Sebagai seorang ibu yang bekerjaya ni memang mama menitik berat pasal penampilan. Setiap hari pergi kerja mama pastikan penampilan mama sentiasa cantik bukan dari pakaian sahaja malah muka tetap kena make up walau simple. Yer lah tak kan la nak muka tak siap atau muka pucat pula pergi kerja. Jadi, mama akan make up nipis untuk memastikan muka mama nampak ceria di tempat kerja.
Bagi yang kaki mekap mesti nak cari make up yang berkualiti setanding antarabangsa bukan. Jangan risau produk lokal sekarang pun boleh setanding jenama di luar tau. Korang pernah dengar SLAE COSMETICS? SLAE Cosmetics ini diasaskan oleh Datin Dr Nik Sarina Hashim yang telah mencipta khas untuk para wanita yang ingin sentiasa cantik tidak kira usia. Antara kandungan produk cosmetic ini adalah 100% organik dan mesra wuduk. Selain itu, ia juga tiada paraben, alkohol, wangian, minyak mineral dan tiada bahan-bahan yang berbahaya.
Pertama kali mama guna make up dari SLAE Cosmetics ni mama dah falling in love dengan make up ni. Terus mama rasa cantik dan jelita selepas memakai make up jenama SLAE ini. Antara set produk make up SLAE yang mama gunakan adalah :-
- Bare & Boujee Cushion Foundation
- Bare & Boujee Compact Powder
- SummerKiss Liquid Matte (Strawberry Colada & Sea Coral)
- Bloom This Way Powder Matte (Pink Tulip)
- Feline Triple Threat Eyebrow Liner
- Feline Microblade Mascara
Bare & Boujee Cushion Foundation adalah antara hot selling SLAE Cosmetics kerana ia mengandungi SPF 50 yang dapat melindungi kulit dari sinaran UV matahari yang bahaya. Ia sangat sesuai untuk menutup cela pada wajah dan dapat mencerahkan kulit wajah. Cushion foundation ini juga dapat tahan sehingga 12 jam dan ia sesuai untuk kulit normal - kulit berminyak. Terdapat 3 shades warna iaitu Light Beige, Natural Beige & Coco Beige. Harganya pula hanya RM68.90.
Review : Cushion Foundation ni memang best giler. So far boleh ganti foundation liquid yang selalu mama pakai. Sangat recomended bagi yang suka pakai foundation tapi nak cepat boleh guna cushion ni. Tekstur sangat lembut pada kulit muka dan tak berminyak. Coverage medium to full.
Bare & Boujee Compact Powder dapat membantu untuk kulit tidak berminyak selepas memakai cushion foundation. Tekstur compact powder ini sangat ringan dan lembut pada kulit wajah. Ia juga mengandungi SPF 20 sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Terdapat 3 shades warna iaitu Light Beige, Natural Beige & Coco Beige. Harganya RM44.90.
Review : Selepas guna cushion foundation, mama sapu compact powder ni untuk dapat cover seimbangkan minyak pada muka dan kulit tampak lebih smooth. Sangat ringan compact powder dan tak cracky selepas sapu foundation. Dapat menutup cela pada wajah.
Feline Triple Threat Eyebrow Liner adalah eyebrow yang sangat mudah untuk dilukis pada kening dengan berus microblading yang licin serta sikat ultra halus ini membolehkan sapuan dengan menggunakan aplikasi menjadi kemas semulajadi. Warna yang pekat dan todak bercapuk pada kening setelah dipakai. Harga hanya RM33.90 dengan 2 warna iaitu Black Brown dan Brown.
Review : Untuk eyebrow liner ni mama rasa kena praktis lagi coz sebelum ni mama guna pencil eyebrow untuk lukis kening. Tapi guna jenis ni agak tersasar lari dari garisan kening. cuma kalau nak setakat sikat kening rasa lagi mudah rasanya. Sesuai untuk orang yang kening tipis dan tak lebat. Kalau jenis tebal macam mama agak leceh skit.
