Event Review

Pelancaran Kerusi Urut GINTELL De'Space Star Sempena Christmas Health Fair Di IOI Mall Puchong

11:13 AM

GINTELL satu jenama tidak asing lagi di Malaysia dengan menyediakan alternatif terbaik dan revolusi teknologi kerusi urut kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk menjalankan aktiviti fizikal tambahan. Sempena Christmas Health Fair kali ini, Gintell menganjurkan pameran kesihatan dan kesejahteraan untuk meningkatkan kesedaran gaya hidup yang sihat di kalangan rakyat Malaysia. Pameran ini telah dianjurkan di IOI Mall, Puchong bersama dengan perasmian kerusi urut Gintell terbaru iaitu De'Space Star Massage Chair.


Pada Sabtu lepas, mama berpeluang untuk hadiri satu majlis perasmian produk Gintell terbaru iaitu De'Space Star Massage Chair. Perasmian ini telah disempurnakan oleh pelakon dan pengacara terkemuka serta Duta Gintell iaitu Datuk Jalaludin Hassan bersama dengan Ketua Pegawai Operasi GINTELL, Encik Simon Hue.

Bersama Duta Gintell Datuk Jalaludin Hassan dan Encik Simon Hue

Ketua Pegawai Operasi Gintell, Encik Simon Hue berkata, "Dengan kebangkitan teknologi dan permodenan, sesetengah rakyat Malaysia mengabaikan kesihatan yang menyebabkan gangguan kesihatan. Alasan yang biasa didengari adalah kekurangan masa. Jadi kami di Gintell telah merevolusikan kerusi urut kami untuk menyelesaikan masalah tersebut."


"Dengan kerusi urut Gintell De'Space Star, anda mendapat kelebihan melakukan aktiviti fizikal dengan hanya berehat di kerusi urut. Dengan cara ini, jadual kerja yang tidak terduga tidak akan menjadi beban kepada kesihatan lagi. tambah Encik Simon Hue lagi.



De'Space Star dari Siri Kerusi Urut UFO yang baru dilancarkan dan menjanjikan elemen yang unik seperti fungsi Moon Hand Grasp. Bebola urut direka secara khusus untuk menyediakan urutan mirip urutan tangan sebenar. Terdapat juga 4D Reflex Spa yang menyediakan sesi refleksologi yang lengkap melibatkan terapi memanaskan betis dan lutut, meliputi kesemua 27 titik akupuntur.

Produk terbaru Gintell ini ditawarkan dengan harga RM11,836 termasuk dengan urutan yang telah diprogramkan. Program urutan ini menyedikan pelbagai kelebihan untuk mereka yang prihatin terhadap kesihatan. Antaranya Yoga Stretch yang menyediakan manfaat senaman yoga. Dengan fungsi 210' Yoga Stretch, pengguna dapat mengelakkan dari menjadi bongkok, kaki berbentuk O dan X, dan kyphosis. Di samping itu, pengguna juga dapat menguatkan sendi, memperbetulkan postur tubuh dan keseimbangan serta memperbaiki pelurusan tubuh jika digunakan secara berterusan.


Gintell berada di kelas yang tersendiri dengan sistem sokongan yang diperkukuhkan untuk pengguna berketinggian sehingga 180cm dengan Sistem iSensing, yang mana mengukur ketinggian pengguna dengan tepat secara otomatik. Di antara fungsi-fungsi lain yang mengagumkan ialah Zero Gap Recliner untuk mengoptimumkan ruang, Program i-Memory yang membolehkan pengguna untuk menyimpan teknik urutan yang digemari dan Zero Gravity yang menyediakan posisi yang ideal untuk keselesaan maksimum.


Gintell membuktikan komitmen kepada kesihatan rakyat Malaysia dengan menganjurkan program bual bicara kesihatan "Breathing Well with Yoga" yang dihoskan oleh pengacara dan personaliti kesihatan, Jojo Struys. Sementara itu, Datuk Jalaludin menghiburkan para peminatnya dalam sesi beramah mesra eksklusif.


Promosi pameran kesihatan GINTELL akan diadakan sepanjang musim perayaan ini sehingga 1 Januari 2018, di mana para pembeli dapat menikmati rebat tunai istimewa sebanyak RM2000 dengan setiap pembelian kerusi urut De'Space Star.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran dan produk terbaru GINTELL, sila layari www.gintell.com atau hubungi talian 1-800-88-6332.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook