Resepi

Resepi Ayam Goreng Berempah

10:42 AM

Morning semua.. korang tak tahu nak masak apa?? Meh ni tengok mama share 1 resepi ayam goreng berempah.. selalu mama makan kat luar jer sebab mama malas nak gaul & perap2 ayam ni.. dah teringin nak makan mama kena buat lah sendiri.. kalo ayam goreng berempah makan dengan nasi panas, sambal belacan, timun & telur masin sedap tau.. walau korang nampak makanan ni simple tapi sangat menyelerakan ok.. mama sendiri pun makan bertambah-tambah.. hahaha.. dah jom tengok bahan2nya..

Bahan-bahan :-
* 1/2 ekor ayam
* 1 sudu besar serbuk kari
* 1/2 sudu besar serbuk cili
* Garam secukupnya

Bahan kisar halus :-
* 2 sudu besar biji ketumbar
* 1 sudu teh jintan manis
* 1 sudu teh jintan putih

Bahan kisar kasar :-
* 6 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* halia
* kunyit hidup
* 2 batang serai

Cara-caranya :-

Basuh ayam dan potong kecil. Toskan.

Masukkan ayam dan semua bahan kisar halus dan kasar berserta bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk besar.

Gaul hingga sebati rempah dengan ayam tersebut. Perap dalam 1 jam sebelum untuk digorengkan.

Goreng ayam berempah sehingga garing dan masak.. dan boleh dimakan dengan nasi panas.

Selamat mencuba

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook