato
  • Daun Bawang
  • Sos Tiram Kimball
Cara-caranya :
  1. Mula rebus sepeket Spaghetti Kimball dalam air mendidih selama 8 - 13 minit dan lepas itu toskan. Dan jangan lupa simpan 1 cawan air rebusan spaghetti.

2. Kemudian perapkan daging bersama gula perang, lada hitam tumbuk, chili flake, perahan limau nipis dan Sos Tiram Kimball. Gaul sebati dan ketepikan sebentar.

3. Tuang minyak ke dalam kuali dan tumiskan bawang holland, bawang putih dan halia sehingga layu dan wangi. Kemudian tuangkan daging yang diperap tadi dan gaul sehingga sebati. 

4. Setelah itu tuangkan Sos Tiram Kimball. Yang menariknya sos tiram Kimball ni rasa dari tiram yang sebenar dan sangat lazat.


5. Setelah daging lembut, bolehlah masukkan spaghetti Kimball yang direbus tadi dan gaul sehingga sebati. Jika kering masukkan air rebusan spaghetti.

6. Masukkan carrot, tomato dan daun bawang dan gaul sebentar. Jangan lupa masukkan lada hitam tumbuk, chili flakes dan garam.


7. Akhir sekali masukkan spaghetti Kimball yang direbus dan gaul sehingga sebati. 



Jom kita tengok cara memasak Spaghetti Kimball Daging Lada Hitam

Seronok kalau masakan mama hanya biasa tapi pujian dari anak-anak kata sedap tu terus rasa seronok sangat. Tu belum tengok anak-anak makan bertambah-tambah lagi lah rasa berbaloi dan penat masak tu terus hilang. Jadi dengan hanya memasak di rumah dengan Kimball rasa sama seperti masakan di restoran. Dengan Kimball, Kompem Gaya Malaysia!


Bagi yang nak dapatkan resepi yang lazat boleh layari website Kimball Malaysia https://www.kimball.com.my/recipe.html . Untuk maklumat lanjut mengenai produk Kimball boleh layari https://www.kimball.com.my atau layari Facebook Page Kimball Malaysia.

#KompemGayaMalaysia #GayaMalaysia

Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. nak try lah resepi jue ni..sllu masak alio dan bolognese jer..hihi

    ReplyDelete

Like us on Facebook