Resepi

Resepi Murtabak Roti Daging

2:13 PM

Ingat minggu lepas daku buat roti pita.. so minggu ni aku buat roti plak.. bila pulak en papa beli roti gardenia ni.. kang expired jer.. hmm alamatnya kena perabihkan lah.. tak kan la nak makan roti bakar plak kot.. ishh bebudak ni roti dengan sosej pun jemu.. ini kan kami hat tua kan.. so aku mengoogle lah resepi.. tapi ini aku dah ubah skit & derhaka dengan ini resepi lah.. .. hahahha.. hat inti tu lebih kurang macam roti pita tapi aku letak kentang.. mama beriya tau siap duduk kat kerusi tu & hiris semua bahan2.. gigih okehh.. jom la tengok bahan-bahan murtabak roti daging...

Bahan-bahannya :-
* Roti gardenia 12 keping
* Isi daging cincang
* Kentang yang didadukan
* Bawang besar didadukan
* Bawang putih 3 ulas
* Cili padi 
* 2 sb serbuk kari
* 1 sk lada hitam kisar
* daun bawang
* Telur
* Susu cair
* cheesedale / cheese ~ aku tak letak sebab takder

Cara-caranya :-
- untuk masak daging aku menggunakan periuk noxxa.. tumiskankan bawang putih, bawang besar hingga wangi. Masukkan daging & lada hitam kacau hingga sebati.. 
- setelah itu masukkan serbuk kari & masak hingga pecah minyak. Masukkan kentang & cili padi. Kacau hingga sekata.. 
- tutup periuk Noxxa & HP dalam 2 minit.. setelah siap last sekali tekan mood stir fry, masukkan garam & pak aji dan taburkan daun bawang. Siap.

Bahan inti daging

Dibekas lain kacau telur dan tambah susu cair dalam 2 cawan.. agak2 korang la yer.. 

Di dalam loyang 4 segi.. korang sapu butter dulu.. susun roti begini..

Layer ke 2 letakkan inti daging..

layer ketiga curahkan telur tadi.. * korang buat adunan sampai abis.. & nak letak cheesedale pun boleh.. tapi aku tak taruk sebab takder..

Lapisan atas sekali taburkan daun bawang & cili padi cincang.. & curahkan telur.. kalo nak letak parutan cheese pun boleh.. takder hal.. 

Bakar dalam oven dengan suhu 220'c selama 40 minit.

Setelah 40 minit.. 

Apa lagi jom la baham.. makan panas2 perghh sedap.. 

Selamat Mencuba..

MamaJue & PapaMimi Story
/>

You Might Also Like

12 Comments

  1. nyum3...!!! nmpk mcm sedap je!!
    resepi pun simple je..blh ar try weekend ni nnt =)

    ReplyDelete
  2. macihhhhh sayang for the resepi!!!

    ReplyDelete
  3. Perghh memang nampak sedap la.. weekend nie nak try buat jugak la..=D

    ReplyDelete
  4. lain kali letak watermark besar2 ...

    ReplyDelete
  5. Benda tahun 2014 dah lama dah.. tp org yg curi tu mmg takder etika langsung... siap ayat2 sebijik sejebon dia copy.. hidup nak senang dr hasil org lain.. mana selamat..

    ReplyDelete
  6. Benda tahun 2014 dah lama dah.. tp org yg curi tu mmg takder etika langsung... siap ayat2 sebijik sejebon dia copy.. hidup nak senang dr hasil org lain.. mana selamat..

    ReplyDelete
  7. resipi macam simple je..boleh try ni...

    ReplyDelete
  8. teruihh ada idea nak masak berbuka ptg kang.
    side dish je ni,buat kudap2 sedap nih

    ReplyDelete
  9. kite share ey resepi..tq Mama Jue.. :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook