Resepi Noxxa

Pulut Sekaya Noxxa

9:12 AM

Pulut sekaya.. Mimpi la aku nak buat.. yang aku tahu tau makan jer.. kalo nak makan balik kg suruh tok masak... hehheeh sekarang dah duk jauh kena la bikin sendiri.. nak buat memang makan tahun.. tak berapa nak reti.. nak masak pulut pun tak reti yer.. since ada periuk noxxa aku cuba buat.. tengok resepi macam mudah.. mudah la sebab masak sat jer dalam noxxa.. kalo nak keluar periuk pengukuih alamatnya memang tak buat la.. hehehhe... tetiba since ada noxxa ni dah jadi expert skit masak.. hahaha perasantan yer!!! Hahaha jom la tengok bahan2nya nak buat...

Bahan A ~ Bahagian bawah ~
* 2 cawan pulut
* 3 cawan santan cair
* sedikit garam

Bahan B ~ Bahagian atas ~
* 2 cawan santan pekat
* 1 cawan gula
* 2 biji telur
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar tepung kastard
* paste pandan
* pewarna hijau
* sedikit garam

Steam kan 3 minit dalam periuk noxxa.. apabila sudah masak, masukkan dalam loyang dan tekan sehingga padat.

Blend kan bahan2 B. sebelum itu blend daun pandan untuk dapatkan paste pandan. setelah itu tapiskan bahan blender tadi.

Masukkan loyang yang telah diisi pulut & bahan blender tadi. Steamkan dalam 15 minit.

Nice pulut sekaya.. tetiba rasa hebat leh buat pulut sekaya.. hakhakhak...

Yehaaa keterjadian bak kata kawan i.. sangat nice.. sedang2 elok.. pestime seumur hidup aku buat pulut sekaya.. kalo tidak tahu makan jer.. hahhaha

Selamat Mencuba.. 

MamaJue & PapaMimi Story
/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. Assalam...
    Hr ni baru first time guna noxxa
    So resepi pertama seri muka
    Tp sy guna cara mamajue je guna noxxa
    Loyang pun tk leh besar rupanya. Kena size 20 atau 22 cm je. Lebih tk leh masuk...

    ReplyDelete

Like us on Facebook