KIDAONE ElderBerry + Colostrum | Vitamin Khas Untuk Ketahanan Badan Kanak-kanak

10:00 AM

Anak-anak merupakan pemata hati yang sangat bernilai dan mereka merupakan anugerah yang terindah daripada Allah kepada ibu bapa. Kehadiran anak-anak membuatkan kita sangat gembira membuatkan kita menjadi seorang ibu pertama kali di dunia ini. Semenjak anak-anak mama lahir, mama dah susukan mereka dengan susu awal ibu pertama atau dikenali susu kolostrum.

Untuk pengetahuan semua, kolostrum adalah susu pertama yang dihasilkan oleh tubuh ibu, dihasilkan sejak tempoh kehamilan hinggalah hari ketiga atau keempat selepas kelahiran bayi. Ia merupakan satu-satunya makanan bayi perlukan di hari-hari awal kelahiran. Keistimewaan susu ini adalah pekat dan berwarna kuning keperangan, rendah lemak tetapi tinggi karbohidrat, protein dan antibodi yang membantu mengekalkan kesihatan bayi.


Jadinya, dengan ada kolostrum tersebut bayi tidak mudah jatuh sakit dan mereka lebih cergas dan aktif. Itu semasa bayi bagaimana semasa kanak-kanak sedang membesar. Mesti ibu bapa akan risau tentang tahap imunisasi ketahanan badan mereka terganggu. Tambah pula dengan wabak covid-19 ni lagi lah risau dengan anak-anak bermain di luar dengan kawan-kawan. 

Dengan keadaan mereka yang tengah membesar mereka lebih sensetif, mama mula cari vitamin khas untuk anak-anak mama. Mama perasan semenjak mereka stay at home mereka sering tak focus untuk belajar dan dalam masa yang sama pemakanan mereka tidak terjaga, sering tidur lewat mengakibatkan sistem imun badan mereka lemah. Kemudian mama dapat satu vitamin dari Wellous yang berjaya menghasilkan formulasi baharu iaitu KIDAONE Elderberry + Colostrum yang dirumus khas untuk anak-anak serta mengandungi 3 ramuan istimewa seperti Kolostrum, Ekstrak Elderberi dan Vitamin C.


Istimewanya KIDAONE Elderberry + Colostrum ini diformulasi dengan ColostrumOne yang berasal dari Amerika Syarikat dan mengandungi 25% Immunoglobulin G. Kolostrum ini dipilih dengan menjalani teknik aglomerasi untuk meningkatkan tahap kelarutan serbuk untuk bertukar kepada cecair sehingga ia mudah larut di dalam usus apabila diambil. 

ColostrumOne disumberkan secara beretika daripada produk tenusu yang berkualiti tinggi dan menjalani ujian ketat bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan yang tinggi. Ia juga diproses di bawah tekanan dan suhu rendah dan semburan kering menggunakan wap secara tidak langsunguntuk mengekalkan bioaktiviti maksimum.


Antara kelebihan KIDAONE Elderberry + Colostrum ini :-
  • Mengurangkan gejala pernafasan
  • Merangsang dan meningkatkan imuniti kanak-kanak
  • Merangsang kesihatan usus
  • Meningkatkan sistem ketahanan kulit
  • Antibakteria dan antiviral
Cara pengambilan KIDAONE Elderberry + Colostrum ini hanya 2 tablet kunyahan setiap hari. Vitamin ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas yang boleh mengunyah. Dinasihatkan sila kunyah dahulu sebelum telan, kanak-kanak perlu mengambil produk ini dengan bimbingan ibu bapa.


Setiap hidangan KIDAONE Elderberry + Colostrum mengandungi 100mg ekstrak elderberry dan 100mg vitamin C. Perisa vitamin ini gabungan perisa koko dan berry yang sedap. Jadi dengan pengambilan vitamin ini dapat meningkatkan sistem ketahanan badan, menghalang bakteria, mengelakkan rasa mengantuk dan mengurangkan gejala selsema dalam tempoh 24 jam selepas pengambilan vitamin ini. InsyaAllah.


Alhamdulillah hampir seminggu anak mama consume vitamin ni. So far anak mama memang sukakan rasa vitamin KIDAONE Elderberry + Colustrum ni. Mereka lebih aktif, cergas, mudah bangun pagi dan paling penting sistem pencernaan lancar setiap hari. Anak-anak gembira mama lagilah gembira dan tak perlu risau lagi tentang tahap kesihatan dan tumbesaran mereka sihat. 

Vitamin KIDAONE Elderberry + Colostrum ini recommended dan disyorkan sendiri oleh Dr Jezamine  Lim iaitu isteri artis komedi Harith Iskander. Beliau juga turut memberikan vitamin ini khas untuk anak-anaknya. Oh ya vitamin ini disahkah oleh HALVEC, NKRA dan juga KKM. Jadi ia selamat untuk si manja kita mengambil setiap hari. Nak anak sihat berilah vitamin terbaik iaitu KIDAONE Elderberry + Colostrom kepada anak-anak yang tersayang.

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pembelian boleh layari :

Website : www.wellous.com

#Kidaone #colostrom #vitamin #elderberry #wellousmalaysia #ElderBerryColostrum #KanakKanakGagah #MasaDepanCerahIaBermulaDenganImuniti

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook