Resepi Noxxa

Puding Roti Sos Kastard Noxxa

2:31 PM

Dah lama nak buat puding roti ni.. tapi dek kerana kekangan masa + penyakit baloq liat aku ni memang aku tak buat la.. satu g dah diet lagi lah tak buat.. sekarang ni kalo masak jer mesti en papa yang makan or bagi jiran2.. tuan yang pulun buat makan la skit bagi rasa.. Dulu kalo nak buat puding aku prefer bakar dari kukus.. masalahnya nak bakar puding kena panjat kerusi sebab oven aku tinggi sangat.. hehehhe.. so dah adanya noxxa aku cuba experimen la dalam tu.. Alhamdulillah menjadi.. aku guna mode steam dalam 20 minit jer.. Jom la tengok bahan2nya... 

Bahan - bahan puding roti :-
* 6 keping roti 
*1 tin susu cair
* 2 biji telur 
* 4 sudu besar gula 
* 1 sudu kecil esen vanilla 
* 2 sudu besar butter 
* Sedikit kismis

Bahan - bahan sos kastard :-
* 1 tin susu cair
* 2 sudu besar gula
* 2 sudu besar tepung kastard

Cara-caranya untuk sos kastard :-

Masukkan kesemua bahan dan gaul sebati. Masak di atas api yang sederhana. Kacau menggunakan whisk sehingga adunan sos tu sedikit likat. Simpan dalam peti sejuk.

Cara-caranya untuk puding roti :- 

Blenderkan telur, gula & esen vanilla. Masukkan susu cair dan blendkan lagi. Sapu butter ke atas roti dan potong kecil-kecil. Susun ke dalam inner noxxa dan tuangkan adunan hingga sekata. 

Tekan kan roti sehingga adunan sekata. Akhir sekali taburkan kismis.. Tutup periuk noxxa.. steamkan dalam 20 minit. Setelah siap, biarkan seketika baru keluarkan dari loyang.

Selepas keluarkan puding, sejukkan dalam peti sejuk.

Puding roti sos kastard yang yummeh..

Untuk resepi ni korang leh la kukus dalam periuk pengukus selama 25 minit.. 
Selamat mencuba...


/>

You Might Also Like

9 Comments

  1. saya tak pernah try lagi wat sos kastard tu..mesti lagi yummeh kan..

    ReplyDelete
  2. lama tk wat..tp slalu ltk nutella & choc chips atas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ganti kismis dengan nutella n choc chips ke mama tisya?

      Delete
  3. Yummmyyyyy...dengan noxxa semua boleh...puding roti ni makan sejuk2 perghhhhh nikmat.

    ReplyDelete
  4. boleh try wat bbuke ni nanti..huhu

    ReplyDelete
  5. bestnya ada noxxa apa pun boleh masak....

    ReplyDelete
  6. Steam puding roti or any puding ni x pyh lapik n letak air kt bwh ke?

    ReplyDelete
  7. Haiihhh saya nyer sos kastard tk jadi kastard jd ketul2 sbb guna stir fry aigooii hahhaa

    ReplyDelete

Like us on Facebook