Article

Program Kasih Ilmu Anak Selangor | MBI Melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat

12:01 PM

Cadangan sumbangan dibuat selari dengan peranan MBI untuk melestarikan Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) demi memartabatkan lagi nama MBI untuk diketengahkan sebagai entiti yang menyalurkan sumbangan kepada masyarakat melalui saluran-saluran yang diiktiraf selaras dengan objektif MBI untuk menyokong inisiatif Kerajaan Negeri iaitu Membangun Bangsa Memakmur Negeri.



Dalam merealisasikan usaha ini, MBI telah mengambil inisiatif untuk menyalurkan sumbangan bantuan persekolahan kepada golongan sasaran sejajar dengan objektif utama MBI untuk membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan beban yang ditanggung berikutan kenaikan taraf hidup selain daripada bantuan yang diberi oleh Kerajaan Negeri.

Objektif program ini adalah untuk meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah dalam menyediakan bantuan keperluan persekolahan anak-anak dan mensasarkan seramai 55,000 orang penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.


Melalui pelaksanaan program ini, ianya dilihat dapat memberi impak positif terhadap kesejahteraan rakyat dalam membantu keluarga berpendapatan rendah membeli keperluan persekolahan. Ini secara tidak langsung mendokong agenda Kerajaan Negeri dalam meringankan beban rakyat susulan kenaikan kos sara hidup


Pemberian bantuan ini juga bertujuan untuk memudahkan penerima menerima bantuan tersebut apabila sumbangan yang disediakan disalur terus kepada penerima. Program ini juga bertujuan untuk menunjukkan keperihatinan MBI terhadap keperitan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dalam menampung keperluan anak-anak memulakan sesi persekolahan disamping perbelanjaan-perbelanjaan lain.

Antara program yang telah dianjurkan sempena sumbangan barang persekolah ini seperti :-
  • Program di Hope For The Future di Sunway Lagoon
  • Program di Tadika Cahaya Takwa
  • Program di Sungai Buaya Rawang

Alhamdulillah mama juga terpilih untuk menerima sepasang uniform sekolah jenama FR Junior sempena melalui Program Kasih Ilmu Anak Selangor. Rezeki Iqram la sebab dia bakal memasuki darjah 1 untuk tahun ini. Untuk pengetahuan semua, jenama FR Junior direka dan dikeluarkan oleh pereka designer iaitu Encik Fairuz Ramdan. Uniform sekolah FR Junior ini sangat berkualiti dengan jahitan yang kemas dan selesa dipakai sepanjang hari bersekolah.


Untuk melihat perkembangan kerja-kerja CSR ini boleh follow Instagram : @csrmbiselangor dan ingin mengetahui mengenai FR Junior boleh follow Instagram @theofficialfrjunior dan @itsfr

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook