Product Review

LUNAVIE | Premium Maternity / Overnight Pads Wajib Dimiliki Oleh Kaum Wanita

3:21 PM

Lunavie bukan satu jenama yang tidak asing lagi bagi kaum wanita. Pelbagai produk jenama Lunavie ini khas untuk ibu dan kanak-kanak. Barangan Lunavie seperti Breast Thermo Pads, Safety Product for kids, Nail clipper dan banyak lagi untuk memudahkan kita sebagai ibu menggunakan barang dari Lunavie ini.

Kali ini mama akan buat review satu produk Lunavie iaitu Premium Maternity / Overnight Pads with Wing. Ohh mama baru tahu Lunavie pun menjual tuala wanita rupanya. Serius mama tak tahu tau. Lunavie premium Maternity / Overnight Pads with wings ini adalah ekstra dan selesa untuk memberikan perlindungan yakin dan selamat untuk kehilangan darah yang alami selepas melahirkan anak. 


Ia menawarkan pelbagai lapisan keselesaan dan perlindungan dimana terdapat pada permukaan atasnya adalah Layer Cotton Ultra-lembut yang memberikan kesegaran dan kelembutan seperti yang lain. Selain itu, ia mempunyai permukaan anti-bakteria yang secara efektif serta memberikan perlindungan tambahan terhadap bakteria yang menyebabkan penyakit kulit dan gatal-gatal faraj. Lapisan penyerapan memberi kelembapan serta mengekalkan permukaan kering. Ini kerana telah dilindungi oleh anti-kebocoran yang meningkatkan perlindungan terhadap aliran keluar cecair.


Kelebihan menggunakan Lunavie Premium Maternity / Pad Overnight :-
  • Sangat sesuai untuk penggunaan selepas bersalin atau kegunaan ketika tidur malam
  • PH serasi dan hypoallergenic
  • Ultra nipis dan lembut untuk keselesaan penuh
  • Size yang lebih besar (36 cm) memberikan penjagaan dan perlindungan maksimum bagi wanita bersalin
  • Absorbent dengan saluran direka khas untuk membantu mencegah kebocoran
  • Membantu mencegak ketidakselesaan haid 
  • Didatang dengan sayap untuk keselesaan sepanjang hari walau ketika aktif

Kenapa beralih ke Lunavie Premium Maternity / Overnight Pads?
  1. Lunavie adalah diperbuat daripada 100% kapas tulen dengan rawatan anti bakteria yang hebat
  2. Kapas digunakan dari bahan organik yang selamat untuk digunakan dan mengurangkan bakteria dan terhindar dari penyakit
  3. Mempunyai tahap keserasian pH yang betul untuk memberikan kekeringan dan kesegaran
  4. Cepat menyerap dan permukaan rasa kering 
  5. Menjanjikan setiap wanita sentiasa mempunyai perlindungan diri dan keselesaan sepanjang hari

Telah diuji dan yakin dengan keberkesanan Lunavie Premium Maternity / Overnight Pads

Review LUNAVIE Premium Maternity / Overnight Pads

So far, mama dah gunakan ketika datang bulan. Memang kesan dia sangat rasa selesa dan tidak bocor pada waktu malam. Walau pads ini untuk kegunaan ketika berpantang tapi boleh juga digunakan pada datang bulan. Selalunya untuk overnight pads ini mama guna pada 1-3 hari pertama. Rasa yakin dan selesa ketika guna ketika tidur dan tiada kebocoran akan berlaku. 

Bagi yang ingin dapatkan Lunavie Premium Maternity / Overnight Pads with wings ini boleh terus dapatkan di website Lunavie yer. Untuk harga pads ini hanya RM19.90 sahaja dan mengandungi 20 keping setiap pek. 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :

Website : www.lunavie.com

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook