Pada 5 Februari yang lalu, mama ada buat appointment untuk rawatan percuma dengan Premier Clinic di Taman Tun Dr Ismail pada jam 10 pagi. Hmm mama ni memang la tak berapa tahu sangat jalan pergi sana. Kalo Ikea mama tahu. hehehe.. so mama pujuk en papa temankan mama pergi sana.. Anak-anak plak mama hantar pergi pengasuh dan Qebal pun kenalah ponteng sekolah hari tu. So, pagi tu kami gerak awal dari Beranang ke TTDI. Time pagi agak jem sikit dengan orang nak pergi keje kan. Alhamdulillah mama sampai awal di klinik berkenaan.
Korang pernah dengar Premier Clinic? Ok ni bukan sebarang klinik biasa tau. Premier Clinic merupakan klinik aesthetic terkemuka di Malaysia untuk bertujuan seseorang memerlukan kecantikan dari dalaman sehinggalah di luaran. Untuk pengetahuan korang, di Premier Clinic menyediakan pelbagai perkhidmatan kecantikan menggunakan laser seperti menghilangkan jerawat, parut jerawat, untuk kuruskan badan dan macam-macam lagi. Korang nak tengok apa lagi perkidmatan yang disediakan korang leh tekan link ni PERKHIDMATAN PREMIER CLINIC.
Masa mama dapat jemputan dari pihak Premier Clinic ni mama macam tak berani nak pergi.. Yer lah rawatan menggunakan laser. Mana lah mama berani. jangan tak tahu even mama nak facial muka pun mama tak pernah sebab mama "geli" orang urut2 muka mama.. hahahah sila lah gelak. Mama fikir benda orang tawar sekali seumur hidup kan baik mama cuba. Cuak memang lah cuak laser kot kan.. Takper mama berani untuk mencuba sesuatu yang baru mana la tahu kulit muka mama makin elok lepas treatment tu.
Sebelum mama jumpa dengan Doctor Elaine Chong, macam biasa mama diberi keterangan dari Miss Kay untuk sign agreement sebelum memulakan rawatan laser tersebut. Selepas selesai semua tu baru mama masuk jumpa doc Elaine. Doc Elaine berikan sedikit penerangan ringkas tentang kulit muka mama yang mempunyai bekas parut hitam, pigmentasi, noda kulit yang tidak sekata dan jeragat. Beliau mencadangkan mama mendapatkan rawatan Carbon Laser Peel. Carbon Laser Peel menggunakan Medlite C6 Laser merupakan teknologi laser terkini di pasaran dan selamat untuk semua jenis kulit. Ok dengar jer laser terus mama tanya doc sakit tak? Hahaha jangan takut tak sakit sebab doc akan berikan ubat kebas dimuka sebelum mendapatkan rawatan laser berkenaan.
Kelebihan rawatan Carbon Laser Peel :
- Memutihkan kulit wajah
- Mengurangkan noda kulit yang tidak sekata
- Menyingkirkan parut gelap
- Menghilangkan jeragat dan pigmentasi
- Mengurangkan kedutan dan liang pori terbuka di muka
Korang nak lebih info tentang rawatan carbon laser peel boleh tekan link ni CARBON LASER PEEL
First sekali, sebelum memulakan treatment ni muka mama dibersihkan terlebih dahulu untuk buang segala mekap dimuka. Kemudian, nurse akan menyapu krim kebas atau numbing cream dimuka mama selama 20 minit supaya krim tersebut menyerap ke seluruh muka. Setelah 20 minit, mama rasa dah takder bibir. Hahaha sebab kebas giler muka even kalo kita picit2 muka pun tak rasa.
Langkah seterusnya, selepas nurse cuci semula krim kebas tersebut nurse menyapu carbon peel yang hitam di muka mama untuk dilaserkan nanti. Hahh jangan tak tahu time ni mama dah cuak. kekeke. Nurse cakap nanti masa laser akan bau hangit sikit sebab terbakar akibat laser. Masa start jer laser ke muka mama dengar bunyi tap tap tap tap.. Sakit tak?? Ada la sikit sakit macam rasa semut gigit jer. Alaa mama pernah rasa cucuk bekam kira lebih kurang jer sakit laser ni dengan cucuk bekam. Cuma masa laser mama dah bau hangit maybe dah terkena bulu-bulu roma dan kening mama kot. Dalam 10 minit jer laser dah siap. Cepat dan pantas Doc Elaine buat kerja tau.
Setelah selesai laser, doc terus tekapkan muka mama dengan cold towel untuk meredakan kesan panas laser dimuka mama tadi. Kemudian langkah yang terakhir mama direhatkan dibawah lampu LED Phototherapy selama 20 minit. Doc nasihatkan mama menggunakan sunblock SPF 25 - 30 untuk mengelakkan muka mama terdedah dengan sinaran matahari. Ini disebabkan kulit muka mama sedikit panas dan kemerahan dalam 2 - 3 hari. Pada sebelah malam pula doc menyarankan mama sapu hydration cream sebelum tidur.
Mama hanya dapat satu rawatan jer mama dah rasa perubahan di muka. Kalau nak kulit cantik bersih haruslah dalam 5 kali sesi gitu barulah kulit muka cantik dan glowing. Mesti korang nak tahu berapa harga untuk rawatan laser ni kan? Ok harga untuk rawatan ini adalah RM900 bagi setiap sesi pada setiap kawasan. Tapi kalo korang daftar 5 kali sesi akan dapat 1 sesi percuma. Untuk harga rawatan di Premier Clinic boleh tengok di link ni HARGA RAWATAN
Terima kasih mama ucapkan kepada pihak Premier Clinic atas rawatan yang diberikan kepada mama. Dan terima kasih tak terhingga kepada Doc Elaine Chong serta staff Premier Clinic atas layanan yang baik sepanjang sesi rawatan. Memang terbaik dan sangat profesional perkhidmatan Doc Elaine di Premier Clinic. So, korang jangan takut-takut untuk mencuba atau mendapat rawatan kecantikan disini.
Sebarang lanjut mengenai Premier Clinic boleh tengok detail dibawah :-
PREMIER CLINIC
TTDI Branch
No 31 Jalan Wan Kadir 2,
Taman Tun Dr Ismail (TTDI),
60000 Kuala Lumpur.
* Same row as Pizza Hut and next to Maxis and Digi Centre
BANGSAR Branch
40 Jalan Telawi Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur.
* Same row as Post Office and next to Raj Banana Leaf mamak stall
Clinic Hour
Open : Tuesday - Saturday (10.00 am - 7.00 pm)
Closed : Sunday / Monday / Public Holiday
Phone Contact : 012-662 5552
Email : contactus@premier-clinic.com
Website : www.premier-clinic.com
Website Dr Elaine Chong : www.beauty-clinic.com
Facebook : Premier Clinic
Instagram : premier_clinic
0 Comments