5 Jenis Servis Penghantaran Makanan Yang Best Di Malaysia

12:19 PM

Banyak betul servis penghantaran makanan di Malaysia sekarang ni. Nak nak lagi sejak munculnya virus Covid-19. Lepas satu, satu nama servis penghantaran makanan yang muncul. Tapi itu perkara biasa, asalkan sama-sama yakin yang rezeki itu dari Allah, tak gaduh-gaduh, apa ada hal.

Bercerita tentang servis food delivery ini, masing-masing pasti ada penghantar makanan pilihan sendiri. Mama pun samalah. Bukannya guna servis food delivery ini kerana malas (kadang-kadang ya juga), cuma kewujudan mereka ini memang benar-benar dapat membantu mama di kala sibuk dan terpaksa.

Bayangkan jika tiba-tiba rasa tak sedap badan. Nak rehat, baring dan tidur saja kalau boleh. Tapi fikirkan anak-anak nak makan, terpaksa kena gagahkan diri untuk bangun. Dengan adanya servis penghantaran makanan sebegini, mama yang betul-betul tak larat dah boleh terus berehat.

Tanya anak nak makan apa, lain-lain jenis menu pun tak mengapa. Seterusnya tekan order dan tunggu saja makanan tiba di muka pintu. Bayaran pula boleh dibuat sewaktu terima makanan nanti. Mudah sangat.

Untuk orang bujang pun sama. Jika tinggal seorang diri, terasa nak makan sesuatu menu, guna je aplikasi order online. Sebut nak makan apa. Asam pedas, nasi goreng USA, mee goreng mamak, shellout, burger bakar, semuanya ada. Siapkan duit je!

Makanan Yang Orang Malaysia Suka Order Online

Mengikut pembacaan, terdapat beberapa jenis menu makanan yang orang Malaysia suka order guna servis food delivery. Normal la tu, balik kerja malas nak masak dan malas juga nak keluar makan. Ni caranya yang paling afdal sekali.

#1 - Burger


Burger menjadi pilihan ramai kerana ianya merupakan menu yang sangat simple dan mudah untuk dimakan. Sambil tonton TV dah boleh layan burger sebiji sampai habis. Walaupun nampak biasa tapi ada banyak menu burger yang luar biasa dengan harga yang sangat berpatutan. Sebagai contoh Killer Gourmet Burger - KGB ini.

#2 - Ayam Goreng


Sebut ayam goreng sudah tentu nama KFC muncul di fikiran. Kecil besar tua muda sudah sinonim dengan nama Kentucky Fried Chicken ini. Tak hairanlah kenapa. KFC sudah lama ada di Malaysia dan sehingga kini namanya masih lagi gah sebagai salah sebuah restoran makanan segera yang bagus untuk menikmati menu ayam goreng rangup dan sedap.

#3 - Pizza


Pizza walaupun makanan yang berasal dari Itali, tapi tetapi berjaya mendapat tempat di hati para penggemar makanan di Malaysia. Banyak juga restoran yang menyajikan menu pizza ini. Antaranya Pizza Hut, Domino’s Pizza, US Pizza dan banyak lagi. Masing-masing dengan menu special tersendiri khusus untuk memenuhi kehendak dan selera pelanggan.

#4 - Nasi Goreng


Nasi goreng sememangnya merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Jenis nasi goreng ini juga ada banyak. Antaranya nasi goreng cina, nasi goreng kampung, nasi goreng pattaya, nasi goreng ikan manis, nasi goreng USA dan banyak lagi. Jika nak sebut semua jenis menu nasi goreng kat sini, memang susah nak habis.

#5 - Tomyam Campur


Gabungan terbaik untuk makan bersama nasi goreng, inilah dia! Dengan rasanya yang sedikit masam dan pedas, sekali makan susah nak berhenti. Makan pula panas-panas dengan nasi goreng kegemaran. Memang sedap sangat. Bila dah makan, boleh kenyang sampai ke pagi.

Dan dalam banyak-banyak jenis servis penghantaran makanan di Malaysia ini, ada antaranya yang memang mama suka guna atas alasan yang tertentu. Biasalah, lain orang lain pilihannya.

Antara best food delivery service Malaysia yang sering menjadi pilihan ramai buat masa ini adalah :
  • Foodpanda Malaysia
  • GrabFood
  • SmartBite
  • AirAsia Fresh
  • Eat Cake Today
  • Hantar
  • The Naked Lunchbox dan banyak lagi.

Foodpanda Malaysia Semakin Lebarkan Sayap

Untuk korang yang suka guna servis Foodpanda, tahukah kalian yang Foodpanda ini telah melebarkan sayapnya dengan lebih luas lagi. Untuk pengetahuan, jika dulu kita kenali Foodpanda hanya sebagai penghantar makanan siap di masak, tapi kini Foodpanda turut boleh menghantar barangan runcit dengan kaedah yang sama.


Nama servis yang digunakan oleh Foodpanda untuk urusan ini adalah Pandamart. Dan dengan Pandamart, urusan nak dapatkan barangan runcit sudah menjadi semakin mudah.

Roti habis, bawang putih bawang merah habis, pencuci pinggan dan sabun basuh pakaian habis, lampin pakai buang anak habis, susu formula anak habis dan sebagainya. Dengan Pandamart semua itu boleh dipesan untuk servis penghantaran. Jika kebetulan ada kecemasan anak demam, boleh buat pesanan untuk ubat-ubatan juga.

Love, 
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. jarang jarang gunakan food panda ni... kat rumah ada food papa.

    ReplyDelete

Like us on Facebook