Feline Microblade Mascara khas bagi yang tiada bulu mata bolehlah menggunakan mascara ini terus bulu mata akan jadi lebat dan lentik dengan sapuan yang mudah. Dengan menggunakan berus kecil dapat membuatkan bulu mata jadi rapi dan tebal dan kekal sepanjang hari kerana sangat pigmented membuatkan mata tampak cantik dan galak. Harga RM38.90.
Review : Mascara ni best rasa terus panjang bulu mata. Tapi sebelum pakai tu kena la kepit dulu baru la nampak lentik. Nak lentik guna mascara ni boleh cuma kena tebalkan lagi sapuan mascara pada bulu mata. Yang penting mascara ni tak bergumpal so senang nak sapu.
SummerKiss Liquid Matte (Strawberry Colada & Sea Coral) sesuai untuk wanita yang inginkan bibir tampil lebih nipis, lembut dan bibir nampak menawan boleh gunakan liquid matte ini. Warna bibir yang kekal tahan lama dan sangat cantik serta bibir nampak mungil sepanjang hari. Terdapat 6 warna iaitu Sandy Beach, Suntanned, Strawberry Colada, Tropical Pink, Sea Coral dan Hot Babe. Harga liquid matte ini hanya RM33.90 sebatang.
Review : Liquid matte ni memang sumpah best!! hahaha sebab mama is hantu lipmatte. Liquid matte ni bukan sahaja pakai kat bibir jer boleh juga dijadikan eyeshadow dengan blusher tau. Jimat 3 in 1 gitu. Yang best pkai kat bibir jadi tak kering rasa bibir jadi mugil dan seksi. Dan warna dia sumpah la cantik yer.
Bloom This Way Powder Matte (Pink Tulip) jenis lipstick dengan Teknologi Ultra colour Natural yang dirumus khas dengan minyak alpukat dan minyak biji delima untuk melembapkan bibir dengan warna yang menarik serta mencantikkan bibir. Tekstur berkrim dan licin mudah disapu pada bibir dan kemasan ultar matte serta selesa sepanjang hari. Terdapat 6 warna iaitu Classy Camelia, Dusty Peony, Coral Daisy, Sakura Blossom, Pink Tulip dan Rosy Red. Harga untuk lipstick ini sangat murah iaitu RM29.90 sahaja.
Review : Last but not least lipstick matte ni. Bagi yang suka pakai lipstick jenis ni mesti suka sebab dapat lembapkan bibir dari kering. Lipstick kekal lebih lama sepanjang hari.
Make up cepat dengan SLAE Cosmetics
Bagi yang berminat untuk dapatkan produk SLAE Cosmetics ini hahh jangan lupa guna code diskaun yang tertera di bawah untuk dapatkan 10% diskaun bagi pembelian SLAE Cosmetics ini.
Website : www.SLAE.com.my
Kopun diskaun 10% OFF : JUELIZA
[Bagi pertama kali pembelian akan dapat extra 15%]
Bagi pembelian di Shopee : https://shopee.com.my/slae_hq
Kopun diskaun 10% OFF : SLAEJueliza
Jom join Telegram Channel #SLAEBabe --> https://t.me/+_uj1IpbA13k5YzQ1 dan jadilah yang terawal untuk dapatkan KOD DISKAUN serta FREE GIFT menarik dari SLAE Cosmetics!
Kalau korang risau dan ragu-ragu untuk memilih produk yang sesuai dengan kulit tu jangan risau korang boleh terus wassap Beauty Consultant SLAE dan mereka akan membantu pilih warna-warna yang sesuai dengan tekstur dan warna kulit semua. Wassap team SLAE di www.wassap.my/60192225712/SLAECosmetics
Untuk maklumat lanjut mengenai SLAE Cosmetics boleh layari :
Website : www.SLAE.com.my
Facebook : www.facebook.com/slae.hq
Instagram : www.instagram.com/slae_hq
TikTok : www.tiktok.com/slae_hq