Resepi

Resepi Sambal Nasi Ayam Penyet

9:22 AM

Assalamualaikum.. Morning.. lama plak tak masak2 since sibuk dengan order congo bars ni.. nak masak pun macam penat.. ehh ada masak tapi takder la update pun.. masak simple2 pun nak update ker kan.. ok ni ntah bila mama tak ingat tapi mama ada masak la.. kunun tekak nak makan nasi ayam penyet.. selalu nya sambal kalo sedap memang ummphh lah... untuk ayam plak memang tak penyet ler sebab mama goreng kunyit jer macam tu.. ppfffttt susah tau nak buat ayam penyet tu.. sebab nak kena rebus dengan rempah ratus segala mak nenek, kemudian nak goreng garing & last sekali penyetkan ayam tu dengan hentakkan pisau kat ayam tu.. <--- errkk ayat apa ni.. kahkahkah... belasah la asalkan korang paham.. kalo tak paham korang cuba pahamkan ok.. krik krik krik.. >___<

Ok tang sambal dia memang unik skit sebab akan rasa gula melaka yang manis dengan cili padi yang menyengat dalam sambal ayam penyet tu.. tapi mama tak suka rasa gula melaka tu macam pelik sangat!! alaa kita yang buat dia so suka hati mak i la nak taruk ker tak.. yer dok.. korang nak taruk dipersilakan.. mama tak suka so mama skip tang tu.. dah korang jom tengok bahan-bahan buat sambal ayam penyet tu..

Bahan-bahan :-
* 5 batang Cili merah
* 10 batang Cili padi merah & hijau
* 4 biji Bawang besar
* 2 biji Tomato
* 8 biji Limau kasturi
* Segenggam Ikan Bilis
* Sedikit belacan

Cara-caranya :-

Potong bawang, cili, tomato dan goreng semua bahan dalam kuali yang telah dipanaskan minyak. Kemudian kisar semua bahan sehingga lumat.

Setelah itu masak bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak.. boleh la tambah gula, garam serta pak aji.. kalo resepi asal letak gula merah tapi mama tak suka rasa gula merah so mama letak gula putih ajer..

Siap sambal nasi ayam penyet..

Set nasi ayam penyet yang tak berapa nak penyet.. hahahah..

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook