Resepi

Resepi Ayam Kam Heong

1:50 PM

Korang dah makan ker? Tak tahu nak masak apa?? Meh ni mama nak share 1 resepi viral kat FB.. tapi mama dah derhaka skit pada resepi ni.. Resepi asal ni ayam tu akan kering + takder kuah.. mama ni kalo tak berkuah satgi en papa komplen tau.. sure tanya ma mana kuah? ppffttt so sebelum kena komplen, ehh banyak komplen plak en laki ni u g masak sendiri lahh.. hahaha baik mama buat berkuah.. sedap ayam kam heong ni.. rasa macam kuah nasi kandar pun ado plak.. hahahah.. Dah jom tengok bahan-bahan dan cara-caranya.. ehh nak bagitau makan ayam kam heong ni makan nasi bertambah-tambah la.. sedap giler!!! poyo tak?? T___T

Bahan - bahan :-
* Ayam yang diperap dgn garam kunyit dan lada hitam kisar
* 1 Bawang besar dihiris dadu
* 1 Bawang besar dihiris kasar
* 4 ulas bawang putih ditumbuk
* 2 tangkai daun kari
* 4 sudu besar serbuk kari 
* 8 Cili padi yang dipotong tengah
* 2 sudu besar kicap
* 2 sudu besar sos tiram
* 2 sudu besar sos cili
* 2 sudu besar sos tomato

Cara-caranya :-

Goreng ayam separa masak dan ketepikan.

Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih sehingga naik wangi. Kemudian masukkan daun kari dan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak sehingga kari pecah minyak

Setelah pecah minyak masukkan kicap, sos tiram, sos cili dan sos tomato. Kacau hingga sebati.. Jika kuah pekat tambah sedikit air. 

Kemudian masukkan cili padi & ayam yang telah digoreng dan gaul bersama kuah sehingga masak.

Siap ayam kam heong versi mama Jue.. yang diviral agak kering.. tapi mama dah bagi berkuah..

Selamat Mencuba...

Love,
/>

You Might Also Like

5 Comments

  1. tq share resepi..kite berminat! ;-)) tq!

    ReplyDelete
  2. ayam kam heong pling simple saya rasa...bahan saya boleh dpt sbb skrg ni saya dkt oversea..tq kak..

    ReplyDelete
  3. kak no dah buat resipi ni since zaman rremaja. resipi sendiri.. kira mcm sikit2 daging masak hitam cuma kicap pekat lebih. hehe... kak no suka garing sikit ayam. lebih umphhhh

    ReplyDelete
  4. oo nampak sedap. boleh cuba ni. tq sis

    ReplyDelete

Like us on Facebook