planner

Planner Book 2018

1:47 PM

Setiap tahun mama akan sediakan satu planner book. Tak kesah la macam mana tapi mesti mama kena ada sebuah. Macam tahun lepas mama hanya beli dekat kedai buku popular. Murah jer mama beli RM5 jer.. mama jenis mesti akan tulis point-point jer apa yang penting. Takder masa lah nak tulis panjang macam diari tu. Tak kuasa aahh kang kemek jari ader lah. Hahaha.. 


Untuk planner tahun ni mama dah siap tempah dan beli. Heee kemahin semangat kan. Wakaka.. padahal prepare siap-siap senang.. Mama ada perasan ada orang jual planner 2018 kat FB. Memula tu ada mama jumpa mahal jugak. Adehh takper mama cari lagi dan mama jumpa murah dekat satu FB Planner Malaysia 2018. Serius murah dari yang mama jumpa sebelum ni. Sebuah hanya RM20 dan tambah postage RM8. murah kan. So apa lagi mama kan cheapskate skit terus tempah beli. Tapi kalau dah tempah ni kena sabaratun la sebab kena tunggu agak lama jugak la. Hahaha.. Kalau tak sabar korang pergi beli jer kat kedai buku yer.. 

Kenapa mama pilih planner ni? Ok sebabnya buku dia size A5. memang mama suka size ni senang nak sumbat dalam handbag. Kemudian warna yang sangat menarik. Mama suka colourfull walau nanti mama akan guna highlighter dan pen colour. Hahaha.. kita hidup kena la ada warna warni kehidupan kan.. ececehhh. So jom tengok apa yang menarik dalam buku planner 2018 ni.

Planning chart.. nahhh siap highlighter cuti am dan cuti sekolah. Mama dah kenapa ni buat kata kena tukar tarikh tak ker naya.. hahaha

Mama suka planner jenis kotak-kotak macam ni senang nak tulis hat penting jer.. 

Cash flow macam ni pun senang nak tau keluar duit masuk job blogger mama tu. 

Hafaz Al-Quran 365 hari. Ya Allah semoga mama berjaya khatam Al-Quran nanti. 

52 weeks saving challenge. hahhh ini memang sangat berguna. ehh tahun ni punya 52 weeks saving apa citer ehh.. wakakak.. tak tengok-tengok lagi berapa banyak ada. ker dah surut?? 

Menarik kan planner buku 2018 ni. Tanya kat en papa nak tak sebuah mama nak bagi hadiah kat dia. dia jawab apa tak payah bazir duit. hahaha save det mama wehh kalau dia cakap macam tu. Dia kata papa takder masa nak buat semua ni. hehehe.. 

Mama suka satu ayat ni.. "But they plan and Allah plans and Allah is the best planner" . Bagi yang nak tempah dan beli planner 2018 ni boleh korang terjah Facebook Planner Malaysia 2018. 

* Psstt pihak Planner Malaysia 2018 kata sekarang dah stop pre order tapi insyaAllah mid/end November akan ada jual yang ready stock so korang tengok kat FB diaorang yer.. Ini bukan review berbayar tapi mama nak sharing dengan korang..

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. Saya pun suka planner, rasa terurus je kerja-kerja :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook