Traveloka

Make 11.11 Fly! Dengan Traveloka Flight Campaign

12:50 PM

Setiap tahun pasti kita semua menantikan bulan November kan. Masuk jer bulan November pasti mama akan ingat satu tarikh yang sangat cantik dan penting bagi wanita. Tarikh tersebut kalau korang perasan macam pagar gitu. Hahh tarikh itu adalah 11.11. Apa yang menarik dengan tarikh 11.11 ini adalah satu hari untuk Jualan Tahunan dengan tawaran eksklusif kepada semua kaki shopping di dunia. Jadi masa ni lah korang yang kaki shopping online boleh mendapatkan tawaran diskaun yang menarik dan harga yang tak masuk dek akal. Kiranya 11.11 ni sangat berhantu untuk kaum wanita yang sukakan shopping online.


Memandangkan tarikh keramat 11.11 ini akan terdapat banyak jualan serta promosi dengan harga yang rendah dan akan bakal berlangsung di seluruh website-website ternama di seluruh dunia. Untuk pengetahuan korang, Traveloka juga turut melancarkan satu kempen khas pada 11.11 untuk penerbangan ke mana-mana sahaja dengan harga yang menarik dan murah. Sempena Make 11.11 Fly! dengan Traveloka Flight Campaign boleh tengok pelbagai promosi menarik di https://www.traveloka.com/en-my/promotion/1111.

Oleh itu, mama cadang nak pergi honeymoon dengan en papa ke Langkawi dengan menggunakan kapal terbang. Hah kemahin kan padahal dekat jer Langkawi dengan Kuala Lumpur tapi sempena tarikh 11.11 ni mama nak beli tiket kapal terbang di Traveloka sempena Traveloka Flight Campaign. Sebab apa mama pilih Langkawi, mama nak pergi shopping pinggan mangkuk Corelle kat sana. hahaha. Katanya harga tiket penerbangan dengan Traveloka ni super murah dari kaunter. Tak percaya jom kita tengok harga tiket flight ke Langkawi dengan Traveloka.


Untuk pengetahuan semua, Traveloka ini bukan sahaja menawarkan tempahan hotel malah bagi mereka yang ingin melancong ke mana sahaja boleh menempah tiket perkhidmatan kapal terbang juga di website Traveloka. Kenapa mama menempah dengan Traveloka adalah kebanyakan hasil carian untuk penerbangan sangat mudah dan banyak perbandingan penerbangan dari syarikat penerbangan di Malaysia seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Malindo Air, Cathay Pacific dan banyak syarikat penerbangan lain dengan lebih 100,000 laluan di Asia Pasifik dan juga Eropah.

Selain itu, harga di website Traveloka ini sangat tidak masuk akal dan murah dari kaunter kerana semua harga yang disenaraikan adalah termasuk semua cukai, surcaj dan juga yuran pembayaran. Dan yang pasti tiada caj tersembunyi dengan Traveloka ini. Ada lagi paling mama suka dengan Traveloka ini hanya dengan teknologi pintar kita boleh dapatkan harga yang terbaik, tempoh perjalanan, masa transit dengan melalui hujung jari sahaja. Dari segi keselamatannya pula mama yakin setiap transaksi dalam talian tempahan tiket mama akan dilindungi dan sangat mudah untuk menerima pengesahan tiket dengan segera hanya melalui e-mail sahaja.


Okey berbalik untuk mama menempah tiket kapal terbang murah ke Langkawi sempena Traveloka Flight Campaign ini dengan hanya 3 langkah yang mudah seperti gambar di bawah ini. Untuk langkah pertama mama perlu masukkan destinasi dari Kuala Lumpur ke destinasi yang ingin mama tuju iaitu Langkawi. Kemudian mama masukan tarikh penerbangan pada 11.11.2017 dan tarikh tiket untuk mama pulang pada 13.11.2017. Sebelum mama terlupa sempena Traveloka Flight Campaign ini, penempahan tiket penerbangan minimum untuk 2 pax dan termasuk tiket pulang sekali. Wah senang sekali harung jer mama tempah tiket dekat Traveloka ni. Akhir sekali, masukkan bilangan penumpang dan tekan search flights.


