Blogger Review

Butik Telekung Qasha | Telekung Exclusive Selesa Dipakai Ketika Solat

9:00 AM

Butik Telekung Qasha | Telekung Exclusive Selesa Dipakai Ketika Solat - Telekung sesuatu pakaian yang sangat penting untuk kegunaan ketika bersolat. Ada beberapa helai telekung mama akan gunakan di rumah dan juga untuk diletakkan dalam kereta untuk memudahkan mama solat ketika di luar. Mama pernah dapat sehelai telekung jenis satin. Memang ringan dan ada bag khas untuk simpan tapi kan kalau sujud jer telekung tu dah terselak sampai tertutup kepala mama. Hehehe nak tak nak kena solat balik. Korang nak cari telekung yang selesa di pakai ketika solat? Jom baca entri ni ok. 

Butik Telekung Qasha | Telekung Exclusive Selesa Dipakai Ketika Beribadat
Pada Rabu lepas, mama dan beberapa blogger di jemput ke Butik Telekung Qasha di Bandar Baru Bangi. Baru mama tahu ada butik baru yang menjual telekung untuk solat di sini. Untuk pengetahuan semua, Butik Telekung Qasha ini diambil dari nama bapa pengasas Telekung Qasha iaitu Tuan Haji Akashah Haji Abdul Samad. Pengasas butik ini adalah Puan Hajah Azilah Akashah ingin mengenangkan jasa arwah dan meletakkan nama bapa beliau pada butik ini. 

Dengan tagline Telekung Qasha "BIAR HATI BERBICARA" mempunyai makna yang begitu mendalam, dimana hatilah yang mendorong kepada semua niat dan perbuatan. Lokasi Butik Telekung Qasha ini bertapak di Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi dan telah dibuka kepada orang ramai pada bulan Oktober 2017. 


Selain itu, Butik Telekung Qasha menjual barang-barang umrah dan pakaian solat dan keluaran terunggulnya Telekung Qasha. Telekung Qasha mengeluarkan 3 jenis telekung dan nama-nama telekung ini di inspirasi dari nama anak-anak pengasas Telekung Qasha itu sendiri. Untuk setiap keluaran tudung terdapat 2 jenis keluaran iaitu Standard dan Premier. Ketiga-tiga telekung ini dibezakan dengan bentuk mukanya dan setiap telekung akan dikeluarkan mengikut kesesuaian pembeli iaitu :
  1. Telekung Tasha | mempunyai design atau corak yang selesa di pakai pada bahagian dagunya yang besar untuk menutup ruang rahang dagu bagi mereka mempunyai wajah lebar dan besar. Menggunakan kain lycra untuk memberi keselesaan wajah dan keyakinan ketika bersolat. 
  2. Telekung Dalifa | mempunyai corak muka berbeza kerana dibahagian dagunya di tarik hingga ke bawah sedikit menampakan muka tirus dan kecil tetapi ia masih menutup aurat dan patuh pada syariat ketika bersolat. Kain lycra digunakan pada bahagian dagu dimana mudah untuk menyesuaikan keselesaan seseorang. 
  3. Telekung Zulaika | mempunyai berombak-ombak pada bahagian kepala dikenali nama "SMOKED" dikalangan peminat telekung. Masih lagi nampak keayuan dan elegen si pemakai tampak kemas dan selesa tanpa render di kepala. Malah tampak lebih ayu pada bahagian render "Q" di dahi bagi menyerikan lagi wajah si pemakai.

Kain Telekung Qasha ditempah khas dari luar dan ia sejenis kain Spun polyster yang berkualiti dan putih sama padan dengan render-rendernya. Kain Telekung Qasha ini amat selesa dipakai pada cuaca yang berbeza-beza tidak kira panas atau sejuk. Selain itu, ia sangat mudah dibasuh dengan menggunakan bahan pencuci dan air bersih. Bagi ketebalan kain sangat ringan dan tidak jarang serta ia sesuai untuk bersolat. 

Ciri-ciri Telekung Qasha

Kain yang sangat sejuk dan tidak jarang

Antara trademark Telekung Qasha iaitu render berbunga "Q" dengan sinonim untuk Telekung Qasha.

Ukuran panjang midi dan telekung Qasha berbeza iaitu :
  • Panjang Midi : 100 cm - 101 cm
  • Panjang Telekung : 120 cm - 121 cm
  • Panjang Kain : 128 cm - 130 cm
Menariknya Telekung Qasha ini bagi yang ingin labuh atau bersaiz besar, Butik Telekung Qasha sedia menerima tempahan dan akan siap sekitar dalam 3 minggu dari tarikh tempahan. Untuk warna Telekung Qasha sekarang mengekalkan warna putih sebagai tanda bersih dan suci bagi menjejak langkah dalam dunia pakaian solat muslimah. InsyaAllah selepas ini pihak Butik Telekung Qasha akan mengeluarkan warna hitam untuk kegunaan ketika umrah.

Telekung yang mama pegang size standard. Nampak labuh kan. 

Telekung Qasha ini direka khas untuk solat dan juga mengerjakan umrah dan juga haji. Jadi mereka bolehlah membeli Telekung Midi Standard untuk kegunaan di Mekah. Selain itu, Telekung Qasha boleh juga dijadikan buah tangan, hadiah atau sebagai hantaran kahwin kerana telekung ini didatangkan khas dalam kotak yang sangat eksklusif.



Harga Telekung Qasha ini berbeza mengikut design telekung dan juga size. Harga dari RM139.00 hingga ke RM249.00. Sepanjang bulan Disember 2017 ini, Butik Telekung Qasha mengadakan promosi sebanyak 15% diskaun untuk semua Telekung Qasha. Bagi pembelian yang pantas korang akan diberikan FREE GIFT (Sementara Stok Masih Ada). Apa tunggu lagi jom dapatkan Telekung Qasha ini melalui online atau boleh datang sendiri ke Butik Telekung Qasha di Bangi. 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh hubungi :-

BUTIK TELEKUNG QASHA
No 6-25-01 Jalan Medan Pusat PB8A
Pusat BAndar Baru Bangi
Bangi Sentral
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

Website : www.qasha.com.my
Telefon : 019-268 7078

Love,
/>

You Might Also Like

3 Comments

  1. Cantik desing telekung Qasha. Maklumlah nak jumpa kekasih kita kena pakai cantik2 kan

    ReplyDelete
  2. macam best je kain telekung ni mama jue...nanti akak nak usha

    ReplyDelete
  3. suka sulaman di kaki telekung, nampak eksklusif sangat.

    ReplyDelete

Like us on Facebook