Cuti Sekolah

Keriangan & Kegembiraan Cuti Sekolah Di Sunway Lagoon

9:49 AM

Keriangan & Kegembiraan Cuti Sekolah Di Sunway Lagoon | Lagi seminggu cuti sekolah nak habis. Korang pergi mana cuti sekolah kali ni? Kali ni mama tak pergi bercuti jauh-jauh pun sebab anak-anak baru jer sembuh dari sunat. Mama pun dah promise kalau cepat sembuh mama bawak pergi mandi manda di Sunway Lagoon. Ini kali ke 2 mama dan keluarga datang ke sini, sebelum ni ada event blogger kat sini tapi tak sempat nak jelajah semua tempat dalam Sunway Lagoon. Besar betul Sunway Lagoon ni sampai lenguh la kaki mama.


Pada Ahad lepas, mama berkesempatan bawak bebudak comel ni pergi habiskan sisa cuti sekolah di Sunway Lagoon. Bebudak ni memang pantang sebab suka berendam dalam air. Tambah yang si adik memang suka berenang kuak lentangnya. Hahaha.. Sebut jer Sunway Lagoon dah melompat dia orang. Sabar anak-anak mama pun nak jelajah dalam Sunway Lagoon ni sampai puas-puas. Antara wajib yang dicuba adalah Vuvuzela, Monsoon 360, Pirate's Revenge, Ghosbusters Adventure Live, Flying Fox, Spongebob Splash Adventure, Waterplexx 5D, Kubarango, Waves of Fun dan  Congo Challenge.

Ramai yang suka datang Sunway Lagoon ni sebab pelbagai tarikan menarik yang boleh dilakukan bersama keluarga menjadikan ia taman tema yang sempurna untuk bersama keluarga tersayang. Untuk pengetahuan korang, Sunway Lagoon telah menyambut ulang tahun yang ke 25 tahun. Woww Tahniah Sunway Lagoon. Bermula dari 25 November 2017 hingga 1 Januari 2018, mari kita menyambut ulang tahun ini dengan seisi keluarga di Sunway Lagoon. Ia pasti pengalaman yang sungguh menarik dan tidak akan dilupakan.


Masuk jer Sunway Lagoon, kami terus mengunjungi Wildlife Park Sunway Lagoon. Sebelum ni tak sempat berpeluang datang sini. Wildlife Park Sunway Lagoon adalah tarikan yang bertemakan haiwan-haiwan dan berinteraktif pertama di Malaysia. Di sini juga merupakan rumah kepada lebih daripada 150 spesies haiwan dari seluruh dunia iaitu menempatkan Samson dan Asha, 2 ekor Harimau Putih yang megah. Keindahan taman hidupan liar ini diserikan lagi dengan kehadiran istimewa keluarga kucing besar Sunway Lagoon iaitu Zola dan Zuri, 2 ekor Singa Putih dan Harimau Kumbang.

Zola & Zuri




Bagi yang datang ke Sunway Lagoon jangan lupa singgah ke teater Wildlife Park Sunway Lagoon  pada jam 11.20 pagi untuk melihat persembahan haiwan-haiwan yang bijak seperti burung parrot, tikus dan banyak lagi. Memang menarik betul persembahan dari burung-burung parrot yang bijak dan terlatih. Bukan sahaja ada burung-burung malah ada ular sawa albino pun ada. Besar betul ular sawa tu, mama memang takut dan geli la. Hehehe.. Anak-anak memang teruja tengok burung tu melakukan persembahan sampai tak sedar dalam 30 minit berlalu dengan pantas. Korang kalau datang kena singgah ke sini. Di bawah mama sertakan sedikit persembahan di teater Wildlife Park. 




Benda paling wajib kalau datang sini adalah menerokai Taman Tema Nickelodeon pertama di Asia - Nickelodeon Lost Lagoon untuk pengalaman lain daripada yang lain. Bagi peminat watak-watak kartun Nickelodeon kegemaran seperti SpongeBob SquarePants, Dora The Explorer dan Teenage Mutant Ninja Turtles menanti korang di sana. Selain menerokai taman tema tersebut, korang boleh berpeluang untuk meet & greet watak-watak kartun ini di sini dan juga bergambar bersama mereka untuk dijadikan kenangan. 



Pasti bukan anak jer yang teruja.. Mama papa pun teruja jugak uolls..

Yeahhh bebudak siap buat gaya macam Ninja Turtle ni. 

Dah tak larat nak jalan kami naik jer train yang disediakan. Boleh juga pusing-pusing Sunway Lagoon untuk melihat permandangan yang menarik. 

Korang boleh menikmati pengalaman tepi pantai di Pantai Terbuka Buatan Manusia Terbesar di Malaysia yang menghasilkan ombak setinggi 8 meter. Ia berkeluasan lebih dari 13,000 meter persegi dan ia juga menghasilkan ombak sempurna yang akan mengujakan seisi keluarga. Anak-anak memang tak sabar nak berendam dengan pelampung masing-masing. Acara kemuncaknya adalah main ombak la petang tu. Mama dari jauh tengok jer lah tak dapat nak join dengan anak kecik. Sob sob sob tak per next time boleh datang lagi. Yeaaa. 

Antara yang menarik wajib korang jangan lupa adalah :-
  • Pirates of the Wonderland Show di Pirate's Revenge pada jam 2.20 petang
  • SLIME Time di Spongebob Splash Adventure pada jam 3.30 petang
  • Persembahan Volcano Show dan pertunjukan Tale of Mount Berapi pada jam 4.00 petang. 
Pantai Terbuka Buatan Manusia Terbesar di Malaysia

Anak dara siap tidur.. Memang time tido dia tengahari. Kasi bateri dia charge dulu. ahakkk



Jangan lupa Amusement Park World of Adventure turut menyajikan Captain Kids Playland & Candyland kepada kanak-kanak. Bertemakan kemeriahan warna-warni, ia menjadi ruang bergembira dan berimaginasi kepada kanak-kanak. Rasai putaran Apache Pots yang mengujakan atau terokai Grand Canyon River Rapids yang menjanjikan pengalaman menakjubkan untuk seisi keluarga. 

Nikmati pakej cuti sekolah akhir tahun seperti FamFun untuk 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak hanya RM390* atau 4-To-Go untuk 4 orang dewasa hanya RM456* atau Beli 3 percuma 3 - (Beli 3 Dewasa, Percuma 3 Dewasa) pada harga RM510*.


Jom habiskan cuti sekolah dengan keriangan dan keseronokan seisi keluarga serta rakan-rakan di Sunway Lagoon Malaysia. Jangan lupa kongsikan pengalaman manis dan menarik di Sunway Lagoon  sempena ulang tahun yang ke 25 dan masukkan #ExperienceIt di media sosial seperti Instagram dan juga Facebook. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.sunwaylagoon.com atau hubungi di 03-5693 0000.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook