Foodtopia "Foodbulous Weekday Treats" Di The Mines Shopping Mall | Hi korang... benda pasal makan ni mama memang suka kongsi dengan korang tau. Heheheh.. Siapa sini kaki makan tapi nak harga bajet RM10? Ok ok meh sini mama nak bagitau. Dari 6 November 2017 hingga 1 December 2017 ada satu Foodtopia "Foodbulous Weekday Treats" di The Mines Shopping Mall. Bagi program ini terdapat 13 restoran dan kafe telah terlibat untuk menjayakan Foodtopia ini. Kalau korang nak tahu apa menariknya Foodtopia "Foodbulous Weekday Treats" jom baca entri ni sampai habis yer.
Bagi yang ingin menikmati set makanan dengan harga bajet ini, sebelum itu korang perlu mendaftar sebagai ahli Capitastar secara PERCUMA di http://www.foodtopiathemines.com. Kemudian setelah selesai mendaftar korang akan menerima satu email iaitu ENTRY VOUCHER dan bawa voucher ke restoran dan kafe yang mengambil bahagian untuk Foodtopia "Foodbulous Weekday Treats" dan bolehlah menikmati set makanan yang lazat dengan harga RM9.90 nett sahaja. Tapi untuk Foodtopia ini hanya untuk pada hari waktu bekerja dari Isnin hingga Jumaat dan hanya untuk dine-in sahaja.
Antara restaurant dan cafe yang mengambil bahagian Foodtopia "Foodbulous Weekday Treats" adalah :
- Ah Yip Soup
- Almendi's
- Bar B Q Plaza
- Dubuyo
- Esquire Kitchen
- Fish & Co
- Kimosasa
- Makan Culture
- Nyonya Mama
- Pizza San Franscisco
- Sepiring
- The Chicken Rice Shop
- Teppanyaki
Baru-baru ini mama dan beberapa orang blogger berkesempatan untuk mencuba sendiri menu menarik sempena Foodtopia "Foodbulous Weekday Treats". Lima restaurant yang sempat mama mencuba sendiri nak tahu apa baca entri ni lagi yer.
Dubuyo
Bagi sesiapa penggemar makanan urban Korea, hahh korang tak perlu lagi pergi sampai ke Korea tu yer.. Ni hahh dekat The Mines pun ada tau. Ok ini pertama kali mama mencuba makanan Korea. Walau tekak mama ni memang Melayu sejati kan, apa kata kita mencuba makanan Korea. Not bad jugak la.
Di Dubuyo menawarkan set makanan Chicken Soondubu Jigae dihidangkan bersama dengan nasi perang serta Roasted Barley Tea dan Chicken Honey Garlic Bulgogi + Nasi Perang + Roasted Barley Tea dengan harga RM9.90 nett sahaja.
Chicken Soondubu Jigae + Nasi Perang + Roasted Barley Tea
Chicken Honey Garlic Bulgogi + Nasi Perang + Roasted Barley Tea
Nyonya Mama
Kemudian mama terus pergi ke kafe Nyonya Mama. Dari luar cafe mama tengok menu dia macam ala-ala Baba Nyonya gitu. Menariknya di Nyonya Mama ni juga menawarkan 3 set hidangan makanan yang sedap.
Bagi yang ingin makan yang tak berapa nak berat boleh cuba datang ke Nyonya Mama ni. Antara hidangan adalah Nasi Lemak Sambal Sotong, Asam Laksa dan Curry Noodle didatangkan dengan pilihan air seperti Ice Lemon Tea, Limau, Cincau dan Sirap. Menarik kan. Mama suka sangat Curry Noodle memang sedap. Harga setiap hidangan dengan pilihan air hanya RM9.90 nett sahaja.
Nasi Lemak Sambal Sotong
Asam Laksa
Curry Noodle
The Chicken Rice Shop
Kalau sebut sahaja The Chicken Rice Shop terus teringat nasi ayam yang sememangnya terkenal di sini. Mama paling suka makan nasi ayam di sini sebab rasa sedap dengan rasa dia kekal sama sahaja dari dulu. Di The Chicken Rice Shop menawarkan 2 set hidangan Nasi Ayam Crispy Roast bersama sup dan Ice Lemon Tea dan Sai Too Fish Ball dengan isi ayam serta Ice Lemon Tea dengan harga RM9.90 nett sahaja.
Nasi Ayam Crispy Roast bersama sup dan + Ice Lemon Tea
Sai Too Fish Ball dengan isi ayam + Ice Lemon Tea
Sepiring
Mama suka restaurant Sepiring ni dan pertama kali mama jejak ke sini. Menarik juga hidangan di Sepiring sebab mereka sajikan makanan unik Malaysia di sini. Dan yang paling mama suka dengan suasana restaurant yang cukup menarik dan santai.
Di Sepiring menawarkan 2 set iaitu Pulut Kuning bersama Kari Ayam dengan Iced Peach Tea dan Penang Assam Laksa dan Iced Peach Tea dengan harga RM9.90 nett sahaja. Pulut kuning dengan kari ayam tu memang terbaik sebab kari ayam tu pekat, likat dan sedap. Manakala Penang Assam Laksa pun sedap sebab banyak isi ikan dalam laksa ni. Itulah lain daripada yang lain.
Pulut Kuning bersama Kari Ayam + Iced Peach Tea
Penang Assam Laksa + Iced Peach Tea
Teppanyaki
Untuk restaurant yang terakhir adalah restaurant Teppanyaki. Ok kita beralih ke makanan Jepun pulak. Restaurant ni memang antara makanan kegemaran mama sebab mama suka daging dengan sayur taugeh dia memang sedap. Kalau mama datang jer mesti pilihan mama set daging. Alamak teringat pula makanan di Teppanyaki ni. Wajib repeat tau kalau makan sini.
Untuk Foodtopia kali ni Teppanyaki menawarkan 3 set hidangan dengan percuma air green tea panas atau sejuk. Antara hidangan yang harga RM9.90 nett sahaja adalah Mini Chicken Teppanyaki, Niku Soba dan Salmon Head Miso Soup.
Mini Chicken Teppanyaki + Free Green Tea Panas / Sejuk
Niku Soba + Free Green Tea Panas / Sejuk
Salmon Head Miso Soup + Free Green Tea Panas / Sejuk
Ada lagi menarik pada Sabtu, 18 November 2017 dari jam 2:00 petang hingga 6:00 petang jadilah 100 pelanggan pertama untuk meneroka dan menikmati pengalaman makan sempena Foodbulous dan boleh menikmati hidangan pembuka serta pencuci mulut secara PERCUMA. Dan jangan lupa menebus ENTRY PASS dengan berbelanja minimum RM30.00 dalam satu resit di Information Counter, Level 3. Bagi 20 ahli CapiStar anda berhak mendapat satu tambahan ENTRY PASS. Untuk Food Tour ini hanya First come first served dan sementara stok masih ada.
Menarik tak tawaran sempena Foodtopia "Foodbulous Weekday Treats" di The Mines Shopping Mall ini. Mesti lah menarik dengan harga yang ditawarkan hanya RM9.90 nett sahaja. No GST, No Service Charge tau. So, apa tunggu lagi datang ke The Mines Shopping Mall pada hari Isnin hingga Jumaat dari 6 November 2017 hingga 1 December 2017 dan korang berpeluang menikmati hidangan di restaurant dan cafe terpilih dengan hanya RM9.90 nett sahaja.
Love,