Selepas tekan search tu nahhh terpampang pelbagai penerbangan dari yang murah hingga yang mahal. Dah namanya mama nak cari tiket penerbangan murah so mama akan pilih yang paling atas iaitu penerbangan AirAsia. Harga memang sangat murah dari direct website asal. Mama Cuma kena pilih waktu berlepas dan juga pilih penerbangan untuk pulang. Kemudian untuk langkah seterusnya mama akan diberikan detail preview untuk round-trip flight, setelah mama periksa semuanya lengkap dengan harga penerbangan untuk seorang barulah mama booking tiket penerbangan tersebut. Cukup mudah bukan dengan Traveloka ni.


Untuk langkah booking seterusnya, mama perlu masukan detail contact information dan kemudian e-tiket akan terus dihantar ke alamat email dan juga telefon bimbit mama. Di bahagian pembayaran pula, mama suka dengan pilihan pembayaran di Traveloka ni sebab banyak pilihan pembayaran seperti bayar melalui Kad Kredit, Kad Debit, Perbankan Internet atau lagi mudah di 7-Eleven yang berhampiran dengan kita. Dan yang paling menariknya bagi pembayaran di Traveloka ini tiada sebarang yuran transaksi dikenakan. Hahhh memang dah sangat jimat di situ kan.



Selepas selesai mama membuat pembayaran untuk tempahan penerbangan di Traveloka, kemudian mama akan dapat satu email untuk no ID booking penerbangan tersebut. Jadi mama akan masukkan booking ID dan mama hanya perlu tekan retrieve my booking untuk dapatkan tempahan tiket mama. Mama tak perlu risau kalau tiket hilang atau terlupa mama boleh terus direct dapatkan di website Traveloka ini. 

Tak sabar pulak mama nak pergi ke Langkawi nanti pasti menarik dengan tiket yang murah di Traveloka sempena jualan tahunan 11.11 ini pasti menjadi percutian paling menarik. Korang pun boleh juga tengok tiket penerbangan ke mana sahaja yang korang mahukan. Inilah peluang untuk dapatkan tiket murah sempena Make 11.11 Fly! Dengan Traveloka Flight Campaign pada tahun ini.

Bagi yang ingin menempah tiket penerbangan murah sempena Traveloka Flight Campaign ini akan bermula pada 10, 11 & 12 November 2017 sahaja. Jadi dalam masa 3 hari ni cepat rebut peluang untuk mendapatkan tiket penerbangan yang murah sempena jualan tahunan pada 11.11. Mama pasti korang akan teruja tengok harga tiket penerbangan ke mana sahaja dengan website Traveloka ini.


Bagi yang memerlukan sebarang bantuan mengenai tempahan tiket penerbangan di Traveloka ini, mama cadangkan korang boleh terus minta bantuan perkhidmatan pelanggan Traveloka kerana mereka akan memberi layanan bantuan 24 jam sehari. Boleh sahaja hubungi mereka dengan melalui talian telefon 015-4840 9469 / 03-7724 3501, email cs@traveloka.com atau live chat di hujung bawah kanan website Traveloka ini. Mama pun keliru jugak untuk booking mama terus tanya customer service dan layanan cepat dan pantas tau.

Apa tunggu lagi cepat tempah tiket penerbangan sekarang untuk percutian bersama keluarga tersayang ke destinasi-destinasi yang menarik di Malaysia atau luar negara dengan hanya Traveloka. Dan jangan lupa rebut peluang sempena Make 11.11 Fly! Dengan Traveloka Flight Campaign ini dan mama yakin korang akan buat bandingan yang terbaik untuk menempah tiket penerbangan yang ingin korang akan tuju nanti. Pasti ia mengamit memori yang terindah lagi mengasyikkan sempena dengan Traveloka Flight Campaign untuk tahun ini. Untuk maklumat lanjut dan sebarang penempahan tiket penerbangan boleh layari ke laman sesawang di https://www.traveloka.com/en-my/

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook