Event Review

Chewies Catat Rekod Dalam Malaysia Book of Records di Sunway Lagoon

11:16 AM

Pada Sabtu 11 March 2017 baru-baru ini, mama dan keluarga telah menyertai satu acara terbesar Chewies untuk mencipta rekod Malaysia Book of Records dalam penyertaan "Paling Ramai Bagi Sesi Pengambilan Pastil Penggalak Imuniti" di Sunway Lagoon. Untuk melaksanakan rekod ini, pihak Chewies telah meminta kanak-kanak yang mewakili lebih dari 30 buah sekolah rendah di Lembah Klang untuk mengambil suplemen pada hari berkenaan.




Seawal pagi mama dan keluarga telah berada di sana untuk memeriahkan majlis tersebut. Anak-anak mama sangat gembira dan excited sebab nak pergi Sunway Lagoon. Sesampai sana kami terus pergi ke Sunway Amphitheatre untuk majlis berkenaan. Seramai 1800 kanak-kanak bersama ibu bapa dan guru berkumpul di Sunway Amphitheatre dengan gembira dan mengunyah pastil yang enak untuk menyertai Malaysia Book of Records.


Acara dimulakan dengan kehadiran maskot Chewies iaitu Superman serta maskot Lion. 

Kemudian acara yang paling kanak-kanak teruja adalah acara magic clown dan game show. Acara dari magic clown sangat menghiburkan membuatkan kanak-kanak di sini bersorak gembira serta semangat untuk mereka mengambil bahagian dalam game dari magic clown tersebut.



CEO AJ Research & Pharma (AJRP) Sdn Bhd, Javed Ghulam Muhammad berkata, "kanak-kanak berkenaan yang berusia di antara lima hingga 12 tahun dan mereka gembira untuk mengambil bahagian dalam cubaan mencipta rekod ini memandangkan pastil Chewies Immunolicious sememangnya enak serta meningkatkan sistem imun.

Tambahnya lagi, "cubaan Malaysia Boon of Records ini merupakan satu cara kami untuk mendidik ibu bapa mengenai cara melindungi anak-anak dan diri mereka daripada kuman dengan membina sistem imun yang kuat kerana ia lebih baik mengukuhkan pertahanan pertama tubuh mereka daripada merawatnya ketika sakit. Jadi untuk mencapainya, kita perlu melengkapkan rutin harian mereka dengan penggalak sistem imun ini.

Cubaan mengunyah pastil beramai-ramai.

Chewies Immunolicious (pastil) diperkaya dengan Wellmune - sejenis gluco polysaccharide diperoleh daripada penapisan yis yang cukup baik - yang bertindak sebagai penggalak sistem imun semulajadi untuk kanak-kanak dan dewasa dimiliki oleh AJRP dan boleh didapati dengan Mega-Mango, Super-Strawberry dan Ultra-Orange.

Ia mudah dimakan dan lebih menarik kepada kanak-kanak, gula-gula enak seperti pastil terbukti secara klinikal meningkatkan sistem imun dengan selamat dan mengurangkan demam dan selesema.


Tahniah diucapkan kepada Chewies kerana telah mengumpul seramai 1958 orang untuk mengambil pastil Chewies beramai-ramai dan sekali harung telah mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records kerana paling teramai orang menjayakan rekod ini. Tahniah sekali lagi. 

Penyampaian Malaysia Book of Records


Selepas mencipta rekod di Sunway Amphitheatre dengan mengambil dos harian yang disarankan - dua pastil untuk kanak-kanak dan empat pastil untuk orang dewasa, sebagai ganjaran kanak-kanak, ibu bapa dan guru-guru yang hadir dapat menyeronokkan dengan aktiviti di Sunway Lagoon sepanajang hari. Terima kasih Chewies dan Sunway Lagoon kerana memberikan tiket percuma kepada kami sekeluarga. 

Anak-anak happy mama papa pun happy jugak

Moment bersama keluarga. 


Tahniah Chewies kerana telah dinobatkan Malaysia Book of Records. Terima kasih kerana menjemput mama sekeluarga untuk memeriahkan acara terbesar ini.

Love,

You Might Also Like

11 Comments

  1. wahhh..ramai sgguh.,.seronok laa semua

    ReplyDelete
  2. Seronokkan! Tak terjumpa plak mamajue kat sana sebab juju event nickelodeon masa ni

    ReplyDelete
  3. seronok kan. paling excited budak budak tu lah. lepas tu macam biasa drama taknak balik rumah

    ReplyDelete
  4. hee~ best kan ? anak2 saya tanak balik.. jenuh dok pujuk..

    ReplyDelete
  5. Seronok lah anak2 dapat mandi. Dah beberapa kali gi sini. Tapi tak sempat tawaf habis sebab besar sangat.

    ReplyDelete
  6. perghhh seronoknyaa anak anak tuh mandi2 main air semua.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  7. bukan saja bebudak seronok, mak bapak bebudak pun seronok.

    ReplyDelete
  8. best nyer sekali sekala dpt join event mcm ni ;-)

    ReplyDelete

Like us on Facebook