Product Review

ShapeWear Seamless Tankee & Posture Brasieree Dari Shapee

9:00 AM

ShapeWear Seamless Tankee & Posture Brasieree Dari Shapee | Setiap impian wanita inginkan bentuk badan yang menarik dan postur badan seperti ala model. Gituuu.. Yer memang tak nafikan mama sendiri pun nak sangat cutting body balik tapi nan ado masa nak pergi gym. So terkuburlah harapan untuk badan yang cantik bukan. Hahaha.. Jangan risau sekarang ni boleh jer nak dapat badan yang cantik hanya dengan pakai korset. Walaupun korset pun mesti rimas nak pakai semua kan. Psstt ada lagi menarik shapewear dari Shapee Malaysia. Nak tahu mengenai ShapeWear Seamless Tankee & Posture Brasieree Dari Shapee ni nahh baca sampai habis yer.

ShapeWear Seamless Tankee & Posture Brasieree Dari Shapee 
Shapee Malaysia adalah satu jenama yang tidak asing lagi khas untuk pakaian pembetukan badan shapewear. Bukan itu saja malah pelbagai produk pakaian dalam seperti nursing bra, compression wrap dan maternity briefs. Hahh macam-macam ada korang boleh jer klik klik kat website dia yer. 

Kali ini mama nak review 2 produk dari Shapee Malaysia iaitu Seamless Tankee dan Posture Brasieree. Masa memula dapat tu apakah la barang ni dan lepas baca wohh banyak kegunaan 2 produk Shapee ni. Ok dah la jom tengok apa kelebihan dedua produk Shapee ni yer. 



Posture Braiseree

Kalau korang tengok posture braiseree ni macam ala-ala push up bra. Bagi yang ingin membolehkan tulang belakang, otot dan ligamen seimbang atau menegak boleh memakai posture braiseree ini selepas memakai bra. Ini kerana apabila kedudukan tulang belakang kita seimbang ia akan berfungsi melancarkan dan mengurangkan ketegangan dan kesakitan tulang belakang kita. Material posture braiseree ini daripada nylon dan spandex. 


Kelebihan Posture Brasieree ini adalah :
  • memperbaiki dan membetulkan postur belakang dan pada masa yang sama meningkatkan para payudara dan pinggang selari
  • memupuk postur yang betul dengan mengekalkan lurus dan menarik kembali bahu dengan tali silang belakang
  • terdapat 3 set cangkuk boleh laras untuk keselesaan pemakai
  • tali yang lebar untuk melegakan tekanan bahu untuk keselesaan menyeluruh

Cara penjagaan :
  1. Basuh dengan suhu 40'c
  2. Tidak boleh guna chlorine bleach
  3. Iron pada suhu rendah
  4. Dry clean
  5. Keringkan di bawah tempat teduh
Untuk size terdapat hanya 2 size iaitu size M [Bust 70 - 80 cm] dan juga size L [Bust 75 - 85 cm]. Manakala harga Posture Brasieree ialah RM55.00 sahaja.

[Review]
Mama dah guna dalam 3, 4 kali Posture Brasieree ni memang ok sangat. Rasa tulang belakang mama menegak dan kalau duduk depan pc takder bongkok dah. Material Posture Brasieree lembut takder rasa macam tebal pada bahagian dada so tak perlu risau pasal tu. Posture Brasieree menyokong dan push up kan payudara dari jatuh. Best sangat Posture Brasieree ni ok.



Seamless Tankee

Shapewear Seamless Tankee ni kalau korang tengok macam singlet yang ketat dan diperbuat daripada teknologi Jepun dengan micro massage dan memberi kepanasan serta membakar lemak badan. Seamless Tankee sangat selesa dipakai dan memberi pembentukan badan serta menutup benjolan pada bahagian badan. Material yang sangat selesa iaitu nylon dan spandex serta germanium, titanium dan silver.


Kelebihan Seamless Tankee adalah :-
  • mengekalkan bentuk badan secara semulajadi
  • pembentukan dan menguruskan badan
  • merangsang sistem imun
  • mempebetulkan postur badan
  • meningkatkan metabolisme
  • meningkatkan peredaran darah
  • anti-water retention
  • anti-celulite
  • anti-spider veins

Cara penjagaan :
  1. Basuh dengan suhu 40'c
  2. Tidak boleh guna chlorine bleach
  3. Iron pada suhu rendah
  4. Dry clean
  5. Keringkan di bawah tempat teduh
Terdapat 2 size untuk Seamless Tankee iaitu Size M-L [Bust : 79-94, Waist 64-77] dan Size L-LL [Bust 86-101, Waist 69-85]. Harga Seamless Tankee hanya RM75.00.

[Review]
Mama guna Seamless Tankee ni pada sebelah malam waktu tidur rasa sangat selesa. Tapi kalau nak pakai dengan baju lain pun boleh. Yang bestnya Seamless Tankee ni rasa fit badan dari benjolan lemak-lemak di bahagian perut dan pinggang. Seamless Tankee ni takder la ketat sangat sebab material kain daripada nylon dan spandex boleh mengembang. Selain itu, Seamless Tankee juga boleh membetulkan postur tulang belakang badan. 


Bagi yang ingin membentuk badan atau membetulkan tulang belakang, mama recommended sangat Seamless Tankee dan juga Posture Brasieree dari Shapee Malaysia. Baju dalaman shapewear sangat baik dan berkualiti serta harga yang cukup murah. Korang boleh beli secara online di website yang mama detailkan di bawah. 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook