Food Review

Penampilan Istimewa 'Aeril Zafrel' & Food Review Di Cafaeyen Cafe IOI City Mall Putrajaya

12:43 AM

Pada Sabtu lepas, mama berpeluang Meet & Greet dengan pelakon yang hensem lagi kacak iaitu Aeril Zafrel. Hahhh korang mesti kenal kan sapa.. alaaa si suami Wawa Zainal tu. Ok kita citer lebih lanjut. Sebenarnya pada hari tersebut Aeril Zafrel telah buat penampilan istimewa di Cafaeyen Cafe IOI Mall Putrajaya. Mama jamin kompom ramai adik, kakak, makcik yang serbu datang di cafe ni sebab nak jumpa Aeril Zafrel. Hehehhe

Mama sampai awal skit sebab ini pertama kali mama jejak IOI Mall Putrajaya. Korang sila gelak ok sebab mama nak datang dengan tentera-tentera kecil ni memang tak punya. Hehehe. So memandangkan mama tak pergi mana mama datang sini untuk berjumpa dengan Aeril Zafrel serta menjamu selera di cafe tersebut. 

Cafaeyen Cafe

Sesampai jer terus bergambar dengan banner ni dulu. Hahah tuan empunya belum sampai 

Cafaeyen Cafe ini merupakan restoran Thailand dimana dengan pelbagai makanan menarik yang didatang khas dari sana. Apa yang menariknya di Cafaeyen Cafe ni jom baca sampai habis!!!

Suasana yang santai dan hipster jugak la.

Hiasan dinding Cafaeyen

Dalam jam 3 petang terus nampak kelibat Aeril Zafrel. Keadaan time tu tak payah cakap kita orang as blogger + dengan peminat dia memang berkerumun la nak bergambar dengan dia tau. So sesiapa nak bergambar, berselfie, berwefie ker boleh saja tapiiii kena beli air teh popular di Cafaeyen Cafe ini. Heheheh. 

Nampak tak kat kawasan luar cafe ramainya orang. Heheheh

Perghh sila cair.. Kalau sehensem sekacak ini jual air mahu hari-hari datang Cafaeyen Cafe ni kan. 

Mama of coz la tak lepas peluang tauuuu.. Belum sempat minum dah kenyang.. tengok muka lagi bertambah kenyang. kofkofkof.. :p

Ok dah dah kalau tengok Aeril Zafrel jer korang kompom kenyang sehari.. Meh kita tengok menu apa yang menarik di Cafaeyen Cafe ni. Mama duk teringat-ingat pulak Signature Cha Tea di Cafaeyen ni. Mak aihh sedap memang lain dari yang lain tau.. ker sebab Aeril Zafrel yang buatkan. Hahaha.. Ok sudah-sudah kang mama mengarut memacam pulak. 

Signature Cha Tea (RM7.90) dan Signature Cafae (RM7.90) dedua air ni paling popular di Cafaeyen. Sedap tau tak manis tak pahit kira just nice lah.. 

Sebelum makan mama dan anak beranak makan The Platter (RM18.90) The Platter ni terdapat chicken wing, keledek goreng dengan apa ntah satu lagi ni.. Mama lupa.. tapi sedap.. 

Ini pulak kalau korang tak kenal saja sangat la yer.. Som Tam (RM12.90) Sedap rasa masam manis pedas sempurna dalam Som Tam ni. 

Ini dalam bahasa Thai Kaow Aob Sapparod (Pineapple Fried Rice) tudiaa jenuh nak menyebut.. Untuk nasi goreng dengan udang besar ni harganya (RM21.90) boleh makan 2 orang tau portion banyak ok.

Pad Thai (RM18.90) ini pun sedap simple jer pad thai atau lebih mudah keow teaw goreng thailand. 

Tom Yum Nam Kon (RED) RM18.90 Bagi pengemar tom yam Thai korang wajib cuba. Sedap sangat. Pedas, creamy, masam semua cukup dalam semangkuk tom yam ni.

Hahh makanan ni jer ker.. Ehh banyak lagi korang kalau mama nak list dalam ni empat kajang paper tak habis. Hahaha.. Kalau sebut Thailand kan mesti ada satu manisan yang femes tau. Hahhhh apa lagi Mango Sticky Rice. 

Mango Sticky Rice (RM16.90) 

Tum Tim Kob (Water Chestnut with coconut milk) RM7.90 ini pun sedap jugak. Lemak dari santan yang sejuk memang sesuai lepas makan makanan yang berat.

Air special di Cafaeyen Fruity Coke (Coke Blend With Mix Berry) RM14.90 Teruja tak nampak air dalam baldi tin kecik ni. Kalau nak cuba rasa korang datang sini memang sedap rasa sparkling dicampur bersama dengan buah-buahan segar.

Ok last gambar sebelum mama balik. Sempat lagi hahaha baper banyak gambar mama selfie tak payah cakap ler.. Heheheh.. 

Hahh korang yang mana nak mencuba makanan Thailand di Cafaeyen Cafe ni korang datang di IOI Mall Putrajaya yer. Memang sedap berbaloi datang makan sini tau. 

Cafaeyen Cafe 
LG-36, Lower Ground Floor
IOI City Mall Putrajaya
03-8953 0979

Waktu Operasi : 10.00 Pagi - 10.00 Malam



Love,

You Might Also Like

11 Comments

  1. Bestnya mama jue. Dah la dapat makan sedap dapat jumpa artis lagi tu hehehe mesti kenyang lagi sampai sekarang tu.

    ReplyDelete
  2. Akak pn br 2x ke ioi city mall Putrajaya sbb jauh nk pi.. Untungla dpt bgmbr ngan aerill hehe.. Thai food fav Akak... Dap2 nmpknye menu2 tu

    ReplyDelete
  3. amboiiii...menyengeh saja ya....
    seronoknya diaaaa...jeles i..huhuhu

    ReplyDelete
  4. wah... baby jumpa retiisssss...
    makanan tu nampak sedapnyaaaa...

    ReplyDelete
  5. wah bestlah jumpa retis, amik gambar sampai brp kali tu

    ReplyDelete
  6. Huishhhh kacak sungguh laki wawa zainal tuh. hehee

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  7. Untunglah dapat bergambar dengan retis handsome ☺

    ReplyDelete
  8. Wah must try Tu Thim tu...kaki dessert lah katakan...ingatkan cafe dia hehe...dapat invitation...tp huuu x de rezeki jumpa baby isya

    ReplyDelete
  9. wahhh dpt mkn sedap...pastu jumpa artis...mesti tersengih2 smpi semggu ;-)

    ReplyDelete

Like us on Facebook